Monday 28 February 2011

Skandal PKFZ : Lagi Bekas Menteri Didakwa

Bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy pada Isnin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).


Beliau dituduh mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga lebih lima tahun dan denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan. 



Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman membenarkan Chan diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.
Beliau menetapkan 31 Mac untuk sebutan semula kes.
Beliau adalah VVIP kedua yang didakwa berhubung skandal PKFZ yang kosnya dikatakan naik mendadak dan menurut laporan audit mungkin akan menyebabkan negara kehilangan RM12.5 bilion.
Pada 29 Julai tahun lalu, bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik didakwa atas tuduhan menipu kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah pada harga yang lebih tinggi.

Empat yang lain, termasuk bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang, OC Phang, juga didakwa berhubung pelabagai kesalahan berhubung pembabitan mereka dalam projek berkenaan.

GURU CABUL 12 murid


Menurut sumber, ketika guru disiplin itu melakukan rondaan, dia melihat kumpulan 12 pelajar perempuan tingkatan tiga berkenaan berada dalam kelas sebelum memarahi mereka.

“Guru disiplin terbabit mahu mengambil tindakan terhadap semua pelajar berkenaan kerana tidak mengikuti perhimpunan.
BEGINI...mangsa menunjukkan cara guru terbabit memeriksa mereka.
BEGINI...mangsa menunjukkan cara guru terbabit memeriksa mereka.
“Biarpun semua pelajar cuba menjelaskan keadaan sebenar, guru terbabit tidak mempedulikan alasan itu, sebaliknya memberitahu akan melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap semua mereka sebelum mengambil tindakan,” katanya.


Sumber berkata, guru disiplin itu dengan bersahaja memberitahu akan memeriksa tahap degupan jantung mereka.

“Dia mendakwa bimbang tahap kesihatan pelajar berkenaan akan menyebabkan mereka pengsan atau mengalami masalah jika dirotan membuta tuli.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, semua pelajar terbabit dilaporkan tidak mengikuti perhimpunan sekolah kerana mendakwa mahu menyiapkan kerja sekolah di dalam kelas.


“Guru lelaki terbabit memegang payu dara semua pelajar perempuan berkenaan. Difahamkan, dia mengambil masa kurang daripada 10 saat untuk melakukan pemeriksaan bagi setiap pelajar pada peringkat pertama,” katanya.

Sumber berkata, disebabkan ketakutan, semua pelajar terbabit akur dengan tindakan guru terbabit.

“Guru disiplin terbabit bagaimanapun sekali lagi melakukan tindakan keji apabila dia mendakwa tidak berpuas hati dengan pemeriksaan kali pertama sebelum melakukannya sekali lagi.

“Kali ini, dia didakwa memasukkan tangan ke dalam baju semua pelajar perempuan terbabit. Selepas berpuas hati, guru disiplin itu merotan tangan semua pelajar dan meninggalkan kelas berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, sebaik pulang ke rumah, pelajar perempuan berkenaan mengadu perbuatan guru terbabit kepada waris.


Thursday 24 February 2011

Pelakon terkenal ditangkap Jais


 Seorang pelakon terkenal bersama dua rakan serumahnya ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) setelah didapati bersekedudukan dengan dua wanita di tingkat 13 sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini semalam.
Pelakon berusia 30-an bersama dua lelaki dan dua wanita itu ditahan selepas didapati dalam keadaan mencurigakan serta tidak mempunyai sebarang ikatan muhrim.
Menurut sumber, tiga anggota penguat kuasa JAIS dan tiga anggota polis telah menyerbu rumah berkenaan pada pukul 6.45 pagi selepas menerima aduan daripada orang awam.
"Serbuan dilakukan setelah polis menerima maklumat terdapat beberapa individu dalam rumah melakukan perkara tidak bermoral dan mencurigakan," katanya di sini semalam.

