Monday 8 September 2014

Dato' Hattan Pengetua Akademi Fantasia 2014,

 Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin, 49 diumumkan sebagai Pengetua AF2014.
Selain Hattan, tenaga pengajar lain yang terbabit dalam musim ini ialah Fatimah Abu Bakar (Guru Komunikasi dan Bahasa Inggeris), Linda Jasmine (Guru Tarian dan koreografi), Datin Marlia Musa (Guru Seni Persembahan) dan Siti Hajar (Guru Vokal).
bekas penyampai radio Hot FM iaitu Faizal Ismail sebagai pengacara program tersebut bersama Zizan Razak bermula minggu hadapan.
Dua juri tetap yang ditampilkan untuk mengadili peserta adalah Raja Azura dan Datuk Ramli MS.
Peserta yang bertanding masing-masing enam lelaki dan enam wanita iaitu, Azwan Satar, 30, Ikhwal Hafiz Ismail, 22, Mohd Firman Bansir, 25, Mohd Razman Abd Aziz, 22, Muhd Zharif Mohd Kamil, 26 dan Muhd Fareezuan Adnan, 19.
Enam peserta wanita pula ialah Adeline Joyce Masidah, 21, Muna Shahirah Munadi, 20, Nina Nadira Naharuddin, 22, Nor Aziha Md Salleh, 20, Syamila Nuhair Zainordi, 21 dan Walfadhilah Suhaizat, 19.

tambah panas

Followers