Wednesday 16 February 2011

KELUCAHAN MELAMPAU




Malaysiakini melaporkan:


Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan pemeriksaan balas terhadap ketua unit kemalangan dan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Khairul Nizam Hassan.



Dr Khairul Nizam merupakan individu yang bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan ke atas pengadu – Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Dalam keterangannya Isnin lalu, Dr Khairul Nizam memberitahu mahkamah bahawa beliau mengambil sampel dari mulut Saiful kerana pemuda itu mendakwa telah dipaksa melakukan seks oral.

Seorang lagi doktor HKL, Dr Siew Shueu Feng turut disoal balas Isnin lalu atas beberapa keterangan yang tidak konsisten – dalam kenyataan dan laporan perubatannya.

tambah panas

Followers