Wednesday 30 January 2013

Tayar KL Monorail Meletup


 Perkhidmatan monorail di bandar raya ini tergendala selepas satu daripada tayar getah sebuah trennya yang dalam perjalanan ke Stesen Titiwangsa, meletup berhampiran Stesen Monorail KL Chow Kit.
Pengurus Kanan Komunikasi dan Hal Ehwal Media Syarikat Prasarana Negara Berhad Berhad (Prasarana) Azhar Ghazali berkata tindakan pantas pemandu tren berkenaan berjaya memastikan keselamatan penumpang.
"Pemandu berkenaan, Rizalman Rosli, 37, berjaya memberhentikan tren dengan selamat apabila tayarnya meletup pada 6.30 petang. Sebuah tren dihantar untuk menarik tren yang terkandas itu ke stesen terdekat. "Selepas itu, sebuah tren penyelamat dihantar dan sampai di tempat kejadian pada 7.15 malam untuk memindahkan penumpang," katanya dalam kenyataan.
Ketua Pegawai Operasi KL Monorail Abdul Hadi Amran berkata urusan pemindahan penumpang selesai menjelang 7.24 malam dan kesemua 200 penumpang selamat, manakala alat penyaman udara tren terbabit berfungsi sepanjang urusan pemindahan penumpang dijalankan.
Katanya pasukan penyelamat KL Monorail menjalankan kerja pemindahan penumpang itu dengan bantuan Jabatan BomBa dan Penyelamat. "Kami sediakan perkhidmatan alternatif di stesen kami sehingga perkhidmatan monorail disambung semula," katanya.
Sementara itu, pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khiruddin Drahman dalam kenyatan melalui khidmat pesanan ringkas kepada Bernama berkata 29 anggota bomba dan penyelamat dari balai bomba Hang Tuah, Setapak, Titiwangsa dan Sentul terlibat dalam operasi menyelamat itu.
Katanya mereka membantu memindahkan 164 penumpang iaitu 103 wanita, 60 lelaki dan seorang kanak-kanak.

Mesej Amaran Pembunuh Bersiri Kanak-Kanak


Polis tidak menolak kemungkinan bahawa kanak-kanak malang, William Yau Zhen Zhong mungkin menjadi mangsa pembunuh kanak-kanak.
Mesej teks amaran kepada orang ramai mengenai seorang pembunuh bersiri yang mencari mangsa di kalangan kanak-kanak mula tersebar sejak kehilangan William.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata, polis tidak menolak kemungkinan berkenaan namun siasatan lanjut perlu dilakukan bagi menentukan kesahuhan dakwaan itu.
"Setakat ini kami belum menerima apa-apa laporan polis mengenai mesej sebegitu. Kami berharap mereka yang menerima mesej teks berkenaan akan tampil kepada polis," katanya pada sidang media selepas pelancaran kempen Kampus Kepolisan di Sunway University di sini. Selasa.
William dilaporkan hilang pada 16 Januari di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya.
Dia dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.
Pada hari bedah siasat pada 25 Januari, ibu bapa William mengesahkan mayat kanak-kanak itu sebagai anak mereka berdasarkan dua parut di belakang kepala dan satu di dahi selain seluar dalam yang dipakainya.

Monday 28 January 2013

Penyanyi/pelakon (indon) IRWANSYAH kETAHUAN DITANGKAP TERLIBAT DADAH

Artis popular Indonesia Irwansyah dan isterinya Zaskia Sungkar serta Raffi Ahmad dan Wanda Hamidah adalah empat artis yang ditahan bersama 13 lagi ketika sedang berpesta dadah di rumah Raffi di Lebak Bulus, Jakarta Selatan, pagi Ahad.
Mereka ditangkap sepasukan anggota Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia yang menyerbu rumah Raffi pada waktu Subuh setelah mendapat maklumat orang ramai.
Penahanan artis terbabit serta suspek lain itu diumum Ketua BNN Anang Iskandar pada sidang media di sini petang ini.
Pasukan BNN turut merampas sejumlah dadah yang dipercayai jenis ganja dan pil khayal di tempat kejadian.
Raffi yang juga bekas kekasih penyanyi Yuni Shara iaitu kakak kepada penyanyi Krisdayanti, sebelum ini dilapor telah mendaftar nama untuk menjadi calon Parti Amanat Nasional, pada pilihan raya umum Parlimen 2014 nanti.
Media tempatan memetik Timbalan Ketua Umum PAN Dradjad Wibowo pada Ahad,sebagai berkata parti itu tidak teragak-agak untuk menggugurkan nama Raffidaripada senarai bakal calon PAN jika beliau disahkan terlibat dengan dadah.BERNAMA

