Saturday 29 June 2013

Rumah anak yatim Huku Klang terbakar

Sebahagian daripada sebuah rumah anak yatim di Hulu Kelang di Kuala Lumpur dijilat api dalam kejadian malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata pihak bomba menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 9.57 malam, beberapa minit selepas kebakaran bermula.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran yang dipercayai bermula di tingkat teratas bangunan tiga tingkat itu yang melibatkan tiga bilik, katanya ketika dihubungi Bernama.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, kata jurucakap itu.

Bilangan penghuni rumah anak yatim itu belum dapat dipastikan ketika berita ini ditulis.

Dua jentera bomba dari Balai Bomba Ampang Jaya dan Pandan Indah digegaskan ke tempat kejadian dan api dapat dikawal pada pukul 10.40 malam. 

- Bernama

Friday 28 June 2013

lihat dan bacalah betapa bongkak dan takburnya pelakon Azhar Sulaiman mencabar......


Aaron Aziz bekas gengster Singapura

Ini bukan gengster Kampong Dusun..bukan main-main, betul punya cerita....
 Pelakon Aaron Aziz mendedahkan dia pernah melakukan aktiviti tidak bermoral pada zaman remajanya dengan menyertai satu kumpulan gengster di Singapura.
Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 37, berkata, dia sering dianggap lelaki ganas sehingga ditakuti ramai orang namun pengalaman bergaul dengan golongan itu telah banyak mengajar dia untuk mengenali masyarakat di sekeliling.
"Biasalah zaman muda dahulu. Perasaan ingin tahu melebihi segala-galanya dan semua benda kita mahu cuba dan lihat.
"Tetapi berkawan dengan orang jahat tidak semestinya kita akan jadi jahat. Pada pendapat saya berkawan dengan mereka mengajar saya jadi bijak dalam mengenali orang di sekeliling saya," katanya.
Aaron ditemui pada sesi temu bual eksklusif di restoran Bait di sini pada Khamis. bersempena pelancaran program biografinya yang akan disiarkan menerusi saluran E! Entertainment.

Thursday 27 June 2013

Pelakon terkenal ditahan lagi kerana dadah syabu

Pelakon berusia 35 tahun yang juga anak kepada seorang pelakon terkenal, ditahan bersama tiga lelaki lain dan dua wanita berusia antara 27 hingga 37 dalam serbuan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang Jaya sekitar jam 11.30 pagi semalam. 

TEKA...TEKA...SIAPA...BENJI ANAK AZEAN IRDAWATY KE?....ish..ish kantoi lagi mamat ni..agak-agak sape?...

sekadar gambar hiasan

Syabu dalam bilik 

Seorang daripada wanita terbabit dipercayai teman wanita pelakon itu yang juga pernah ditahan pada 2009.

Polis menemui satu paket syabu seberat 4.7 gram dalam bilik di rumah terbabit. 
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata hasil ujian awal air kencing mendapati empat lelaki itu positif dadah jenis methaphitamine manakala dua wanita terbabit negatif.

Siasat sumber dadah
Polis masih menyiasat termasuk mengenalpasti dari mana dadah itu diperoleh dan tujuan mereka menyimpannya sama ada untuk dijual atau kegunaan sendiri.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang esok (hari ini) bagi mendapatkan perintah tahanan reman, katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, hasil pemeriksaan juga mendapati keenam-enam yang ditahan pernah disiasat berkaitan kes dadah.

Siasatan awal mendapati rumah dimiliki seorang daripada lelaki yang ditahan dipercayai digunakan sebagai lokasi jual beli dan menagih dadah.

Sebelum ini, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman denda RM5,000 terhadap pelakon berkenaan atas kesalahan memiliki 0.24 gram syabu di rumahnya di Menara Duta 2, Jalan 1/38 B, Persimpangan Jalan Segambut, pada Mac 2009.

Wednesday 26 June 2013

PERHATIAN! JEREBU BAHAYAKAN KESIHATAN

Kandungan jerebu bahayakan kesihatan

Kandungan udara dalam jerebu merbahaya kepada kanak-kanak, orang tua serta pesakit asma, radang paru-paru dan jantung.

Pensyarah Jabatan Sains Kejuruteraan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Madya Dr Marzuki Ismail berkata, jerebu ialah fenomena yang disebabkan kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat mata kasar dan terapung-apung di udara.

Katanya, partikel ini hadir secara semula jadi atau akibat kesan sampingan aktiviti manusia seperti kebakaran hutan.

