Thursday 25 August 2011

Kenapa masuk Kristian?



Pemimpin parti politik dan bukan politik Islam tidak wajar dengan mudah menyalahkan pihak gereja jika menghulurkan bantuan kepada Muslim memerlukan bantuan jika mereka sendiri gagal menjaga kebajikan pihak terbabit, kata bekas mufti Perlis.
Sehubungan itu jelas Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, pihak terbabit sering meletakkan kesalahan ke atas pihak gereja dalam usaha ingin melepaskan diri.
“Jika kita ingin melepaskan diri, mudah sahaja, kita letakkan kesalahan ini kesemua di pihak gereja. Kita tuduh merekalah punca segalanya.
“Kemudian kita buat demonstrasi, kita bakar semangat orang awam untuk bangun menentang gereja yang melakukan aktiviti bantuan dan ‘dakwah’,” kata beliau dalam satu tulisan dikeluarkan hari ini.
Merujuk kepada perkembangan isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama awal bulan ini, Asri menambah, jika pun mereka tidak membantu dan berdakwah, tidak perlulah disalahkan.
Beliau baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan salah seorang daripada 12 orang hadirin beragama Islam pada satu majlis makan malam di gereja tersebut pada 3 Ogos lalu.
Tulisannya dihasilkan susulan kunjungan beliau ke atas salah seorang daripada 12 orang Muslim terbabit.
“Supaya orang dapat melupakan kesilapan kita, kita letakkan segala dosa ke atas orang lain semata. Cubalah bayangkan jika ada sebuah rumah yang didiami oleh satu keluarga yang besar dan kaya tiba-tiba salah seorang ahli rumah itu lari ke rumah jiran atas atasan tidak diberikan perhatian dan mendapat perlindungan serta makanan.
“Sementara si jiran sebelah pula menghulurkan bantuan dengan pelbagai tawaran. Apakah suatu penyelesaian yang tuntas dengan hanya kita mencadangkan agar dibakar rumah jiran, atau ditangkap si jiran atau dihukum si jiran kerana mempengaruhi ahli keluarga kita. Dalam masa yang sama kita, kita tidak persoalkan tanggungjawab kekeluargaan yang kita abaikan selama ini,” katanya.
Asri juga berkata, beliau tidak menafikan usaha-usaha baik pengurusan zakat yang telah pun berjaya dilakukan.
“Kita tahu, zakat kita banyak. Jika dihimpun seluruh negara, mungkin mencecah lebih satu billion. Itu setiap tahun. Bangunan-bangunan zakat cantik dan indah.
“Iklan-iklan mengutip zakat juga canggih dan mahal. Gaji-gaji yang terlibat mengurusnya jangan ditanya lagi. Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi. Tiba-tiba si miskin kita terpaksa merintih simpati dari gereja?” katanya lagi.
Asri mendakwa sesesetengah pegawai zakat bersifat begitu materialistik, “berwajah manis jika hadir di depannya pembayar zakat, tapi berwajah suram jika yang hadir itu pemohon zakat.”
Oleh itu katanya, tiada semangat dakwah dan ukhuwah Islamiah dan pemohonan menjadi sulit dan sukar.
“Jika program Bersamamu boleh menemui si fakir saban minggu, kenapa pula pihak zakat gagal mengesan mereka.
“Jika usaha mengutip zakat begitu hebat, alangkah baik dihebatkan juga usaha mencari mereka yang layak menerima zakat. Mencari orang miskin itu penting, bukan menunggu mereka datang. Bukan semua yang miskin sanggup atau dapat datang kepada pihak zakat,” katanya lagi.

Wednesday 24 August 2011

Menteri Hisham diugut bunuh

Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Hussein berkata beliau menerima ancaman bunuh bertulis dan dua peluru hidup melalui pos hari ini.

Bercakap di majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur, Hishammuddin berkata, kedua-dua peluru itu diletakkan dalam dua lubang pada sebuah buku.

Bungkusan itu mengandungi mesej tulisan tangan mengenai ancaman tersebut tetapi beliau enggan mendedahkan kandungannya kepada pihak media.

Bungkusan itu dihantar ke pejabatnya di Putrajaya melalui pos biasa dan diterima pada kira-kira jam 2 petang dan dibuka oleh seorang kerani kepada salah seorang pegawai khasnya.

Hishammuddin berkata beliau tidak gentar dengan kejadian itu dan berikrar untuk meneruskan tugasnya.

