Thursday 2 May 2013

semakin Jelas Malaysia bakal mengukir sejarah PM dari Parti Pembangkang


Ketika baki kempen tinggal empat hari sahaja lagi, UMR Research dari Sydney melaporkan kedudukan sengit antara Barisan Nasional (BN) dengan 49 peratus manakala Pakatan Rakyat (PR) ketinggalan satu peratus iaitu 48 peratus.

"Pada peringkat ini perlumbaan terlalu dekat hingga tidak tahu siapa akan menang, tetapi terdapat petunjuk jelas yang kebanyakan rakyat Malaysia inginkan perubahan," menurut kenyataan media dari pusat kajian itu.

Mengikut Pengarah Kuantitatif Kebangsaannya, Chambell White, rata-rata pengundi menumpukan soal ketelusan kerajaan, kos sara hidup dan mempertahakan kesucian Islam.

"Dua isu pertama memihak kepada PR selebihnya memihak BN," ujar beliau.

Malah katanya, rakyat Malaysia terbahagi kepada dua iaitu 38 peratus menyatakan pilihan raya di negara ini bersih dan adil secukupnya manakala 42 peratus mengatakan tidak.

"Sokongan kepada PR datang secara sama rata di kalangan Melayu dan Cina, sementara sokongan kepada BN hanya di kalangan Melayu," katanya.

Kajian ini melibatkan 501 responden yang terdiri daripada pengundi berdaftar di Semenanjung Malaysia dan wawancara dilakukan dalam talian bermula 23 hingga 27 April lalu.

Sebelum ini rakyat Malaysia dibentangkan dengan dua hasil kajian iaitu daripada Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) dan Universiti Selangor (Unisel).

Kajian Umcedel menunjukkan BN dan PR mempunyai peluang sama rata untuk menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Sementara kajian Unisel menunjukkan PR mencatatkan 50.6 peratus berbanding BN mencatat 49.4 peratus dalam aspek jangkaan menang dalam PRU13 di peringkat persekutuan.

Pengundian akan berlangsung Ahad ini.

tambah panas

Followers