Wednesday 23 February 2011

RAKYAT DAN KERAJAAN NEGERI RUGI rm30 juta kerja KOH TSU KOON


Mengulas isu yang semakin meruncing ini, Lim menggesa Tsu Koon supaya membayar balik wang yang telah merugikan rakyat semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan beliau dahulu.
Lim berkata, kini telah tiba masanya bagi kerajaan negeri pimpinan beliau menuntut kembali wang rakyat yang telah hilang tanpa memberi apa-apa manfaat kepada rakyat maupun kerajaan negeri ini.
"Kerajaan negeri telah membuat keputusan meminta Tsu Koon supaya menebus kembali nilai kerugian yang dialami sebanyak RM30 juta demi kepentingan rakyat negeri ini.
"Sebagai seorang menteri kabinet yang bertanggungjawab terhadap petunjuk prestasi utama (KPI) yang profesional maka adalah tanggungjawab beliau untuk mengarahkan syarikat UDA untuk memulangkan kembali wang skandal Pulau Jerejak kepada rakyat negeri ini, " tegas Lim.
Sebelum ini isu penyelewengan skandal penyerahan tanah Pulau Jerejak kepada Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan operasi perjalanannya kepada Tropical Island Resort (TIR) telah berlaku semasa Tsu Koon sebagai Ketua Menteri.
Manakala nilai kerugian melibatkan premium tanah berjumlah RM10.6 juta bagi 32 hektar tanah di Pulau Jerejak tidak dibayar kepada kerajaan negeri walaupun Tsu Koon telah memberikan geran tanah.
Selain dari itu, kos pelaburan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sejumlah RM15.44 juta kepada TIR tidak mendapat pulangan kerana syarikat tersebut tidak mendapat keuntungan.
Pinjaman oleh PDC berjumlah RM3.6 juta kepada TIR antara tahun 1992 sehingga 2007 selepas penyerahan Pulau Jerejak kepada UDA juga belum dijelaskan sehingga kini.
Skandal yang dibongkar ini sepatutnya mendapat perhatian SPRM dan juga pihak berkuasa supaya penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang berlaku sentiasa memberi keadilan kepada mereka yang menjadi mangsa.

Tuesday 22 February 2011

Pemain bolasepak Perlis dituduh mencabul gadis


Seorang pemain bola sepak Perlis dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tiga tuduhan mencabul kehormatan dan mencederakan seorang gadis berusia 17 tahun pada 13 Februari lalu.
Bagaimanapun, pemain pertahanan Singa Utara itu, Muhammad Munawwar Shavukath Ali, 21, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Raja Shahril Anuar Raja Baniamin.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa di sebuah rumah kosong bernombor 533, Jalan Taman Batik di sini, antara jam 3.30 hingga 5.30 petang pada 13 Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksimum tujuh tahun penjara dan denda.


Bagi pertuduhan kedua, Muhammad Munawwar dituduh mencabul kehormatan gadis berkenaan dengan cara meraba dan menghisap buah dada mangsa.Sementara bagi pertuduhan ketiga, Muhammad Munawwar didakwa menyuruh mangsa melakukan seks oral pada tarikh, masa dan tempat sama.

Sunday 20 February 2011

Jurujual celcom jual bontot

Gambar ini diambil disebuah pasaraya Econsave di Kota Kemuning Shah Alam pada 20/12/2010
distall celcom. Jurujual celcom ini dengan bangganya dan sengaja menayangkan bontotnya dengan baju yang stylenya begitu  dan melondehkan  seluarnya yang hampir memperlihatkan anusnya!.
Sungguh menjelekkan dan meloyakan.
Inilah cara celcom melariskan jualannya.

Friday 18 February 2011

Ada saksi nampak Saa’id dibelasah UPP – adik mangsa




Ulasan YB Dato Husam Musa berkaitan Tragedi di Pengkalan Kubor


Beberapa saksi nampak tindakan ganas Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Pengkalan Kubor terhadap Sa’aid Mat Hassan, seorang warga emas berusia 56 tahun yang mati tidak lama kemudian.
Dihubungi KeadilanDaily.com, adik mangsa, Awang Mat Hassan, 51, berkata, dua anggota UPP dikatakan menendang dada abangnya yang mematuhi arahan untuk memberhentikan kereta bagi pemeriksaan.
“Mengikut saksi, abang saya mematuhi arahan anggota UPP dan memberhenti keretanya di tepi jalan. UPP menggeledah kereta dia (Sa’aid) kemudian dua daripada mereka menendang dada Sa’aid,” katanya.
Beliau berkata, Sa’aid kemudian dibawa menaiki kenderaan UPP dan difahamkan mangsa ditahan di pejabat Kastam Pengkalan Kubor sebelum dihantar ke Hospital Tumpat.
Ditanya mengenai kejadian melibatkan anak saudara merekka, Nizamuddin Mohamad, 19, yang ditembak UPP, Awang berkata Nizamuddin berang dengan tindakan ganas UPP terhadap Sa’aid, sebelum memanggil sekumpulan lelaki lain.
“Anggota UPP melepaskan dua tembakan di bahagian dada dan perut Nizamuddin di hadapan Hospital Tumpat. Kini, Nizamuddin dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu. Keadaannya stabil.
Media arus perdana sebaliknya melaporkan polis Kelantan menyatakan Sa’aid mati akibat serangan jantung, bukan akibat dikasari anggota UPP.
Semalam, Said ditemui dalam keadaan lemah, berwajah pucat dan mulutnya berbuih dalam sebuah kereta.

