Beliau juga dinamakan sebagai Pengerusi Group Lotus plc (Lotus), iaitu anak syarikat Proton.
Dr Mahathir mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Mohd Khamil Jamil yang akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi eksekutif, tetapi kekal sebagai anggota lembaga pengarah syarikat.Dr Mahathir memainkan peranan penting dalam konsepsi dan kemajuan industri automotif di Malaysia. Wawasan, idea serta kepemimpinan beliau telah membimbing Proton sejak ia diwujudkan pada 1983.