Sunday, 31 March 2013

Selepas 3 bulan pelakon Fauzurina tidak sah pernikahannya

Siti FazurinaSELEPAS Selepas tiga bulan menjadi suami isteri, pelakon Siti Fazurina dan suaminya, Muhammad Hykal Zulkifli, 32, bernikah kali kedua apabila pernikahan pertama mereka dikatakan tidak sah.

Melalui kenyataan ibu Fazurina, Zuraidah Abu Bakar, pihak mahkamah mendapati perkahwinan Fazurina sebelum ini tidak sah kerana telah memberi maklumat palsu.

"Perkahwinan keduanya berjalan dengan sempurna berwalikan adik kandung sendiri berbanding bapa saudaranya sebelum ini.

"Bahkan, Fazurina memberitahu bahawa dia adalah anak tunggal selain menggunakan bapa saudaranya sebagai wali sedangkan maklumat tersebut adalah palsu," kata Zuraidah.

Bagaimanapun, Zuraidah menegaskan dia belum terfikir untuk memaafkan kesilapan Fazurina yang membelakangi keluarganya untuk mengahwini lelaki pilihannya itu

Wednesday, 27 March 2013

Empat Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual


 Orang  ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada membeli dan mengguna empat produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual merkuri dan tretinoin.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Datuk Eisah A.Rahman berkata empat produck berkenaan ialah Acrena Pure Herbal Papaya Soap, White Complex, SS Pearl Cream dan SS Vita C Night Repair.
 berkata produk kosmetik itu yang dicampur dengan bahan merkuri biasanya didapati pada produk yang dipasarkan untuk mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan.
"Penggunaan merkuri dan tretinoin dalam produk kosmetik adalah tidak dibenarkan dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.
Beliau berkata tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
Justeru, katanya, sesiapa yang mempunyai stok produk itu dinasihatkan supaya menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaan produk berkenaan dengan serta-merta. BERNAMA

Friday, 15 March 2013

PI BALA MENINGGAL DUNIA


Penyiasat persendirian (P I) Balasundram meninggal dunia akibat serangan sakit jantung hari ini.
Beliau yang lebih dikenal sebagai "PI Bala" memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu, yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi politik.


NONEBeliau mendaftar keluar dari Pusat Perubatan Sime Darby pada Selalu lalu tetapi mengalami kesukaran bernafas ketika makan tengah hari di restoran dekat rumahnya di Rawang kira-kira jam 2.30pm.

Balasubramaniam kemudian bergegas ke klinik untuk bantuan tetapi meninggal dunia sebelum ambulans daripada Hospital Sungai Buloh tiba.

Bulan lalu, Balasubramaniam mengalami serangan jantung kecil ketika bercakap dalam ceramah Pakatan Rakyat di Kota Bharu. 

Selepas membuat pemeriksaan perubatan apabila pulang ke Kuala Lumpur, beliau dimasukkan ke wad selama 10 hari di Pusat Perubatan Sime Darby.

tambah panas

Followers