Friday 1 February 2013

isteri ditembak mati polis 24kali

Dalam satu sidang akhbar yang diadakan oleh Ahli Parlimen (MP) Klang, Charles Santiago dan peguam yang juga MP Puchong, Gobind Singh Deo,seorang pemandu lori, Foo Voon Kong, 26, berkata,  polis menembak tanpa belas kasihan, dan tanpa sebab, ke atas sebuah kereta di Klang, mengakibatkan isterinya, Pua Bee Chun, 22,terbunuh.
Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 7.45 malam 18 Januari berhampiran Taman Sentosa, Klang"Terdapat 25 peluru ditembak ke arah kereta tersebut dan satu 
daripadanya mengenai isteri saya dekat hatinya, yang membunuh serta-merta," kata Foo berkata.

"Seseorang dari tempat kejadian memberitahu saya bahawa terdapat kejadian tembakan, dan mereka percaya isteri saya (yang telah ditembak). Saya tiba di sana dan nampak polis mengepung kenderaan itu dan nampak isteri saya, sudah mati.

"Kerana kejadian itu berlaku berhampiran dengan beberapa rumah, maka saya bertanya apa yang berlaku dan pemilik rumah berkata polis mengambil rakaman CCTV dari premis mereka dan memadam apa yang telah berlaku," katanya.

Foo, yang mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan hasil perkongsian hidupnya dengan Pua, kini mencari jawapan dari pihak polis mengapa mereka menembak kereta tersebut, membunuh isterinya.

Foo Voon Kong mendakwa segala usaha untuk mendapat penjelasan daripada polis tentang bagaimana dan kenapa isterinya mati menemui jalan buntu. 

kali terakhir beliau berjumpa dengan isterinya pada 5 petang pada hari kejadian sebelum isterinya keluar rumah. 

Katanya, beliau menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) menyuruh Bee Chun pulang untuk makan malam dan keluar ke pasar malam bersama kedua anak mereka. 

“Bagaimanapun, beliau (isteri) kata tidak dapat pulang, apabila saya menghantar sms kali kedua bertanya dia dimana, isteri saya tidak membalas sms itu. 

“Kira-kira jam 8.30 malam, saya menerima panggilan telefon dari rakan saya memberitahu beliau ternampak mayat isteri saya. 

“Apabila saya sampai ditempat kejadian, saya lihat ramai orang awam dan polis, mayat isteri saya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. 

“Doktor memaklumkan, isteri saya ditembak melalui belakang badannya,”“Semua bukti seperti baju, kamera litar tertutup (CCTV) dan kereta yang dinaiki isteri saya diambil polis. 


“Saya percaya isteri saya ditembak dengan 24 das tembakan berdasarkan kesan tembakan di pintu kereta dan bahagian belakang kereta,” katanya. 

Voon Kong menambah, beliau difahamkan isterinya ditembak ketika di dalam sebuah kereta jenis Waja bewarna perak bersama seorang lelaki yang merupakan kawannya. “Kini, semua bukti berkaitan dengan pembunuhan hilang. Jika semua bukti ini tiada bagaimana hendak bawa kes ini ke mahkamah,” katanya. 

"Dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan tidak ada sebab untuk polis menembak. Saya juga ingin tahu dari rakan lelaki itu apa yang berlaku, kerana dia tidak cedera tetapi kini hilang, " kata pemandu lori itu.

Beliau mendakwa tidak ada barang-barang haram atau dadah di dalam kereta itu untuk mewajarkan ia ditembak.

Bagaimanapun, laporan yang disiarkan oleh stesen televisyen ntv7 berkata Pua telah ditembak ketika kereta itu dikejar polis dan kereta itu dipercayai telah dilaporkan dicuri pada 15 Januari. Ia juga berkata sebilah parang dan satu paket dadah ditemui di dalam kereta tersebut.

Laporan itu juga berkata pemandu lelaki kereta itu, berumur 31, dikatakan mempunyai enam rekod jenayah lampau melibatkan rompakan, dadah dan penculikan. Dia telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang. SK/MK

Blog Archive

tambah panas

Followers