Friday 27 September 2013

ADAM AF KAHWINI FIZA ELITE


Adam dan Siti Zaidatul Fiza Abd Halim atau Fiza, 32, selamat bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis serba sederhana yang diadakan di dewan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di sini pada pagi Khamis.
Adam menyerahkan RM300 sebagai mas kahwin kepada Fiza selain sepersalinan barangan solat sebagai hantaran. Adam berkata, dia tidak dapat menjelaskan secara khusus mengapa dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Fiza dalam masa yang singkat.
Bagaimanapun kata Adam, dia mengakui perasaan yang wujud terhadap wanita itu adalah cinta pandang pertama dan bersyukur Allah memudahkan jodoh mereka.
"Sejak bertemu kembali pada Ramadan lalu saya sering teringat-ingat akan dia dan apabila melakukan solat istikharah wajah Fiza muncul dalam mimpi saya.
"Saya yakin dia adalah jodoh saya dan Alhamdulillah Fiza juga mudah menerima saya walaupun perkenalan kami sangat singkat," jelasnya.

tambah panas

Followers