Friday 25 January 2013

Janda Jailani Sidek, Raja Azmi kahwini gitaris muda 27 tahun

 Penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman bersedia untuk berkahwin semula jika bertemu jodoh dengan kekasih baharunya iaitu seorang gitaris berusia 27 tahun.
Raja Azmi, 54, berkata, keikhlasan lelaki bernama Hafiz itu dapat dilihat apabila pemuzik itu melamarnya, beberapa hari lalu.
"Dia memang ikhlas dalam hubungan ini kerana berani meluahkan hasrat untuk memperisterikan saya selepas sebulan berkawan.
"Mungkin terlalu awal untuk bercakap soal kahwin tetapi saya sudah bersedia (bergelar isteri).
"Jika ada jodoh, kami mungkin berkahwin pada tahun ini juga," katanya kepada mStar Online.
Penerbit dan penulis filem .... Dalam Botol ini mula menjalin hubungan dengan Hafiz selepas berkenalan di sebuah hotel terkemuka yang menjadi lokasi gitaris itu mengadakan persembahan.
Raja Azmi yang bergelar janda sejak enam bulan lalu bercerai talak satu dengan bekas jaguh badminton Jalani Sidek pada 27 Jun 2012 selepas 28 tahun berkahwin.
Raja Azmi berkata, dia tidak peduli pada persepsi umum susulan pengakuannya menjalin hubungan dengan lelaki yang berusia 27 tahun lebih muda daripadanya.
Katanya, keutamaan pada waktu ini adalah kebahagiaan diri sendiri berbanding pertikaian khalayak yang tidak merasai kedukaannya selepas bercerai.
"Biarlah apa orang hendak kata. Yang penting saya bersikap jujur terhadap perasaan yang saya alami sekarang.
"Saya benar-benar bahagia dan gembira dengan hubungan ini kerana ia membuatkan saya kembali ceria selepas lalui episod duka (perceraian)," luahnya.
Raja Azmi berkata, perbezaan umur tidak menjadi penghalang kerana keserasian antara mereka.
"Umur bukan ukuran kerana kami saling menyayangi dan ia berlaku dengan ikhlas.
"Sudah lama saya berasa sunyi selepas bercerai dan apabila bersama kami rasa seperti seusia," kongsinya sambil mengakui hubungan itu mendapat restu keluarga kedua belah pihak.

Tuesday 22 January 2013

Kuil Hindu paling unik RM 12juta di Putrajaya

Perbadanan Putrajaya meluluskan pembinaan kuil satu tingkat dan ruang pejabat dua tingkat di Presint 20 itu pada 20 Sept lepas, mengikut Seksyen 22 (3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.
Putrajaya bakal memiliki kuil Hindu paling unik di negara ini yang akan dibina di Presint 20, dengan kos RM12 juta. Kuil yang dinamakan Sri Lalithambikai Alayam itu menggabungkan ciri dari utara dan selatan India serta mampu menampung sehingga 10,000 orang ketika perayaan.
"Majlis pecah tanah dijangka pada bulan Mac ini dan kerja-kerja pembinaan dijangka bermula pada September nanti. Kita yakin ia dapat memenuhi keperluan penganut Hindu di Putrajaya, Cyberjaya dan kawasan sekitarnya yang terus meningkat," kata Duta Khas ke India dan Asia Selatan Datuk Seri S Samy Vellu.
 Presiden Persatuan Penganut Dewi Sri Maha Mariaman Devasthanam Wilayah Persekutuan Putrajaya, Datuk Kanagarajah Raman berkata pembinaan kuil dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan 2015.

Menurutnya kuil itu akan dilengkapi sebuah dewan serba guna, pusat penyelidikan agama Hindu, pusat infomasi teknologi, perpustakaan, pejabat pengurusan kuil dan rumah kediaman bagi Sami Hindu (Gurukkal)dan para pekerja serta kemudahan parkir bagi lebih 150 kenderan. 

"Ini merupakan kuil (Lalithambikai) pertama di negara ini. Kita mengambil masa lebih tujuh bulan untuk menghasilkan reka bentuk unik ini dengan memenuhi ciri-ciri yang ditetapkan oleh Perbadanan Putrajaya. Ia memang unik.