kes saiful kena sontot : Saksi berdolak dalik


Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kehadiran pakar DNA bebas dari luar negara di dalam pasukan pembelaannya membantu menangkis cubaan pendakwa untuk memberikan gambaran tidak tepat terhadap dirinya.“Apabila diminta peguam (bela) untuk ajukan (kenyataan), dia (Dr Seah Lay Hoong) cuba selindung untuk beri gambaran buruk kepada media.
“Jadi nasib baik kita bawa pakar DNA dan forensik kita sendiri. Ini akan membantu isu-isu yang agak banyak teknikaliti,” kata Anwar.
Beliau menambah, kenyataan saksi pendakwa serta penyerahan barang kes yang tidak konsisten dalam perbicaraan Fitnah II merupakan satu kelebihan buat pasukan peguam pembela.
“Apabila peguam tanya, nampak dia (Dr Seah) berdolak-dalik dan ini akan memperkukuhkan kita,” kata Anwar.
Semalam dan hari ini, peguam Anwar berjaya menimbulkan beberapa keraguan kes yang dibentangkan pasukan pendakwa raya.
Pertama, calitan kapas B5 yang diambil daripada kawasan dubur Saiful (Mohd Saiful Bukhari Azlan) semalam mengandungi DNA tiga lelaki termasuk DNA Saiful sendiri.
Kedua, pendakwa raya mengemukakan laporan kimia yang mengandungi sampel B12 sedangkan sebelum ini laporan kimia yang diserah kepada peguam Anwar dinomborkan B sehingga B11 sahaja.
Dan hari ini, kombinasi DNA yang diambil daripada tubuh Saiful kemungkinan datang daripada sepuluh orang lelaki, dan bukannya tiga orang lelaki sebagaimana dakwaan Dr Seah semallam.

Ketua Pembangkang Satim Diman (UMNO) guna ijazah palsu?


Exco Kerajaan Negeri Selangor, Yaakob Sapari menggesa Ketua Pembangkang Selangor, Dato’ Satim Diman  mendedahkan kelayakan akademik beliau kerana disyaki menggunakan gelaran Doktor Falsafah (PhD) palsu.

Katanya, Satim perlu menyerahkan transkrip dan sijil penganugerahan doktor falsafah beliau kepada Speaker Selangor dengan segera bagi tujuan pengesahan oleh Lembaga Akreditasi Negara (MQA).

“Beliau juga harus mengumumkan kepada rakyat apakah bentuk program pengajian yang diambil dan universiti yang menganugerahkan Ph.D tersebut.

“Situasi hari ini amat membimbangkan kerana ramai masyarakat hari ini sanggup membeli Ph.D tanpa perlu bersusah payah dalam mendalami ilmu, memperkembangkan kajian dan menpercambahkan nilai kelimuan,” ujar Yaakob dalam satu kenyataan media.

Dr Yaakob Sapari yang merupakan Exco Pemodenan Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Pengurusan Sumber Alam  Selangor menganggap tindakan membeli Ph.D merupakan satu jenayah, merendahkan martabat universiti dan penghinaan kepada dunia akademik .

Beliau juga menegur segelintir institusi pendidikan yang menawarkan kursus-kursus pengajian dengan berasaskan keuntungan tanpa melalui akreditasi dan piawaian negara.

Jesteru Yaakob menggesa agar Dato’ Satim mengisytiharkan taraf pendidikan beliau bermula daripada peringkat ijazah pertama, sarjana sehingga doktor falsafah.
“Dato’ Satim Diman telah menggunaan gelaran Dr secara berleluasa dalam poster pilihan raya dan dicetak pada rehal untuk diedarkan di masjid-masjid dan surau-surau sekitar DUN Sri Serdang,” tambah Yaakob.

Pada 8 Januari lalu, Satim Diman dilantik sebagai Ketua Pembangang Selangor yang baru bagi menggantikan Dr Khir Toyo yang meletakkan jawatan pada Disember tahun lepas.

Wednesday 16 February 2011

KELUCAHAN MELAMPAU




Malaysiakini melaporkan:


Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan pemeriksaan balas terhadap ketua unit kemalangan dan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Khairul Nizam Hassan.



Dr Khairul Nizam merupakan individu yang bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan ke atas pengadu – Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Dalam keterangannya Isnin lalu, Dr Khairul Nizam memberitahu mahkamah bahawa beliau mengambil sampel dari mulut Saiful kerana pemuda itu mendakwa telah dipaksa melakukan seks oral.

Seorang lagi doktor HKL, Dr Siew Shueu Feng turut disoal balas Isnin lalu atas beberapa keterangan yang tidak konsisten – dalam kenyataan dan laporan perubatannya.

Salam kesejahteraan

Selamat bertemu dan membaca di alam maya ini...
apa yang tak kena?
kita bongkar
kita hebah
kita komen
bagi seantero dunia tahu..
kepada bloggers sila tinggalkan adress anda untuk saya link kan.
terimakasih 

tambah panas

Followers