Monday 26 May 2014

malaysia tak boleh: Kecundang Piala Thomas

Hep..hep ..horey...
jadilah...... itulah pencapaian terbaik skuad negara setelah sekian lama menanti Piala Thomas... tewas kepada Jepun yang tiada pernah ada dalam senarai kemashuran Piala Thomas sebelum ini...tulah politik lebih dalam sukan pun nak berpolitik...hancurs dan mengecewakan!

Sunday 25 May 2014

sah !coklat cadbury ada babi

Dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine).

 
DNA khinzir itu dikesan Kementerian Kesihatan dalam sampel Coklat Susu dengan Kacang Hazel bernombor kelompok (batch no) NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014; dan Coklat Susu dengan Buah Badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015.
Ketika memaklumkan perkara itu dalam kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata analisis terhadap Cadbury Dairy Milk Chocolate bagaimanapun tidak menemui kandungan DNA tersebut.
Isu pengesanan DNA khinzir dalam produk Cadbury tersebar luas di media sosial sejak semalam yang memaparkan keputusan analisis terhadap dua produk berkenaan.
Dr Noor Hisham berkata ketiga-tiga sampel coklat itu telah diambil untuk analisis DNA khinzir bagi tujuan pemantauan.
Beliau berkata pengeluar coklat terbabit, Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd akan memanggil balik produk-produk itu daripada pasaran dengan serta merta.
"Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok pada label produk sebelum membeli atau memakannya," kata Dr Noor Hisham.
Pengguna boleh mengemukakan sebarang soalan kepada Kementerian Kesihatan melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq.
- Bernama

Thursday 22 May 2014

tentera rampas kuasa di thailand

Pemimpin tentera Jeneral Prayuth Chan-ocha merampas kuasa daripada kerajaan Thailand petang ini atas alasan untuk memulihkan keadaan dan melaksanakan pembaharuan, dua hari selepas undang-undang tentera diisytihar.

Prayuth membuat pengumuman itu di kaca televisyen selepas mengadakan pertemuan dengan kesemua pihak bertelagah bagi mencari penyelesaian terhadap bantahan yang telah berterusan selama enam bulan, lapor Reuters.

“Bagi memastikan negara dapat kembali normal, Jawatankuasa Memastikan Keamanan Nasional tentera daripada tentera, pasukan bersenjata Thai dan tentera udara diraja serta polis perli merampas kuasa pada 22 Mei, jam 4.30 petang,” katanya.

Katanya, rampasan kuasa itu tidak menjejaskan hubungan antarabangsa.

Tentara merancang menghantar tentera dan kenderaan bagi mengiringi penunjuk perasaan keluar daripada tapak mereka berkumpul.

Penunjuk perasaan pro dan antikerajaan berkumpul di sekitar Bangkok sekali gus memanjangkan krisis politik negara itu.-mk

MAHATHIR DILANTIK PENGERUSI PROTON & LOTUS

Proton Holdings Bhd melantik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusinya, berkuat kuasa 16 Mei lalu.
Beliau juga dinamakan sebagai Pengerusi Group Lotus plc (Lotus), iaitu anak syarikat Proton.
Dr Mahathir mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Mohd Khamil Jamil yang akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi eksekutif, tetapi kekal sebagai anggota lembaga pengarah syarikat.Dr Mahathir memainkan peranan penting dalam konsepsi dan kemajuan industri automotif di Malaysia. Wawasan, idea serta kepemimpinan beliau telah membimbing Proton sejak ia diwujudkan pada 1983.