"Jadi daripada keluasan tanah satu ekar (0.405 hektar), kita akan bina kuil dalam 17,000 kaki persegi. Bila siap nanti ia pastinya menjadi kebanggaan penganut Hindu, bukan warga Putrajaya dan Cyberjaya tetapi seluruh penganut Hindu di negara," katanya.-Bernama

Monday 21 January 2013

Tahniah! Zakiah Anas bersanding

Pengacara TV3 yang cun itu selesai mengakhiri zaman jandanya. Sungguh jelita Zakiah Anas dimajlis resepsi  perkahwinannya dan jejaka pilihan, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar.
Majlis diadakan di Felda Villa, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Pasangan mempelai semalam selamat dinikahkan di Masjid Kota Damansara pada 12 Disember lalu.GAMBAR: Sekitar Majlis Resepsi Perkahwinan Personaliti TV3, Zakiah Anas8269139528_a0bafb3e45_oIMG_37978268070901_1d9ec849af_o

Friday 18 January 2013

Farah Fauzana sedia dimadu



Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil, 33, berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk hidup berpoligami sekiranya tidak mendapat halangan daripada bakal madunya itu.Tambah Fara, dia mengakui sedang berusaha mencari lelaki sesuai untuknya, namun pada masa sama dia tetap berhati-hati agar dapat memilih individu yang benar-benar bertanggung jawab.
"Benar, saya tidak kisah untuk hidup berpoligami. Tetapi dengan syarat, isteri lelaki itu yang perlu datang untuk pinang saya.
"Perkara itu menjadikan perkahwinan saya nanti tiada masalah kerana tidak ada unsur-unsur mahu berselindung," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada pelancaran program-program baru slot 9X TV9 di Marche, The Curve, di sini, pada Khamis.

Monday 14 January 2013

tol kesas turun harga

Kadar tol di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) diturunkan antara 10 sen dan 40 sen berkuatkuasa selepas tengah malam ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor hari ini.
Kadar tol untuk Kelas 1 iaitu bagi kereta biasa diturunkan sebanyak 20 sen iaitu dari RM2.20 kepada RM2.

Bagi kenderaan Kelas 2 iaitu dua gandar atau enam tayar (kecuali bas) akan menikmati pengurangan tol sebanyak 30 sen (dari RM3.30 kepada RM3), Kelas 3 iaitu kenderaan 3 gandar atau lebih sebanyak 40 sen (dari RM4.40 kepada RM4), Kelas 4 iaitu teksi sebanyak 10 sen (dari RM1.10 kepada RM1) manakala Kelas 5 iaitu bas akan menikmati pengurangan 20 sen (dari RM1.70 kepada RM1.50).

"Sebanyak 298,000 pengguna lebuh raya (kadar sehari) ini akan menikmati kadar penurunan itu dan ia tidak akan naik sehingga tahun 2016," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan pusingan U bertingkat di KM 37.5 Lebuhraya Kesas di Petaling Jaya hari ini.

Lebuhraya Kesas sepanjang 34.5 km adalah lebuh raya ekspres perbandaran yang menghubungkan antara Sri Petaling di Kuala Lumpur dan Pandamaran di Klang.

Shaziman berkata penurunan yang merupakan sebahagian daripada penstrukturan semula kadar tol Lebuhraya Kesas kendalian Kesas Sdn Bhd itu akan memberi kesan positif kepada penduduk di Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Klang dan kawasan sekitar.

Beliau berkata kadar tol Lebuhraya Kesas sepatutnya naik sehingga RM3 (bagi kenderaan Kelas 1) pada Januari 2012 tetapi atas keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, perkara itu tidak dilaksana kerana kenaikan itu akan menjejaskan kehidupan rakyat biasa.

"...kerana kenaikan sehingga RM3 itu ditangguh, kerajaan terpaksa membayar RM86 juta kepada syarikat konsesi iaitu 80 sen untuk setiap kenderaan pada tahun 2012," katanya.

Beliau berkata sejak Najib menerajui kepimpinan negara, beberapa lebuh raya menstruktur semula kadar tol, antaranya Projek Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Cheras-Kajang yang juga dikenali sebagai Lebuhraya Grand Saga manakaka plaza tol di Lebuhraya Hubungan Timur-Barat (Metramac) di tutup terus.