Tuesday 23 August 2011

KHIR TOYO BARU TERSEDAR


Khir Toyo baru tersedar betapa wujudnya jembalang dalam Umno/Barisan Nasional. Dalam blognya hari ini, Dr Khir yang menulis mendakwa tiga menteri persekutuan dalam jemaah menteri sekarang sedang berkonspirasi bagi beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah.
Beliau tidak mendedahkan nama menteri-menteri berkenaan kerana tidak mendapat bukti yang sahih.
“Seorang Menteri dilaporkan berkata kepada dua orang menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang Menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan.

Plastik dimasukkan dalam dubur Saiful

Mahkamah dalam perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim diberitahu hari ini Saksi pembelaan kedua, bekas doktor di Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid dalam keterangannya berkata Mohd Saiful Bukhari Azlan, pegandu dalam kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahunya bahawa objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya seperti dinyatakan dalam laporan perubatannya.
dr mohamed osman abdul hamid pusrawi hospital saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 interview 040908 07
Jelasnya, Saiful datang ke Pusrawi pada 28 Jun, 2008 dan mengadu kesakitan di duburnya.

Selepas menjalankan pemeriksaan, beliau dapati tiada kesan koyakan atau berdarah di kawasan berkenaan dan ketika itu Saiful memberitahu dia diliwat dengan objek plastik dimasukkan ke duburnya.

Friday 19 August 2011

Keluarga Mahathir dalam pembilalihan ESSO


Menurut Anwar Ibrahim Ketua Umum KEADILAN,, San Miguel Corp sebelum ini mempunyai Mirzan Mahathir, anak mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sebagai salah seorang pengarahnya selepas Mirzan memperolehi 19.9 peratus saham dalam konglomerat itu pada harga RM2.9.
Walaupun Mirzan kini bukan lagi pengarah dalam syarikat itu, beliau kekal sebagai Pengarah Petron Corporation, syarikat bersekutu San Miguel Corp yang memiliki rangkaian loji penapis dan pengedar petrol di Filipina.
“Oleh itu, persoalan akan timbul samada pengambilalihan aset hiliran Esso itu berlaku pada harga yang sebegitu rendah bagi pihak Mirzan?
“Ini menjadi lebih penting kerana abangnya, Mokhzani Mahathir memperolehi sekian banyak manfaat daripada sektor huluan industri gas dan minyak melalui Kenchana Petroleum; terutamanya apabila bapa mereka merupakan penasihat Petronas,” kata Anwar.
Katanya lagi, sektor korporat Malaysia perlu bebas dari amalan urusniaga ‘bawah meja’.
Penguasaan Mirzan dalam sektor korporat tanahair dengan bantuan kerajaan.
Beliau juga adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kencana Petroleum yang memperolehi subsidi daripada kerajaan Umno sebagai pembekal tenaga bebas (IPP) dalam negara.

Tuesday 16 August 2011


 ” Assalamualaikum, wallahi, wabillahi, watawallahi”
Saya ….dengan nama Allah berikrar dan berjanji akan taat setia  kepada Yang di Pertuan Agong, Sultan-sultan dan negara Malaysia.
“Saya/suami/isteri/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/Barisan Nasional.
“Saya juga akan terus memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu”
“Saya berjanji akan menyimpan RAHSIA ke atas perkara  ini dan jika saya ingkar saya akan menerima padahnya.”
Ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN sebentar tadi, Zuraida Kamarudin (Ketua Wanita Keadilan) tampil dengan skrip bersumpah yang digunakan Umno-BN untuk diberikan kepada warga asing berkenaan bagi mendapatkan kewarganegaraan kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Menurut Zuraida, pihaknya berjaya menyusup masuk sebagai PATI dan memperoleh skrip atau borang sumpah itu.

UMMI HAFILDA BERSUMPAH LAKNAT TENTANG SEKSYA DENGAN BAGINDA


“Wallahi, Wabillahi, Watallahi...

“Saya buat sumpah ini di bulan Ramadan yang suci bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Baginda Minda.

“Jika saya menipu, maka saya akan dilaknat,”  sumpah laknat Umi Hafilda dilafazkan di mahkamah Kuala Lumpur setelah memfailkan permohonan ingkar terhadap Baginda hari ini mendakwa dirinya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda.


