Thursday 20 June 2013

Jerebu semakin teruk.

LEBIH 200 sekolah di Muar, Johor diarah tutup buat sementara berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatat paras bahaya iaitu 383. Pengarah Pendidikan Johor Mohd Nor A Ghani berkata keputusan itu dibuat berikutan paras IPU di daerah itu mencecah tahap bahaya, dan tindakan itu melibatkan 76,940 pelajar. Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini melaporkan Muar merupakan kawasan yang paling teruk dilanda jerebu dengan IPU 383 pada 11 pagi meningkat daripada 337 pada 7 pagi Khamis

Semua sekolah di Batu Pahat telah diarahkan untuk ditutup selama dua hari berikutan kemerosotan kualiti udara di daerah ini.
Jabatan pendidikan daerah mengeluarkan notis kepada semua sekolah-sekolah berikutan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) yang melebihi 300, yang dianggap berbahaya.
Di SJK (C) Ai Chun (2), guru sekolah dilihat berdiri di luar sekolah, memberitahu ibu bapa pelajar sesi petang berhubung penutupan sekolah.
Guru Besar Ho Weng Tack berkata sekolah itu menerima arahan daripada pejabat daerah pada tengah hari supaya menutup sekolah pada hari Khamis dan Jumaat untuk kesihatan dan keselamatan pelajar.
"Sekolah ini sedikit huru-hara hari ini kerana kita sibuk memaklumkan kepada ibu bapa, menghantar mesej teks dan dalam masa sama mengendalikan pelajar sesi pagi," katanya ketika ditemui di sekolah itu di Jalan Mohd Khalid.
Ho berkata sekolah-sekolah akan menunggu notis selanjutnya daripada jabatan pendidikan berhubung kelas gantian.

 Beberapa acara sukan yang dijadual diadakan hujung minggu ini terpaksa dibatalkan akibat jerebu.
Pembatalan itu termasuk Larian Hari Olimpik yang dijadualkan berlangsung di Padang Merbok Ahad ini.
Larian yang dianjurkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) itu dijangka menarik antara 2,000 hingga 3,000 pelari.
Setiausaha Agung MOM, Datuk Sieh Kok Chi berkata, pembatalan yang berpunca daripada senario luar jangka ini terpaksa dibuat demi faktor kesihatan.
Acara-acara lain termasuk Jelajah Berbasikal Malaysia (26-30 Jun) dan perlawanan bola sepak Liga-M (21-22 Jun).
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Jumaat untuk membuat keputusan bagi menangguhkan perlawanan Liga-M.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, beberapa perlawanan yang dijadualkan pada Jumaat dan Sabtu boleh ditangguhkan akibat jerebu.
"Kami sedar tentang keadaan, terutama di Johor dan Singapura, yang merupakan kawasan yang paling teruk. Kami akan membuat keputusan esok (Jumaat)," kata Hamidin. Mstar

Blog Archive

tambah panas

Followers