Friday 11 January 2013

Kenderaan JPJ yang mula cari pasal kata saksi



VIDEO 2 | 2:06

VIDEO 3 | 8:24

PHOTO GALLERY

NONEAhli Parlimen Berus, Datuk Ngeh Koo Ham, yang tiba di tempat kejadian kemalangan sejurus selepas ia berlaku, telah diberitahu oleh saksi bahawa kenderaan pacuan empat roda JPJ itu menyeberangi pembahagi jalan untuk memintas sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.
Saksi-saksi kemalangan jalan raya yang membabitkan 10 kenderaan dan mengakibatkan 15 orang cedera di Ayer Tawar, Perak petang ini mendakwa ia disebabkan oleh kereta peronda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang cuba memintas sebuah lori.
Perbuatan secara tiba-tiba itu menyebabkan lori, yang didakwa 
membawa lebih muatan kelapa sawit, membrek secara mengejut dan dilanggar oleh kenderaan lain di belakangnya, kata Ngeh kepadaMalaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Menurut polis, 10 kenderaan - kereta peronda JPJ, dua bas sekolah, dua buah lori, sebuah motosikal dan empat buah kereta, terbabit dalam kemalangan tersebut.

Ngeh berkata, salah sebuah daripada 10 kenderaan tersebut - Kancil hijau - terbakar selepas melanggar kenderaan lain.

"Mujurlah dua lelaki Cina dan seorang lelaki India memecahkan pintu kereta dan menyelamatkan seorang wanita Melayu yang terperangkap di dalam kereta tersebut, dan memadamkan api.

"Orang ramai sangat marah dan menuntut pegawai JPJ bertanggungjawab terhadap tindakan berbahaya seperti itu. Mereka kemudian memecahkan kenderaan JPJ, menterbaliknya dan membakarnya. Keadaan tidak ganas, mereka hanya marah, "kata Ngeh yang juga pengerusi DAP Perak.
Selepas api dipadamkan menurut Ngeh, orang ramai yang marah enggan membenarkan pihak berkuasa untuk mengambil kenderaan yang terbakar itu tanpa memberi penjelasan yang memuaskan hati mereka.

ngeh koo ham"Mereka kemudian menterbalikkan kenderaan itu untuk kali kedua."

Keterangan para saksi sama dengan yang diberitahu oleh Ngeh, begitu juga dengan gambar dan video kejadian, yang telah dimuat naik dan dikongsi dalam media sosial.

Ngeh mendakwa tindakan masyarakat tempatan itu adalah kemuncak kepada 'penindasan' yang lama oleh kedua-dua pihak polis dan pegawai JPJ.

Beliau mendakwa perniagaan tempatan, termasuk pengusaha dan pemandu lori, telah dipaksa membayar rasuah bulanan kepada polis dan pegawai penguatkuasa JPJ, dan sekiranya gagal berbuat demikian, mereka akan menjadi mangsa.

Oleh itu, katanya, ketegangan semakin memuncak di kawasan tersebut.

"Saya menggesa kerajaan supaya segera menyelesaikan isu ini, "katanya.

Blog Archive

tambah panas

Followers