Umi Hafilda menuntut gantirugi am RM100 juta dan perintah injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan Mkini dot com dan Norazman Abdullah daripada terus membuat kenyataan fitnah terhadapnya. Pada 25 April lalu, Ummi Hafilda memfailkan semula saman fitnah tersebut.

Monday 15 August 2011

Keropok Lekor Terrengganu perlu sijill halal


Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu meminta semua pengusaha keropok lekor di negeri itu memohon sijil halal daripada pihaknya bagi membantu perniagaan mereka pada masa kini dan akan datang.
Pesuruhjayanya Mohd Rozali Saleh berkata kini jabatan itu sedang menyebarluaskan penggunaan sijil halal bukan sahaja kepada pengusaha keropok tetapi juga kepada hotel, restoran dan industri di negeri itu.
“Kita harap semua pengusaha berkenaan memohon dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu akan mempermudahkan mereka mendapat sijil halal,” katanya dipetik Bernama Online hari ini.
Dalam hal ini, beliau berkata Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) boleh memainkan peranan dan membantu usahawan keropok untuk mendapatkan sijil halal.
Mengenai hotel pula, Mohd Rozali berkata sehingga kini 12 buah hotel dan chalet atau kira-kira 10 peratus daripada hotel dan chalet di Terengganu telah diberikan sijil halal oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
“Hotel atau chalet yang diberi sijil halal ini masih kecil kalau dibandingkan dengan hotel atau chalet yang ada di Terengganu,” katanya.

Friday 12 August 2011

Perdana menteri Najib dan Rosmah Mansor hadir mahkamah untuk kes Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berada di Kompleks Mahkamah Jalan Duta untuk ditemubual oleh peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka tiba pada jam 2.55 petang ini dan kini berada di tingkat tingkat tujuh.

Anwar juga berada di situ untuk menghadiri temubual tersebut.

Peguam Karpal Singh, Sankara Nair dan Param Cumaraswamy mengendalikan temuduga itu.

Friday 5 August 2011

ALLY ISKANDAR TV3 PUTUS TUNANG

 
Personaliti TV3, Ally Iskandar mengesahkan ikatan pertunangannya dengan Naib Juara rancangan Gadis Melayu musim pertama, Nur Aishah Zainal telah putus pada 30 Julai lalu.
Perpisahan itu tiada kaitan dengan pihak ketiga ataupun konflik besar membabitkan mereka sebaliknya beberapa masalah lain yang datang secara berperingkat sehingga gagal untuk diselesaikan.
Tanpa berselindung Ally berkata, perpisahan itu berlaku disebabkan tiada keserasian di antara mereka walaupun hakikatnya mereka telah memutuskan untuk mendirikan rumah tangga yang dijadualkan hujung tahun ini.
“Saya tak nafikan masalah ini meninggalkan kesan besar buat saya dan ia amat menyedihkan. Daripada dibiarkan melarat, lebih baik keputusan (memutuskan pertunangan) dibuat secara baik,” katanya.

Thursday 4 August 2011

penyelewengan dalam Persekutuan Pengakap Malaysia, hutang RM 350ribu


Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) mengalami masaalah kewangan  defisit perbelanjaan RM350,000 - dipercayai buat pertama kali wujud dalam pertubuhan beusia satu abad ini. 
PPM kini diketuai oleh bekas Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Shafie Mohd Salleh. PPM terletak di bawah penyeliaan Kementerian Belia dan Sukan. 


“Ini kali pertama situasi seperti ini berlaku, ia sungguh menyedihkan dan mengecewakan... bagaimana ia boleh berlaku? Ada yang tidak kena dalam pengurusan,” kata  Ketua Setiausaha Eksekutif PPM Mohd Zaki Nurud-Din @ Nordin. Mengulas perkara tersebut,  berkata, ini kali pertama PPM berhadapan dengan situasi sedemikian meskipun mempunyai harta dalam bentuk bangunan dan tanah khususnya di Lembah Klang.


“Saya dapati ini tidak sepatutnya berlaku, nampaknya kepimpinan PPM sekarang boros... boros dalam perbelanjaan. Saya dimaklumkan program yang dijalankan melibatkan kunjungan ke luar adalah membazir, boros,” kata bekas Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Datuk Dr Kamarudin Kachar.

