Thursday 17 April 2014

Karpal: Ujian awal air kencing pemandu lori mengandungi kesan ganja - Polis.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Ng Kong Soon berkata siasatan awal polis menerusi saringan ujian air kencing kepada pemandu lori tersebut mendapati terdapat kesan-kesan dadah jenis ganja.

“Terdapat adanya kesan penggunaan dadah jenis ganja pada ujian saringan air kencing polis terhadap pemandu lori tersebut namun begitu kita akan hantar sampel tersebut kepada pihak hospital dan patologi untuk dianalisis dengan lebih lanjut,” katanya kepada Astro AWANI. Lori yang digunakan juga merupakan sebuah lori syarikat pengangkutan yang berdaftar di Petaling Jaya dan semasa kejadian lori tersebut menghala ke Ipoh sambil membawa muatan barang-barangan seperti bekalan simen, kepingan mozek dan besi.

Dalam kejadian, pada jam 1.10 pagi itu, lori berkenaan secara tiba-tiba dikatakan memasuki lorong yang dilalui kenderaan yang dinaiki Karpal.

Akibatnya kenderaan mereka melanggar bahagian belakang bucu lori tersebut.

Rempuhan itu mengakibatkan impak yang kuat sekaligus meragut nyawa Karpal dan pembantu peribadinya di tempat kejadian.

KM 301.6 di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala utara sering menjadi lokasi kemalangan.

tambah panas

Followers