Wednesday 21 May 2014

Awas: Belajar di ITM/IPTA mesti sokong kerajaan UMNO?BN kenyataan sengal pemimpin UMNO

Bila pemimpin otordok bersuara...bukan saja nampak kemampuan berfikir yang cetek malah bodoh dan sengal...melayu pulak tu....Gambar: PELIKNYA KENYATAAN PEMIMPIN  Apabila munculnya isu dalam negara, sama ada itu kenaikan harga barang, isu kenaikan cukai atau isu kenaikan tarif, maka muncullah kenyataan yang pelik dari para pemimpin. Kali ini pula adalah tentang isu calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Intan, sesorang gadis muda lulusan undang-undang dari UiTM.    Kenyataan pemimpin di bawah ini tidak masuk akal saya.  Apakah apabila kita masuk ke universiti awam, maka kita tidak boleh berbeza pandangan politik dengan kerajaan yang memerintah?   Kita membina universiti bertujuan untuk mendidik anak-anak kita menjadi rakyat yang berguna untuk masyarakat dan negaranya.  Selepas tamat pengajian, jikapun mereka tidak menyokong kerajaan yang memerintah, kita tetap perlu rasa bersyukur kerana pendidikan yang mereka terima telah membolehkan mereka membuat pilihan dan terlibat aktif dalam politik.  Saya fikir tidak salah untuk Dyana Sofya membuat pilihan politiknya. Cumanya, jika kita mahu mahasiswa hari ini menyokong kerajaan yang memerintah, berubahlah pendekatan kita dalam memahami aspirasi anak muda. Janganlah suka sangat membuat kenyataan yang pelik-pelik.Apakah apabila kita masuk ke universiti awam, maka kita tidak boleh berbeza pandangan politik dengan kerajaan yang memerintah? membina universiti bertujuan untuk mendidik anak-anak kita menjadi rakyat yang berguna untuk masyarakat dan negaranya. Selepas tamat pengajian, jikapun mereka tidak menyokong kerajaan yang memerintah, kita tetap perlu rasa bersyukur kerana pendidikan yang mereka terima telah membolehkan mereka membuat pilihan dan terlibat aktif dalam politik.

Tuesday 20 May 2014

kena saman cermin gelap?

Peguam: Disaman cermin gelap, boleh cabar di mahkamah

Oleh: AFIX REDZUAN
SHAH ALAM, 20 MEI: Pemilik kenderaan yang disaman Polis dalam operasi cermin gelap sebelum 16 Jun disarankan ke mahkamah untuk mencabar saman berkenaan.
Hal ini kerana, saman bukan bermaksud perlu membuat bayaran kerana polis sendiri perlu membuktikan kesalahan berkenaan.
cerminPenasihat guaman Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Shariff, berkata beliau mempertikaikan tindakan Polis yang mula mengeluarkan saman terhadap pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap sedangkan tindakan itu sepatutnya bermula 16 Jun ini.
Katanya, pada 15 Mei Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman SAC Mohd Fuad Abdul Latif dalam kenyataan media berkata pihak Polis memberikan tempoh sehingga 15 Jun ini kepada pemilik kenderaan menggunakan cermin gelap supaya menukar kepada cermin mengikut spesifikasi betul.
“Tiba-tiba malam semalam/ malam kelmarin polis buat operasi saman 23 orang kes cermin gelap apa cerita? itu sahaja.
zulhazmi-shariff“Isu cermin gelap ini tidak ada masalah kerana ia ada peraturan. Kaedah-kaedah kenderaan, jenis-jenis cermin dan dia boleh kuatkuasakan peraturan itu.
“Cermin depan depan ketelusan (cahaya) 70 peratus dan cermin lain 50 peratus. Itu tiada masalah, cuma orang ramai bermasalah dari segi peratusan tersebut,” katanya kepada Selangor Kini.
Katanya lagi, antara perkara lain yang dibangkitkan adalah mengenai prosedur pemeriksaaan cermin gelap yang dilakukan di malam hari.
“Kalau kalau polis tidak ikut (prosedur) kepada orang-orang yang kena saman jangan bayar. Pergi lawan di mahkamah.
“Sebabnya walaupun kita salah tetapi polis yang mengambil tindakan tanpa mengikut undang-undang turut salah, tidak timbul soal kita nak lawan peraturan,” jelasnya lagi.