Beliau berkata, kebakaran akan mewujudkan beberapa jenis gas iaitu karbon dioksida, monoksida, sulfur dioksida dan nitrogen dioksida yang boleh menjejaskan kesihatan manusia.

"Antara kesan yang dialami pesakit ialah gatal-gatal di kerongkong, batuk, sukar bernafas, mata pedih serta berair, kerap bersin, kulit badan gatal-gatal dan terasa sakit di dada," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Oleh yang demikian katanya, orang ramai dinasihatkan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas akibat jerebu.

Monday 24 June 2013

JEREBU; PORT KLANG LEBIHI TARAF BAHAYA

Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Pelabuhan Klang memasuki paras bahaya, menurut exco Selangor Ean Yong Hian Wah.

"Pengesan di Lembah Klang menunjukkan, pada jam 3 petang, ia melepasi IPU 314. 

"Kesemua stesen pemantauan lain masih bawah 200 sehingga 3 petang," tulis Ean Yong di Facebook beliau.

Maklumat daripada Facebook informasi bencana Majlis Keselamatan Negara pula menunjukkan bacaan di Pelabuhan Klang pada jam 4.30 petang ialah 317.

Kawasan itu yang pertama memasuki tahap bahaya melebihi IPU 300 di Lembah Klang.

Sekolah Di K.Lumpur, Selangor Mungkin Terus Ditutup - Palanivel

 Semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor mungkin terus ditutup esok (Selasa) berikutan keadaan jerebu yang semain teruk di Lembah Klang, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel.
Beliau bagaimanapun berkata sekolah perlu menerima arahan daripada Kementerian Pendidikan sebelum berbuat demikian.
"Saya akan berbincang dan bertanya mengenainya (kemungkinan sekolah ditutup)dengan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh," katanya kepada pemberita selepas majlis mengangkat sumpah anggota parlimen bagi Parlimen Ke-13 di Dewan Rakyat di sini, Isnin.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan kuliti udara di enam kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur yang mempunyai alat pemantauan kualiti udara mencatat paras 'tidak sihat' dengan bacaan antara 128 dan 198 pada pukul 11 pagi ini.
Mengenai dakwaan Indonesia bahawa lapan ladang milik Malaysia di republik itu disyaki menyumbang kepada keadaan jerebu, Palanivel berkata syarikat yang terbabit belum dapat disahkan dan sesetengahnya bukan milik Malaysia.
"Oleh kerana tidak ada bukti, saya perlu membincangkannya dengan rakan sejawatan saya dari Indonesia. Mereka (Indonesia) kata banyak syarikat Malaysia yang terlibat. Tak tahulah saya kalau syarikat Indonesia turut terlibat," katanya.
Beliau berkata Malaysia perlu berbicang dengan Indonesia dan Singapura, yang juga terjejas teruk akibat jerebu, sebelum mengenakan sebarang tindakan terhadap pihak terbabit atau mengambil langkah untuk membendung jerebu, termasuk melakukan pembenihan awan.
Perkara seperti itu, katanya, memerlukan respons serantau secara bersama.
Palanivel dijadual mengadakan perjumpaan dengan wakil syarikat Malaysia yang berpejabat di Jakarta pada Rabu atau Khamis ini.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan mengesyorkan kepada pentadbir sekolah yang masih ragu-ragu tentang keadaan jerebu yang memerlukan sekolah ditutup supaya segera merujuk perkara itu kepada Jabatan Pendidikan Negeri.
Beliau menyokong cadangan Palanivel agar sekolah di Lembah Klang terus ditutup sekiranya jerebu masih berada pada paras bahaya.
"Saya menyeru kepada semua pentadbir sekolah supaya mematuhi pekeliling yang dikeluarkan berhubung penerusan penutupan sekolah dan penutupan ini akan bergantung pada kualiti udara di kawasan terjejas," katanya kepada Bernama. - BERNAMA

Sunday 23 June 2013

JEREBU: SEMUA SEKOLAH DIKL DAN SELANGOR DITUTUP ESOK

Semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan ditutup esok seperti yang dinasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel.

Palanivel berkata beliau akan meminta Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh mengambil tindakan sewajarnya.

"Situasi jerebu semakin teruk pada 5 petang dan sekolah diarah tutup sebagai langkah berjaga-jaga kerana kualiti udara yang buruk akan memberi kesan terhadap kesihatan pelajar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa agar memastikan anak-anak mereka berada dalam rumah dan memakai topeng jika mereka perlu keluar.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar, yang diisytihar sebagai kawasan darurat, mencatat sedikit penurunan dengan bacaan 690 pada 11 pagi tadi berbanding 746 empat jam sebelumnya.