"Kerajaan akan terus berbincang dan menyakinkan syarikat konsensi mana-mana lebuh raya untuk menstruktur semula kadar tol mereka selepas kajian mengenai tambahan trafik sesebuah lebuh raya itu dibuat," katanya.

Sementara itu, Shaziman meminta syarikat konsesi Lebuhraya Kesas menyiapkan pembinaan pusingan U bertingkat di kawasan USJ Summit lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan iaitu Mac 2014 bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di kawasan itu.

"Projek pusingan U bertingkat itu dibuat untuk melegakan kesesakan lebuh raya yang kini mencecah sehingga 9,500 kenderaan satu jam pada waktu puncak.

Atas dasar keprihatinan kerajaan, kami mengeluarkan peruntukan RM25 juta untuk projek itu pada Oktober 2011," katanya.

- Bernama

Friday 11 January 2013

Kenderaan JPJ yang mula cari pasal kata saksi



VIDEO 2 | 2:06

VIDEO 3 | 8:24

PHOTO GALLERY

NONEAhli Parlimen Berus, Datuk Ngeh Koo Ham, yang tiba di tempat kejadian kemalangan sejurus selepas ia berlaku, telah diberitahu oleh saksi bahawa kenderaan pacuan empat roda JPJ itu menyeberangi pembahagi jalan untuk memintas sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.
Saksi-saksi kemalangan jalan raya yang membabitkan 10 kenderaan dan mengakibatkan 15 orang cedera di Ayer Tawar, Perak petang ini mendakwa ia disebabkan oleh kereta peronda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang cuba memintas sebuah lori.
Perbuatan secara tiba-tiba itu menyebabkan lori, yang didakwa 
membawa lebih muatan kelapa sawit, membrek secara mengejut dan dilanggar oleh kenderaan lain di belakangnya, kata Ngeh kepadaMalaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Menurut polis, 10 kenderaan - kereta peronda JPJ, dua bas sekolah, dua buah lori, sebuah motosikal dan empat buah kereta, terbabit dalam kemalangan tersebut.

Ngeh berkata, salah sebuah daripada 10 kenderaan tersebut - Kancil hijau - terbakar selepas melanggar kenderaan lain.

"Mujurlah dua lelaki Cina dan seorang lelaki India memecahkan pintu kereta dan menyelamatkan seorang wanita Melayu yang terperangkap di dalam kereta tersebut, dan memadamkan api.

"Orang ramai sangat marah dan menuntut pegawai JPJ bertanggungjawab terhadap tindakan berbahaya seperti itu. Mereka kemudian memecahkan kenderaan JPJ, menterbaliknya dan membakarnya. Keadaan tidak ganas, mereka hanya marah, "kata Ngeh yang juga pengerusi DAP Perak.
Selepas api dipadamkan menurut Ngeh, orang ramai yang marah enggan membenarkan pihak berkuasa untuk mengambil kenderaan yang terbakar itu tanpa memberi penjelasan yang memuaskan hati mereka.

ngeh koo ham"Mereka kemudian menterbalikkan kenderaan itu untuk kali kedua."

Keterangan para saksi sama dengan yang diberitahu oleh Ngeh, begitu juga dengan gambar dan video kejadian, yang telah dimuat naik dan dikongsi dalam media sosial.

Ngeh mendakwa tindakan masyarakat tempatan itu adalah kemuncak kepada 'penindasan' yang lama oleh kedua-dua pihak polis dan pegawai JPJ.

Beliau mendakwa perniagaan tempatan, termasuk pengusaha dan pemandu lori, telah dipaksa membayar rasuah bulanan kepada polis dan pegawai penguatkuasa JPJ, dan sekiranya gagal berbuat demikian, mereka akan menjadi mangsa.

Oleh itu, katanya, ketegangan semakin memuncak di kawasan tersebut.

"Saya menggesa kerajaan supaya segera menyelesaikan isu ini, "katanya.

Kemarahan memuncak kereta JPJ dibakar

NONENONESaksi telah memuat-naik ke Facebook video selama lapan minit yang
menunjukkan sekumpulan orang ramai marah dan menjerit serta membaling objek ke arah kenderaan pacuan empat roda JPJ itu.Mereka kemudiannya menterbalikkan kenderaan itu sebelum dua anggota polis trafik tiba dan cuba untuk menghalang mereka.
Sebuah kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diterbalikkan dan dibakar oleh orang ramai yang marah selepas kemalangan teruk yang membabitkan 10 kenderaan di Ayer Tawar, Perak petang ini.