PPM merupakan satu pertubuhan beruniform sukarela para belia dan beliawanis dan ia sebahagian daripada pertubuhan kepengakapan global iaitu Persekutuan Pengakap Sedunia.
Ia bergerak di bawah Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1968. Sehingga kini, hanya PPM satu-satunya pertubuhan seumpamanya yang dikuatkuasakan melalui akta digubal Parlimen.
PP kini ia dianggotai kira-kira 80,000 ahli di seluruh negara.
“Oleh kerana persekutuan ini ditubuhkan di bawah satu akta Parlimen, soal kewangan seharusnya diuruskan dengan baik. Bagi tujuan itu, saya berharap Kementerian Belia dan Sukan, SPRM dan polis menyiasat perkara ini agar ia tidak menjadi semakin serius,” kata beliau.
“Setiap ahli membayar yuran RM5, bermakna ia mampu mengutip yuran dalam jumlah besar, walaupun ditolak dengan peruntukan kepada cawangan, ibu pejabat masih ada lebihan.
“Ia juga mengutip sewa dan juga geran kerajaan. Jadi, ke mana perginya wang ini?” kata Kamarudin yang juga Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu.


Disebalik perletakan jawatan Naib Canselor UNISEL

Alasan yang diberi oleh Datuk Dr Rosti Saruwono (Naib Canselor UNISEL) adalah:
"Sah saya letak jawatan berkuat kuasa 3 Ogos (esok). Ada keputusan yang tidak sanggup saya laksanakan iaitu melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa memberi sebab dan tanpa mengikut proses. Selamat berpuasa," katanya kepada Utusan Malaysia melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
 Ketiga-tiga orang yang tidak sanggup dipecat oleh Dr Rosti adalah:

1. Pendaftar, Rokmaa Mat,
2. Dekan Fakulti Perniagaan, Prof. Dr. Khalifah Othman
3. Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah


Rokmaa Mat adalah Mak Saudara kepada bekas Menteri Besar, Khir Toyo.

Ketiga-tiga orang ini telah disiasat oleh sebuah Jawatankuasa yang dilantik oleh Mesyuarat Exco Selangor. Dikatakan laporan dari Jawatankuasa itu membuktikan terdapat banyak kes salahlaku yang melibatkan kewangan serta pemberian kontrak dan juga masalaah moral.



Rokmaa Mat ini mak saudara kepada Khir Toyo, beliau amat berkuasa di Unisel. Sehingga segala-gala yang berlaku di Unisel dikawal oleh beliau.

Dikatakan juga, Dr Rosti pula adalah seorang penyokong tegar UMNO. MB melantik beliau kerana ingatkan beliau seorang yang professional dan komited kepada tugas Naib Cancellor.

Namun, apabila menduduki jawatan tersebut, beliau terus menyokong “geng UMNO” dan membiarkan Unisel ditadbir seolah-olah Selangor masih diperintah UMNO. Dan Rokmaa Mat ini terus bermaharajalela. 



Arahan untuk memecat ketiga-tiga orang ini bukan datang dari MB Selangor. Ianya diputuskan dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh MB Selangor, pegawai2 kerajaan, Dr Rosti sendiri serta kesemua Timbalan Naib Cancelor di Bangunan SUK.

Laporan dari JK Exco itu telah dibentang dalam mesyuarat tersebut bersama-sama dengan segala bukti yang beliau perlu.

Juga, dalam mesyuarat itu, Dr Rosti tidak membantah. Tidak mempersoal hasil laporan JK yang ditubuh Exco Kerajaan Negeri Selangor itu.

Namun, tiba-tiba beliau letak jawatan dan tidak mahu melaksanakan keputusan yang dipersetujui bersama itu. Beliau tuduh pula keputusan itu tanpa sebab dan tidak mengikut proses.

Wednesday 3 August 2011

PM Najib jalani pembedahan lutut di HKL


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melambaikan tangan sejurus keluar dari Wad Diraja selepas menjalani pembedahan 'arthoscopic' pada lutut kiri di Hospital Kuala Lumpur, Rabu. Turut kelihatan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor (kiri). - Foto BERNAMA

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menunjukkan tulang rawan pada lutut kiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang koyak selepas menjalani pembedahan 'arthoscopic' di Hospital Kuala Lumpur, Rabui. - Foto BERNAMA


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dibenarkan pulang selepas menjalani pembedahan lutut kirinya, yang cedera akibat bersukan, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, Rabu.
Perdana Menteri pada Isnin lepas menjalani pembedahan lutut kirinya melalui pembedahan "arthoscopic". - BERNAMA

tambah panas

Followers