IPU bagi Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai di Melaka, yang sebelum ini masing-masing mencatat bacaan di tahap bahaya 357 dan 334, meningkat ke 415 dan 428.

Negeri lain yang mempunyai IPU tidak sihat termasuk ibu negara, Putrajaya, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor manakala dua kawasan yang dikategori sebagai mempunyai kualiti udara sihat ialah Sandakan dan Tawau di Sabah.

-Bernama

Thursday 20 June 2013

mari kawin perempuan syria betulke?

Polis Sedang Siasat Dalang Sindiket Jual Wanita Syria!


KUALA LUMPUR - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kini sedang
 giat menyiasat satu lagi sindiket penipuan menjual wanita Syria
untuk dijadikan isteri kepada rakyat Malaysia
 disebarkan menerusi Facebook. Ketua Penolong Pengarah 
Bahagian Kongsi Gelap,
 Judi dan Maksiat (D7), Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan, 
berkata beliau percaya
 kegiatan terbabit didalangi sindiket penipuan, 
tetapi akan menjalankan siasatan jika
 terdapat maklumat berkaitan pemerdagangan
 manusia menerusi laman sosial. 
Orang ramai diminta menghubungi seorang lelaki dikenali 
ustaz Azizul yang dipercayai
 orang perantara bagi mendapatkan wanita Syria itu.
 Lelaki terbabit kemudian menuntut 
deposit RM150 sebagai pendahuluan sebelum
 urusan selanjutnya dijalankan.
 Kegiatan menjual wanita Syria dengan harga 
serendah RM800 itu mula tersebar
 menerusi Facebook sejak kelmarin.
 Sindiket  jual wanita Syria ini dipercayai 
didalangi oleh pelajar Malaysia di Mesir. #sumber

 Sumber Artikel Ini: http://pahangdaily.blogspot.com/2013/06/polis-sedang-siasat-dalang-sindiket.html#ixzz2WlcnvkPZ

Jerebu semakin teruk.

LEBIH 200 sekolah di Muar, Johor diarah tutup buat sementara berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatat paras bahaya iaitu 383. Pengarah Pendidikan Johor Mohd Nor A Ghani berkata keputusan itu dibuat berikutan paras IPU di daerah itu mencecah tahap bahaya, dan tindakan itu melibatkan 76,940 pelajar. Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini melaporkan Muar merupakan kawasan yang paling teruk dilanda jerebu dengan IPU 383 pada 11 pagi meningkat daripada 337 pada 7 pagi Khamis

Semua sekolah di Batu Pahat telah diarahkan untuk ditutup selama dua hari berikutan kemerosotan kualiti udara di daerah ini.
Jabatan pendidikan daerah mengeluarkan notis kepada semua sekolah-sekolah berikutan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) yang melebihi 300, yang dianggap berbahaya.
Di SJK (C) Ai Chun (2), guru sekolah dilihat berdiri di luar sekolah, memberitahu ibu bapa pelajar sesi petang berhubung penutupan sekolah.
Guru Besar Ho Weng Tack berkata sekolah itu menerima arahan daripada pejabat daerah pada tengah hari supaya menutup sekolah pada hari Khamis dan Jumaat untuk kesihatan dan keselamatan pelajar.
"Sekolah ini sedikit huru-hara hari ini kerana kita sibuk memaklumkan kepada ibu bapa, menghantar mesej teks dan dalam masa sama mengendalikan pelajar sesi pagi," katanya ketika ditemui di sekolah itu di Jalan Mohd Khalid.
Ho berkata sekolah-sekolah akan menunggu notis selanjutnya daripada jabatan pendidikan berhubung kelas gantian.

 Beberapa acara sukan yang dijadual diadakan hujung minggu ini terpaksa dibatalkan akibat jerebu.
Pembatalan itu termasuk Larian Hari Olimpik yang dijadualkan berlangsung di Padang Merbok Ahad ini.
Larian yang dianjurkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) itu dijangka menarik antara 2,000 hingga 3,000 pelari.
Setiausaha Agung MOM, Datuk Sieh Kok Chi berkata, pembatalan yang berpunca daripada senario luar jangka ini terpaksa dibuat demi faktor kesihatan.
Acara-acara lain termasuk Jelajah Berbasikal Malaysia (26-30 Jun) dan perlawanan bola sepak Liga-M (21-22 Jun).
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Jumaat untuk membuat keputusan bagi menangguhkan perlawanan Liga-M.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, beberapa perlawanan yang dijadualkan pada Jumaat dan Sabtu boleh ditangguhkan akibat jerebu.
"Kami sedar tentang keadaan, terutama di Johor dan Singapura, yang merupakan kawasan yang paling teruk. Kami akan membuat keputusan esok (Jumaat)," kata Hamidin. Mstar