Bagaimanapun, mereka gagal untuk meredakan kemarahan orang ramai dan mereka bertindak memecahkan tingkap kenderaan, itu diiringi oleh teriakan marah "bakar!"

Selepas satu objek dibaling ke arah kenderaan pacuan empat roda yang terbalik itu, ia terbakar, memaksa orang ramai berundur.

Tidak lama kemudian, beberapa anggota bomba datang dan memadamkan api.
Punca kejadian tersebut masih belum diketahui lapor malaysiakini.com
Timbalan OCPDManjung, Ahmad Mat Isa memberitahuMalaysiakini 
bahawa
 15 orangmengalamikecederaan ringandalam kemalangan tersebuttetapi tidak seorang pundimasukkan ke hospital.


Tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Kemalangan itu berlaku petang ini selepas sesi persekolah di Jalan Beruas-Ayer Tawar, yang  melibatkan kenderaan penguatkuasa pacuan empat roda JPJ , dua bas sekolah, dua lori, sebuah motosikal dan empat buah kereta.

HKR KL112: KL mula sesak berduyun banjiri Kota KL mulai tghari tadi


Terkini: Foto Rakyat Ke Himpunan Kebangkitan Rakyat

gambar jam 9.00pagi tadi foto: pahang daily
selepas solat jumaat di KLCC

Esok perhimpunan kebangkitan Rakyat jika kena tangkap polis nak cari siapa?

Jangan cari Nik Aziz,
Jangan cari Hishamudin tukar tiub,
Tian Chua pun jangan dicari,
Cikgu Pa pun jangan cari,\
Anwr Ibrahim? lagi lah jangan cari
Nurul Izzah? tak payah cari...

Cari sini:
nombor telefon ini 
:
Orang ramai boleh menghubungi atau mengirim pesanan ringkas (SMS) kepada nombor telefon berikut mengikut lokasi yang ditetapkan:


(Brickfileds) Nalini: 019-3758912
(Masjid Negara) Syukri: 019-8013149
(Jalan Sultan) Kar Fai: 016-3832323
(Central Market) Maisarah: 012-2187476
(Masjid Universiti Malaya) Theva: 013-3845740
 Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyediakan khidmat bantuan guaman bagi memudahkan orang ramai yang ditahan polis mendapatkan bantuan mereka sepanjang Perhimpunan Kebangkitan Rakyat esok.

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT KL112 TETAP DI STADIUM MERDEKA!

Hishamuddin Rais"Kita telah membuat perjanjian dengan pihak Stadium Merdeka dan tadi kita telah menandatangani persetujuan dengan Ketua OCPD Dang Wangi," ujar  jurucakap #KL112, Hishamuddin Rais.
Himpunan Kebangkitan Rakyat atau digelar #KL112 tetap akan diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur sepertimana yang telah diputuskan oleh penganjurnya sebelum ini.

Ia akan berlangsung mulai 2 petang esok.

Thursday 10 January 2013

stadium merdeka permainkan penganjur HKR 112?

Merdeka Heritage Trust, pemilik Stadium Merdeka dan pihak pengurusan Stadium Nasional dalam kenyataan berkata antara syarat bagi Stadium Merdeka ialah penganjur mesti memastikan jumlah pengunjung/peserta tidak melebihi 30,000 orang. 
Syarat ini mengambil kira kapasiti stadium tersebut yang hanya boleh menampung seramai 30,000 orang bagi memastikan struktur dan harta benda Stadium Merdeka yang diwartakan sebagai hartanah warisan kebangsaan sentiasa dijaga dan dipelihara," menurutnya.- Bernama

Wednesday 9 January 2013

PANAZZZ...Tarian bogel pada majlis keraian pegawai dan anggota polis IPD Shah Alam

gambar tarian pada majlis 'Sekalung Budi Segunung Intan' anjuran Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Shah Alam 4 jan 2013.
Majlis itu dijalankan secara tertutup untuk meraikan bakal pesara, pegawai dan anggota pangkat rendah dan dihadiri anggota dan pegawai JSJ Shah Alam sahaja.

Ribut Sonamu tak jadi melanda Semenanjung Malaysia

 Penduduk merasa bersyukur kerana ribut tropika Sonamu beserta angin kencang yang diramal membadai perairan pantai timur Semenanjung termasuk Terengganu tidak menjadi kenyataan.
   