Monday 19 May 2014

Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (MERS-CoV): Jemaah Umrah Malaysia meninggal lagi dalam perjalanan pulang

Malaysia merekodkan kematian pertama akibat MERS-CoV pada 13 April lepas apabila lelaki berusia 54 tahun meninggal dunia susulan pneumonia yang teruk akibat dijangkiti virus tersebut.Lelaki berkenaan yang berasal dari Batu Pahat, Johor mengerjakan umrah pada Mac dan mengadu demam serta sukar bernafas kira-kira 10 hari selepas kembali ke tanah air dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, Johor pada 10 April.

Seorang wanita warga emas meninggal dunia dalam penerbangan pulang daripada mengerjakan umrah bersama keluarga, Jumaat lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata keputusan awal bedah siasat bagaimanapun mendapati wanita berusia 89 tahun itu negatif jangkitan Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (MERS-CoV), namun menghidap pneumonia

Tiga daripada mereka mengalami demam ringan manakala seorang lagi batuk dan keempat-empat mereka diberi rawatan simptomatik selain dinasihati mendapatkan rawatan susulan jika tidak sembuh dalam tempoh 14 hari daripada tarikh ketibaan.

Selain itu, sebagai langkah pencegahan semua 107 penumpang dan 12 anak kapal yang menaiki pesawat bersama-sama wanita tersebut telah menjalani ujian saringan MERS-CoV, katanya.

Sunday 18 May 2014

TNB - TAKRIF NAIK BILA2

TNB mencatat keuntungan bersih lebih tinggi berjumlah RM4.16 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos tahun lepas, berbanding RM 4.41 bilion tahun sebelumnya.
Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa kerajaan terpaksa menaikkan tarif elektrik bagi melindungi syarikat utiliti itu daripada berdepan kerugian adalah tidak relevan.
“Kewangan TNB tak pernah terjejas, kerana banyak permintaan untuk menggunakan elektrik ini, Kenaikan ini akan membebankan rakyat yang terpaksa membayar eletrik dengan harga yang tinggi. Rakyat akan terus hidup susah.
 kenaikan tarif elektrik adalah satu cara kerajaan mempergunakan TNB sebagai mangsa bagi menampung hutang negara yang kian bertambah.

Saturday 17 May 2014

PM Najib tiada pilihan





“Kita tidak mahu membebankan rakyat, tetapi hakikatnya kita tiada pilihan,Kenaikan tarif elektrik pada awal tahun ini dilakukan” kata perdana menteri Najib berkata demikian kepada kakitangan TBN dalam acara sempena hari pekerja syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.

Thursday 15 May 2014

rakaman video mlm 13 mei di MRR2 tembak menembak

Kejadian tembak-menembak antara polis dengan penjenayah di MRR2 pada malam 13 Mei lalu. Tahniah PDRM kerana berjaya menangkap penjenayah tersebut.
Suka ·  · 

Wednesday 14 May 2014

pelakon bogel terhebat dari terengganu


Kecewa Dituduh 'Gila Talak', Adam (AF2) & Fiza Mungkin Rujuk Semula



  "Ahmad Said menghubungi Perdana Menteri dan memaklumkan keputusan beliau dan Ghazali untuk menyertai Umno semula Beliau juga memaklumkan kesal atas apa yang berlaku,"

Anwar retak tangan wan Azizah ok selamat

MAY 14, 2014

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami kecederaan di tangan akibat terlibat nahas jalan raya di Desa Sri Hartamas, malam tadi.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami kecederaan di tangan akibat terlibat nahas jalan raya di Desa Sri Hartamas, malam tadi.
Anwar dan Dr Wan Azizah dibenarkan pulang ke rumah selepas menjalani pemeriksaan di Hospital Damansara Specialist di Damansara Utama, Petaling Jaya. – 14 Mei, 2014.

Tuesday 13 May 2014

mat said mB terengganu keluar UMNO

Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said ketika dihubungiMalaysiakini awal pagi ini mengesahkan beliau bersama ADUN Ajil Ghazali Taib mengisytihar keluar Umno dan menjadi ADUN Bebas.
Ahmad Razif angkat sumpah, sah MB TerengganuDatuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu di Istana Syarqiyyah di Kuala Terengganu, malam tadi - Foto BernamaPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan berkata pelantikan Ahmad Razif bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said itu telah diperkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abdidin.
   
