Tuesday 18 March 2014

pelakon Zarina Zainuddin mengamuk di Hospital Ipoh

artist-M“Saya baru sahaja bergaduh dengan seorang pengawal keselamatan. Naik angin betul apabila dia menghalang saya daripada memasuki wad, sedangkan doktor mahu membuat pemeriksaan pada mak tetapi tiada wakil keluarga kami untuk memantau.
“Saya sudah meminta untuk masuk secara baik tetapi dia tetap berkeras tidak mahu membenarkan, padahal saya seorang sahaja yang mahu masuk, itupun waktu melawat. Apa lagi, saya naik ‘hantulah’ dan terus merempuh masuk,”katanya.
“Saya terlalu geram dan terpaksa bertekak serta menjerit kepadanya apabila dia menghalang saya daripada memasuki wad untuk melawat ibu,” luah pelakon, Zarina Zainuddin berhubung perbalahannya dengan seorang pengawal keselamatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
kekecohan itu timbul apabila pengawal terbabit tidak membenarkan aktres berkenaan memasuki wad untuk melawat ibunya, Zahora Abdul Mutalib, 58, yang baru dipindahkan daripada wad Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat kemalangan jalan raya.“Kepala mak yang terkoyak sudah menerima jahitan. Ketika saya datang melawatnya tadi, dia mengerang kesakitan kerana masih terdapat saki-baki kaca-kaca halus yang melekat di belakang badannya,”katanya.- trp( )

tambah panas

Followers