Tinjauan Bernama mendapati ramai penduduk yang tinggal di kawasan pantai seperti di sini, Dungun, Kuala Ibai dan Kuala Abang yang menetap sementara di rumah saudara mara yang tinggal jauh dari kawasan pantai, sudah mula pulang ke rumah masing-masing.
   
Namun nelayan kecil masih tidak berani ke laut ekoran angin kencang dan laut bergelora musim tengkujuh.  - Bernama

Berdasarkan maklumat terkini yang dibekalkan Jabatan Meteorologi, majlis itu berkata bahawa amaran hujan lebat dan angin kencang telah ditarik balik pada pkul 8.35 malam tadi.

Bagaimanapun jurucakap majlis itu berkata mereka masih memantau perkembangan di Terengganu, Pahang dan Kelantan.

Monday 7 January 2013

Ribut Tropika (Tropika storm sonamu) auring menyerang Semenanjung Malaysia


Ribut tropika Sonamu diramalkan  menyerang Malaysia pada kira-kira 06:00 GMT pada 8 January.Data dibekalkan oleh Tentera Laut AS dan Tentera Udara Bersama Taufan Amaran Centersuggest bahawa titik pendaratan akan menjadi near6.3 N, 103,3 E.Sonamu dijangka gusts angin membawa angin maksimum 1 minit berterusan ke rantau sekitar 64 km / h (40 mph). di kawasan itu mungkin jauh lebih tinggi.
Maklumat di atas disediakan untuk panduan sahaja dan tidak boleh digunakan untuk membuat keputusan hidup atau mati atau keputusan yang berhubungan dengan harta. Sesiapa sahaja di rantau ini yang berkenaan untuk keselamatan atau harta peribadi mereka harus menghubungi agensi cuaca rasmi kebangsaan atau pusat amaran untuk mendapatkan nasihat.
Amaran ini disediakan oleh  Risiko TropicalStorm (TSR)  yang ditaja oleh AON Benfield, Crawford & Company dan University College London (UCL).

NASA Catches Tropical Storm Sonamu in South China Sea





Photo: Ribut Tropika Sonamu Menuju Malaysia...Ini maklumat untuk rujukan semua...share !

Ini paparan imej terkini...

Perbanyakkan Istiqfar,Solat Taubat Dan Hajat semoga dijauhkan daripada bala bencana ini...

Jangan mengundang kemurkaan Allah dengan menambah maksiat dan dosa...

http://ezli007.blogspot.com/2013/01/ribut-tropika-sonamu-menuju-malaysia.html-THE SUN-

 





Tropical storm Sonamu diramalkan melanda Semenajung Malaysia pada jam 06:00 GMT on 8 January.
Dengan ribut tropika Sonamu dijangka melanda pantai timur Semenanjung Malaysia minggu ini, semua penduduk dan nelayan di negeri-negeri telah dinasihatkan untuk menjauhkan diri dari laut.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata dalam satu kenyataan pada hari Sabtu bahawa Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) telah meramalkan keadaan laut bergelora dan banjir di kawasan-kawasan rendah hari ini sehingga Rabu.
Ribut dijangka menjejaskan Kelantan, Terengganu dan Pahang.
"Mereka yang terlibat dalam kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir harus berwaspada amaran hujan lebat dan perlu membuat persediaan awal bagi kemungkinan banjir," kata Mohamed Thajudeen.
Beliau berkata orang ramai harus mengendahkan perintah daripada pihak berkuasa untuk mengosongkan rumah mereka.
JMM di laman webnya telah mengeluarkan amaran angin kencang timur laut lebih 60 kmsj dengan ombak lebih daripada 4.5m berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan.
Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Jumaat.-The Sun

Saturday 5 January 2013

Tembok Kolej Serumpun UPM runtuh 7 motor tertimbus

RUNTUH...Dua orang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) melihat beberapa buah motosikal yang tertimbus akibat tembok runtuh di Kolej Serumpun UPM, Serdang, malam Jumaat. Dalam kejadian 6 petang itu, sebanyak tujuh biji motosikal yang diletakkan di tempat letak motosikal rosak akibat dihempap tembok setinggi 1.5 meter. --fotoBERNAMA