Wednesday 19 June 2013

Akademi Fantasia 10 bersama Najib Ali

 Pemilihan personaliti televisyen berasal dari Singapura, Najib Ali sebagai konsultan untuk program Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) bakal memberi kelainan dan secara tidak langsung mengangkat program realiti tersebut lebih bertaraf global.
Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, Najib mempunyai pengalaman yang luas dalam industri hiburan di rantau Asia dan mampu memberi pembaharuan dalam AF 2013 kali ini.
"Dia seorang personaliti yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini di peringkat Asia, kehadiran dia secara tidak langsung membuatkan AF berbau global.
"Kita lihat kemampuannya melihat format program itu di luar produksi dan memberi nafas baru dalam industri hiburan," katanya ketika ditemui pada taklimat program dan saluran baharu Astro, di sini, Selasa.
Tambah Khairul, bekas pengacara Asia Bagus itu juga mempunyai pengalaman mengendalikan rancangan realiti AF di Indonesia selama tiga musim.
"Dia ada wawasan dan matlamat tersendiri dan tahu apa kelainan yang kita inginkan bagi musim terbaru ini," katanya.
Jelasnya, AF kali ini telah membuat beberapa perubahan terhadap format program tersebut yang tidak lagi sesuai dengan situasi semasa.
Bagaimanapun, Khairul enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai program berkenaan dan akan mengadakan satu lagi sidang media bagi memperkenalkan konsep, tenaga pengajar dan hos.
Sementara itu uji bakat sedang diadakan di lima buah negeri sejak 1 Jun sehingga 30 Jun ini.

Jerebu teruk tapi ada aktiviti sukan.

Biarpun PM Najib menasihati orangramai agar mengurangkan aktiviti luar rumah kerana cuaca jerebu yang tidak sihat namun beberapa sekolah disekitar Klang dan S.Alam terus melakukan kegiatan acara sukan.
Antara sekolah yang dilihat seperti Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun,Kelang. Selangor. Nampak sangat guru-guru tak peka.

Tuesday 18 June 2013

Gangguan Bekalan Air Di Lembah Klang & Hulu Selangor Khamis Ini

Beberapa kawasan di Lembah Klang dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air pada Khamis ini berikutan kerja-kerja mengganti injap di Pam No 3, Rumah Pam Air Terawat di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.
Gangguan bekalan air dijangka berlaku dari pukul 8 pagi hingga 8 malam berikutan kerja yang akan dijalankan oleh operator Loji Rawatan Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash), menurut kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd di sini Isnin.
Pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.
Antara kawasan yang terlibat di Kuala Lumpur ialah Bukit Kiara, Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara Resort, Pusat Sukan Bukit Kiara, Pusat Sains Negara, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Suruhanjaya Sekuriti, Bahagian Teknologi Pendidikan dan Pusat Konvensyen Sime Darby.
Kawasan Bukit Damansara meliputi Jalan Segambir, Jalan Belimbing, Jalan Setiabistari, Jalan Setiamurni 1-12, Jalan Setiabudi, Jalan Setiarasam, Jalan Setiaraya, Jalan Setiajaya, Jalan Medan Setia, Jalan Setiabakti, Jalan Setiakasih, Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.
Kawasan Gombak meliputi Bandar Sri Damansara, Kepong Industrial Park, Kawasan Industri Tago, Sunway SPK, Wangsa Permai, Desa Park City, Taman Bukit Maluri, Manjalara Kepong, Desa Aman Puri, Medan Putra, Country Height Damansara dan Sunway SPK Harmoni 3.
Di Hulu Selangor, kawasan yang terlibat ialah Kampung Sungai Serai, Kuang, Kampung Baru, Kampung Melayu Sri Kundang, Kampung Permata, Taman Desa, Bandar Baru Kundang, Kundang Jaya, Bandar Tasik Puteri, Taman Tasik Biru dan Taman Perindustrian.
Kawasan Petaling melibatkan Bukit Rahman Putra, Taman Impian Indah, Taman Sri Putra, Saujana Akasia, Taman Sri Putra Mas, Taman Matang Jaya dan Kampung Matang Pagar.
Sementara itu, beberapa kawasan akan mengalami tekanan air yang rendah iaitu kawasan Segambut meliputi Taman Sri Sinar, Taman Sri Bintang, Taman Bukit Sri Bintang, Taman Prima Pelangi, Taman SPPK Segambut, Taman Segambut, Taman Segambut Permai.
Taman Segambut Damai, Taman Segambut Muda, Taman Segambut Aman, Taman Bukit Segambut, Taman Indah Murni, Taman Prima Impian, Taman Desa, Kampung Segambut Dalam, Kampung Segambut Bahagia, Kampung Segambut Tengah, Kampung Segambut Gate, Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta, Kesington Park, Changkat Kiara Bayu, Changkat Kiara Surya, Prima Duta, Menara Duta, Duta Ria dan kawasan Mont Kiara.
Di Petaling meliputi kawasan Kuarters Penjara Sungai Buloh, Kampung Kubu Gajah, Kampung Merbau Sempak, Desa Moccis, Kampung Paya Jaras, Hospital Kusta, Kampung Baru Sungai Buloh (Kampung Baru Cina), Kampung Desa Aman, Saujana Damansara dan Prima Damansara.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL)di 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222.
Maklumat lanjut boleh melayari laman web Syabas di www.syabas.com.my atau menerusi Twitter dan Facebook PUSPEL.- BERNAMA

