Sunday 12 May 2013

2o buah rumah terbakar di Cheras


 Kira-kira 100 orang hilang tempat tinggal apabila 20 unit rumah panjang dua tingkat yang mereka diami di Taman Ikan Emas, Cheras di sini musnah dalam kebakaran petang Sabtu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak, Abd Rahman Hassan Abu Hassan berkata pihaknya menerima panggilan awam pada 2.29 petang mengenai kejadian itu yang dikatakan berlaku pada kira-kira 2.15 petang.
Pihaknya menghantar tujuh jentera dengan 46 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak, Seputeh, Keramat, Pudu dan Hand Tuah ke tempat kejadian, katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira 6 petang dan jumlah kerugian masih disiasat.
Menurutnya siasatan awal mendapati kebakaran itu berpunca dari sebuah rumah kosong terletak bersebelahan rumah panjang itu.
"Kita percaya api merebak dengan pantas kerana faktor lantai yang diperbuat daripada kayu selain setiap rumah itu sendiri tidak mempunyai dinding pemisah di bahagian bumbung," katanya.
Abd Rahman Hassan berkata tiada penghuni yang cedera dalam kebakaran itu namun dua anggotanya cedera ringan ketika memadamkan api dan mereka dirawat sebagai pesakit luar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sementara itu, mangsa, A.Palaniayee, 83, berkata beliau sedang berehat di rumahnya semasa menyedari kebakaran itu merebak ke rumah jirannya.
"Saya terus keluar menyelamatkan diri tanpa sempat membawa barang-barang," katanya.
Mohd Ali Khalidin, 30, pula berkata beliau sedang minum di sebuah gerai berdekatan rumah panjang itu apabila melihat kebakaran itu.
Beliau segera menghubungi pihak bomba dan Tenaga Nasional Berhad untuk memaklumkan kejadian itu. - BERNAMAKebakaran
Anggota Bomba dan Penyelamat bertungkus- lumus memadam kebakaran di Taman Ikan Emas Kuala Lumpur, hari ini. Sebanyak 12 rumah yang terlibat dalam kebakaran tersebut. Tiada kemalangan jiwa dan punca kebakaran masih disiasat. - Foto Bernama
«»

tambah panas

Followers