Friday, 21 December 2012

Kisah sebenar pergaduhan di Sg Petani


Kenyataan media
Disember 20, 2012

Menerangkan isu sebaran berita direka di Sungai Petani

Salam semua teman2 dan kenalan. Saya ingin mengesahkan bahawa isu pergaduhan remaja India dgn Melayu adalah pergaduhan biasa yang melibatkan anak-anak muda. Cumanya ianya melibatkan dua kaum. 

Ada pihak yang mengambil kesempatan menyalakan api perkauman dan meyebarkan berita yang direka dan khabar angin.

Tiada kematian dan tiada rusuhan di Sg Petani. 

Polis mengawal keadaan sepenuhnya malah sudah ada tangkapan oleh polis terhadap penyebar khabar angin dan berita palsu.

Saya amat2 berharap teman2 membantu saya dan polis memadamkan berita yang tidak betul ini dan meyakinkan rakyat yg keadaan sudah kembali normal. 

Terima kasih. 

Dato' Johari Abdul, MP Sg Petani.

Monday, 12 November 2012

Jabatan Meterologi ramal ribut petir diseluruh negara semasa Deepavali

Jabatan Meteorologi meramalkan hujan di sana sini dan ribut petir dijangka berlaku semasa sambutan Deepavali, esok.Menurut jabatan itu, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu 

Menurut jabatan itu, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu dijangka hujan pada sebelah pagi.
Manakala Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah juga dijangka mengalami hujan di sana sini di kawasan pantai pada waktu pagi.
Di negeri lain, cuaca cerah diramal pada sebelah pagi, kata jabatan itu hari ini.
Pada sebelah petang, ribut petir di beberapa tempat dijangka berlaku di Selangor, Kuala Lumpur, Perlis, Kedah, Putrajaya, Melaka, Johor, Pahang, Sarawak dan Sabah.
Hujan juga dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu pada sebelah petang.
Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh layari www.met.gov.my untuk mendapatkan maklumat cuaca pada setiap hari di seluruh negara. — Bernama

tambah panas

Followers