Monday 17 June 2013

Jerebu: Ingatan dari PM najib

Datuk Seri Najib Tun Razak yang prihatin dengan keadaan jerebu semasa di negara ini menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan aktiviti luar dan minum lebih banyak air.
Perdana Menteri berkata penjagaan kesihatan perlu menjadi keutamaan untuk semua orang berikutan keadaan jerebu di Malaysia dijangka bertambah buruk dalam beberapa hari lagi dengan tiupan angin membawa asap dari tompok panas di Sumatera, Indonesia.
"Hanya semalam sahaja, keadaan kualiti udara di Melaka mencapai tahap bahaya," katanya Najib dalam laman Facebooknya Isnin.
Mengikut Jabatan Alam Sekitar (JAS), kualiti udara di seluruh negara bertambah baik sedikit hari ini dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan hanya empat kawasan merekodkan bacaan tidak sihat berbanding enam kawasan pada Ahad.
Empat kawasan tersebut ialah Bandaraya Melaka dengan bacaan IPU 102, Balok Baru (114) dan Indera Mahkota (107) di Kuantan dan Kemaman (121) di Terengganu. -BERNAMA

Thursday 13 June 2013

Kisah benar: Api menyala dari tanah..terbakar tiba-tiba

TANDA-TANDA KIAMAT KIAN HAMPIR


YAMAN- Jumaat (07/06/13) Secara tiba-tiba api dan asap keluar dari perut bumi di salah satu propinsi Yaman. Hal ini mengundang kebanyakan rasa takut dikalangan penduduk tersebut, di mana mereka tidak pernah mendapat penjelasan secara ilmiah untuk fenomena aneh ini.

Penduduk yang tinggal di lingkungan al-Salam, kota al-Hodaidah, panik akibat meunculnya api dari bawaah tanah sebelah cekungan drainase dan lidah asap yang mengepul dari retakan bumi.

Warga Yaman mengatakan, sejak 10 hari yang lalu secara tiba-tiba asap mengepul dan keluar dari bumi. Kemudian diikuti oleh kebakaran yang mengakibatkan retakan. Dan dua hari kemudian api semakin meningkat secara mendadak.

Maka sesungguhnya telah datang (hari Kiamat) tanda-tandanya. (QS.47:18)

Sebenarnya hari kiamat itulah hari yang dijanjikan kepada mereka dan kiamat itu lebih dahsyat dan lebih pahit. (QS.54:46)

Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya). (QS.21:01)

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
“Tidak akan terjadi hari Kiamat sampai api keluar dari tanah Hijaz yang menerangi leher-leher unta di Bashra.”