 Hujan lebat sejak petang semalam  menyebabkan tembok di Kolej Serumpun, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang runtuh.
Kejadian yang berlaku pada pukul 6 petang itu turut merosakkan tujuh buah motosikal di tempat letak motosikal akibat dihempap tembok setinggi 1.5 meter itu.
Pakar kejuruteraan geologi UPM, Dr Husaini Omar berkata tembok tersebut dipercayai runtuh kerana tidak dapat menahan kapasiti air yang banyak akibat hujan berlarutan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd SaniHarul berkata pihaknya yang menerima panggilan turut menghantar enam anggota dansebuah jentera dari balai Serdang untuk memantau keadaan. BERNAMA

Tuesday 1 January 2013

Vcd lucah speaker DUN Perak

 (SH) Siasatan berhubung cakera padat video (VCD) yang didakwa memaparkan Speaker Dun, Datuk R Ganesan bersama seorang wanita dalam aksi mengaibkan hampir selesai.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, polis telah memanggil 11 saksi dan merakam percakapan mereka untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Menurutnya, VCD berkenaan telah dihantar ke Unit Forensik  Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cheras dan kini sedang menunggu laporan.

“Kita tunggulah hasil laporan dari forensik dan kita akan dedahkan kemudian mengikut prosedur siasatan,” katanya.

Beliau berkata, setelah menerima laporan, kertas siasatan akan dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Chang Keong berkata, siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Sebelum ini, Adun Tronoh, V Sivakumar dalam satu sidang medianya pada persidangan Dun baru-baru ini mendakwa menerima sampul surat mengandungi VCD dipercayai memaparkan Speaker Dun, Datuk R Ganesan bersama seorang wanita.

Sampul berkenaan juga mengandungi helaian kertas bertarikh 27 Julai 2012 yang memaparkan laman portal berita berhubung isu skandal seks MIC melibatkan Ganesan yang turut diterima Adun Buntong, A Sivasubramaniam.

Pasangan khalwat larikan kenderaan Jaip

Awal 1 januari 2013...nie siapa yang bodoh?
Seorang remaja yang ditahan bersama pasangannya berhubung tuduhan berkhalwat bertindak nekad melarikan kenderaan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dalam cubaan meloloskan diri daripada dikenakan tindakan awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, remaja terbabit bersama pasangannya dan dua individu yang turut ditahan atas kesalahan sama dipercayai berada dalam kenderaan sementara dibawa  ke pejabat Jaip untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun remaja berusia 18 tahun itu bertindak menolak pemandu kenderaan jenis Mitsubishi Pajero sehingga terjatuh sebelum  memecut kenderaan menghala ke Indera Mahkota dari di Jalan Wong Ah Jang.

Pegawai penguat kuasa Jaip berjaya mengejar kenderaan terbabit di satu kawasan di Indera Mahkota dan menahan satu pasangan dalam kenderaan itu.

Satu pasangan lagi termasuk lelaki yang melarikan kenderaan tersebut berjaya meloloskan diri.

Bagaimanapun mereka menyerah diri di pejabat Jaip.

Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kuantan berhubung kejadian.

Dalam Operasi Cegah Maksiat sempena Tahun Baru 2013 itu, sebanyak 13 pasangan ditahan kerana disyaki berdua-duaan dalam bilik hotel bajet sekitar bandar Kuantan.

Semua yang ditahan berusia antara 18 hingga 30 tahun dibawa ke pejabat Jaip untuk disoal siasat mengikut Seksyen 145 (2) Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1984.

BR1M mula dibayar Februari

Sekejap kata januari sekejap kata februari...sukas hati nak cakap..lantaklah..berikut kenyataan menteri kewangan...

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) akan dilaksanakan bermula Februari depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata bantuan BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata ketua isi rumah yang tercicir dari senarai penerima BR1M yang lepas atau belum pernah memohon masih berpeluang berbuat demikian.

Beliau berkata sebanyak 2,684,916 permohonan baharu untuk BR1M 2.0 (BR1M) telah diterima sehingga hari ini di mana ia melibatkan 1,823,039 individu bujang manakala baki 861,877 diterima daripada isi rumah (keluarga).

"Kerajaan menggalakkan lebih ramai individu bujang memohon untuk mendapatkan BR1M 2.0. Pendaftaran akan terus dibuka sehingga satu tarikh yang diumumkan kelak," katanya.

Tahun lepas, seramai 4.2 juta penerima mendapat manfaat daripada BR1M,  dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.1 bilion.

Bernama

Blog Archive

tambah panas

Followers