"Adalah dimaklumkan bahawa Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin telah memberi perkenan peletakan jawatan Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu berkuat kuasa 12 Mei 2014.
  
"Baginda telah memperkenankan pelantikan Adun Seberang Takir Ahmad Razif sebagai Menteri Besar Terengganu berkuat kuasa mulai tarikh Yang Berhormat mengangkat sumpah jawatan dan sumpah rahsia di hadapan baginda," katanya.
   
Najib berkata pelantikan itu adalah selaras dengan Syarat (1) Perkara 10 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang dibaca bersama-sama perenggan (a) di bawah Syarat (2) Perkara 14.
   
Ahmad pertama kali dilantik sebagai menteri besar pada 23 Mac 2008 dan dilantik semula memegang jawatan itu pada 9 Mei tahun lepas.



Monday 12 May 2014

KUALA LUMPUR DILANDA BANJIR BESAR

DI PLAZA PHEONIX CHERASAir semakin meningkat pada jalan-jalan utama termasuk Jalan Bangsar dan Jalan Semantan, mengikut Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (Itis) amaran. 

Pengguna Twitter juga berkongsi gambar-gambar dan amaran kenaikan air di Jalan Mahameru, Jalan Duta, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Kia Peng. Beberapa gambar menunjukkan air meningkat kepada lebih daripada 30 sentimeter dalam dengan hujan berterusan. 

Sementara itu, Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) berkata bahawa perkhidmatan Komuter antara Bank Negara dan Kuala Lumpur terhenti kerana banjir kilat. 

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, hujan lebat akan berterusan sehingga akhir bulan ini apabila kemarau berpanjangan dijangka.Banjir kilat telah melanda beberapa kawasan di Kuala Lumpur, berikutan hujan lebat yang bermula pada kira-kira pukul 2.30 petang. 

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2014/05/kl-dilanda-banjir-kilat-di-sana-sini.html#ixzz31UUNP1ev

SIAPA NAK KERJA DENGAN MALAYSIA AIRLINES SYSTEM (MAS)

"Siapa nak kerja dengan MAS kalau ada syarikat yang tawarkan gaji lebih RM30,000 sebulan bagi jurutera berpengalaman antara tujuh hingga 10 tahun dan ada juga juruteknik yang ditawarkan RM8,000 sebulan berbanding hanya RM3,000 di MAS," 
EKSKLUSIF PETALING JAYA: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang menanggung beban akibat tragedi MH370 kini berdepan masalah dalaman serius apabila hampir 300 kru kabinnya meletak jawatan menyebabkan syarikat kerugian dari segi kos latihan mencecah RM30 juta dalam tempoh dua tahun.

Faktor tekanan kerja, selain 'dipancing' syarikat penerbangan lain antara yang mendorong kira-kira 120 juruteknik pesawat, jurutera (40), pramugari dan pramugara (80) dan 30 juruterbang menamatkan perkhidmatan mereka di syarikat berkenaan.

Kebiasaannya, tindakan meletak jawatan itu berlaku apabila kru kabin selesai menjalani latihan yang dibiayai sepenuhnya syarikat yang dikatakan semakin kurang memberi tumpuan terhadap kebajikan kakitangan sejak tiga tahun lalu.

Sumber memberitahu mStar Online,  sudah beberapa tahun syarikat  gagal memberi bonus, keistimewaan kakitangan mendapat tiket penerbangan untuk bercuti bersama keluarga juga terhapus, selain beban tugas yang meningkat kerana kekurangan kakitangan.

