Friday 18 February 2011

Ketua Pembangkang Satim Diman (UMNO) guna ijazah palsu?


Exco Kerajaan Negeri Selangor, Yaakob Sapari menggesa Ketua Pembangkang Selangor, Dato’ Satim Diman  mendedahkan kelayakan akademik beliau kerana disyaki menggunakan gelaran Doktor Falsafah (PhD) palsu.

Katanya, Satim perlu menyerahkan transkrip dan sijil penganugerahan doktor falsafah beliau kepada Speaker Selangor dengan segera bagi tujuan pengesahan oleh Lembaga Akreditasi Negara (MQA).

“Beliau juga harus mengumumkan kepada rakyat apakah bentuk program pengajian yang diambil dan universiti yang menganugerahkan Ph.D tersebut.

“Situasi hari ini amat membimbangkan kerana ramai masyarakat hari ini sanggup membeli Ph.D tanpa perlu bersusah payah dalam mendalami ilmu, memperkembangkan kajian dan menpercambahkan nilai kelimuan,” ujar Yaakob dalam satu kenyataan media.

Dr Yaakob Sapari yang merupakan Exco Pemodenan Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Pengurusan Sumber Alam  Selangor menganggap tindakan membeli Ph.D merupakan satu jenayah, merendahkan martabat universiti dan penghinaan kepada dunia akademik .

Beliau juga menegur segelintir institusi pendidikan yang menawarkan kursus-kursus pengajian dengan berasaskan keuntungan tanpa melalui akreditasi dan piawaian negara.

Jesteru Yaakob menggesa agar Dato’ Satim mengisytiharkan taraf pendidikan beliau bermula daripada peringkat ijazah pertama, sarjana sehingga doktor falsafah.
“Dato’ Satim Diman telah menggunaan gelaran Dr secara berleluasa dalam poster pilihan raya dan dicetak pada rehal untuk diedarkan di masjid-masjid dan surau-surau sekitar DUN Sri Serdang,” tambah Yaakob.

Pada 8 Januari lalu, Satim Diman dilantik sebagai Ketua Pembangang Selangor yang baru bagi menggantikan Dr Khir Toyo yang meletakkan jawatan pada Disember tahun lepas.

tambah panas

Followers