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra, berkata: “Datang kepada kami Rasulullah SAW dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?” Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”. Lalu Nabi SAW bersabda: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam as, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. – (H.R Muslim)


suraual-ikhwan


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz2W1uMHJmh

VIDEO MUNCULNYA BARA API DI YAMAN


Monday 10 June 2013

IPD Subang Jaya, Dang Wangi rekod kes kematian dalam tahanan tertinggi, kata NGO

 Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya dan Dang Wangi menunjukkan jumlah kes kematian dalam tahanan tertinggi, dakwa pertubuhan badan bukan kerajaan Suaram hari ini.
Kedua-dua ibu pejabat polis berkenaan dakwa pejuang hak asasi manusia itu telah merekodkan masing-masing tiga kematian bagi IPD Subang Jaya, manakala tiga kes kematian dalam tahanan di IPD Dang Wangi.
“Balai Polis Subang Jaya dilihat seperti menjadi pusat kematian dalam tahanan. Lokap USJ 8 menyaksikan dua kematian pada 2013. Chan Chin Te meninggal dunia pada 14 Januari, ditambah kes terbaru,  Nobuhiro. 20 Januari 2009, Kugan Ananthanmeninggal dunia di Balai Polis Taipan, Subang Jaya,” kata kenyataan NGO berkenaan, merujuk kepada kes terbaru, Nobuhiro Matsushita, 33, yang didapati mati akibat tergantung
“Balai Polis Dang Wangi pula menunjukkan kematian tiga individu sejak tahun lalu dalam jumlah empat bulan; Chandran Perumalu pada 10 September 2012; Wong Tip Ping pada 29 November 2012; dan Nagarajan pada 24 Disember 2012,” kata kenyataan yang diedar kepada media hari ini.
Sehubungan itu, pertubuhan Gerakan Hentikan Keganasan yang terdiri daripada gabungan 29 NGO termasuk Suaram menggesa Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) diwujudkan segera bagi menangani perkara seperti itu daripada berulang.
Kematian lelaki warga Jepun yang ditahan kerana menceroboh sebuah stor milik Sunway Group berdekatan sebuah universiti di sini, menjadikan isu kematian dalam tahanan dan penubuhan IPCMC menjadi gesaan utama NGO dan pembangkang.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A.Thaiveegan berkata Nobuhiro, ditemui tergantung pada palang besi pintu lokap menggunakan bajunya kira-kira 4 pagi ini.
Beliau berkata laporan bedah siasat yang dikeluarkan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapati suspek mati akibat gantung diri dan tiada sebarang kecederaan atau luka pada anggota badannya.
Suspek pada 2 Jun lepas ditahan kerana membuat ugutan jenayah dengan mengacukan pisau kepada polis bantuan yang ingin menahannya kerana menceroboh sebuah stor di dalam universiti itu.
Sebelum ini kematian N. Dhamendran turut menjadi isu apabila laporan bedah siasat mendapati mendiang mengalami 52 kecederaan di anggota badannya termasuk kesan dawai kokot ditelinganya, walaupun Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah sebelum itu mengatakan Dharmendran meninggal dunia akibat “sesak nafas.”
“Gerakan Hentikan Keganasan mahu mengingatkan pasukan polis agar tidak memainkan spekulasi sebarang maklumat kepada orang ramai kerana ia mungkin disalah erti,” kata kenyataan berkenaan.-TMI

Saturday 8 June 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU BEEGO DAN LINDA HASHIM

SAH SUAMI ISTERI... Dengan sekali lafaz, pelakon Beego akhirnya bergelar suami kepada pelakon Linda Hashim dalam satu majlis akad nikah di Masjid Usaimah Bin Zain, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Jumaat malam. Pengantin perempuan menerima RM300 sebagai mas kahwin dan RM35,000 sebagai wang hantaran. Ia merupakan perkahwinan pertama buat Linda dan kedua buat BeegO


Wednesday 5 June 2013

TURKI: Semua rakyat Malaysia selamat

 Kesemua 93 rakyat Malaysia yang berdaftar di Turki dilaporkan selamat sungguhpun demonstrasi jalanan besar-besaran tercetus di negara ini sejak beberapa hari lepas.
"Kedutaan Malaysia di Ankara merekodkan 93 rakyat Malaysia yang berdaftar di Turki, termasuk 17 pelajar. Tiga puluh daripada mereka tinggal di Istanbul termasuk lapan pelajar," menurut kenyataan Wisma Putra, Selasa.
Kementerian Luar terus memantau perkembangan di Turki terutamanya di Istanbul dan beberapa bandar raya utama lain di negara itu, jelas kenyataan itu lagi.
Pada 30 Mei, polis menyuraikan perhimpunan aman yang bertukar ganas di Istanbul bagi membantah kemusnahan taman terkenal Gezi Park dan sehingga kini, sejumlah 115 anggota keselamatan dan 58 orang awam dilaporkan cedera, menurut laporan berita asing. - BERNAMA

Blog Archive

tambah panas

Followers