"Pelbagai faktor ini menyebabkan kakitangan semakin tidak bersemangat untuk terus berkhidmat dengan syarikat hingga sejumlah besarnya berhenti tanpa mengambil kira sumbangan syarikat yang membiayai sepenuhnya latihan bagi mendapat tauliah Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

"Setiap kali kakitangan terbabit akan menamatkan latihan, sudah ada tawaran kerja daripada syarikat penerbangan lain dengan kadar gaji lebih tinggi, ia seolah-olah ada sindiket yang memerhati setiap kakitangan MAS dan menunggu masa sesuai untuk 'memancing' mereka," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Maklumat yang diperoleh menunjukkan MAS memperuntukan sejumlah dana yang besar untuk program latihan kakitangannya iaitu RM200,000 untuk setiap juruterbang MAS yang wajib menjalani latihan selama dua tahun dan RM190,000 pula kos bagi melatih jurutera penerbangan untuk tempoh latihan lima tahun.

Selain itu, kos latihan selama dua tahun untuk setiap juruteknik pula sebanyak RM75,000, manakala bagi pramugari dan pramugara pula tempoh latihan sepanjang empat bulan membabitkan perbelanjaan RM50,000 seorang.




sumber itu berkata, sebagai syarikat penerbangan nasional, setiap tenaga pakar MAS 'ada harga' di pasaran industri penerbangan, sama ada di dalam atau luar negara.

"Siapa nak kerja dengan MAS kalau ada syarikat yang tawarkan gaji lebih RM30,000 sebulan bagi jurutera berpengalaman antara tujuh hingga 10 tahun dan ada juga juruteknik yang ditawarkan RM8,000 sebulan berbanding hanya RM3,000 di MAS," katanya.

Ditanya sama ada tragedi MH370 memberi kesan terhadap kakitangan syarikat itu, sumber itu berkata, ia menambah kesengsaraan mereka kerana tentunya syarikat yang menanggung rugi RM1.7 bilion sebelum ini akan berada dalam situasi lebih parah.

"Kalau bukan kerana MH370 pun semangat kerja kakitangan MAS sudah luntur sejak tiga tahun ini," katanya.

Menurut sumber itu lagi, jadual kerja kru kabin yang membebankan memaksa mereka bekerja untuk tempoh lama termasuk melalui penerbangan antarabangsa dan disambung dengan tugasan domestik sebelum dibenarkan bercuti.

"Situasi ini menyebabkan kru kabin tertekan daripada segi mental terutama apabila terpaksa berpisah lama dengan keluarga," katanya.

Bagaimanapun, pengurusan MAS tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen.

Saturday 10 May 2014

Hujan Meteor pada 24 dan 25 Mei

Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan juraian hujan meteor daripada Komet 209P/Linear pada 23 dan 24 Mei ini.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menyatakan kira-kira 100 hingga 400 meteor sejam dapat dilihat dengan mata kasar pada malam itu.
"Titik hujan meteor ini adalah daripada buruj Camelopardalis di langit utara dan dijangka masa puncak hujan meteor ini adalah pada 6UTC hingga 8UTC iaitu dari 2 petang hingga 4 petang waktu tempatan," kataAngkasa dalam kenyataan hari ini.
Hujan meteor itu boleh dilihat di kawasan yang kurang mengalami pencemaran cahaya dan bergantung kepada keadaan cuaca langit malam kawasan itu.

Selain keadaan cuaca dan awan tebal, kebarangkalian untuk menyaksikan meteor itu berkurangan sedikit kerana terdapat bulan sabit tua yang akan terbit kira-kira 3 pagi pada tarikh hujan meteor itu.

Justeru itu, orang ramai yang ingin melihat hujan meteor disaran berbuat demikian sebelum bulan terbit iaitu sebelum 3 pagi kedua-dua hari berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 03-22734303 atau Observatori Negara Langkawi di talian 04-9668870.

Friday 9 May 2014

proton suprima S dapat 5 bintang

Proton Preve dan Proton Suprima S dianugerahkan penarafan lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (NCAP).

Pengumuman tentang anugerah itu dibuat oleh NCAP Asean pada Pelancaran Keputusan Fasa III 2014 di Melaka, yang juga diadakan sempena Forum NCAP Global 2014, Melbourne, Australia.

Tuesday 6 May 2014

takziah..Alfatihah Aziz Satar

Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia di Hospital Kajang awal hari ini setelah mengalami serangan jantung pada kira-kira pukul 2 pagi

Blog Archive

tambah panas

Followers