Tuesday, 10 May 2011

Cubaan bunuh Anwar gagal


Pemandu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdullah Sani Said mendakwa terdapat percubaan pihak tertentu untuk membunuh atau mencederakan Ketua Umum KEADILAN tersebut.
Dalam laporannya kepada pihak polis kira-kira jam 4 petang hari ini, Abdullah berkata, ia berikutan wujud usaha khianat untuk mensabotaj kereta yang  dinaiki Anwar dan keluarganya.
Kejadian itu disedari pada 19 April lalu ketika memandu membawa Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dari Ipoh ke Chemor, Perak, yang hampir menyebabkan berlaku kemalangan.
“Apabila saya membrekkan kereta tersebut, saya merasakan kereta yang dipandu saya bergegar kuat tidak seperti biasa. Kedengaran juga bunyi sesuatu yang pecah di bahagian belakang.
“Secara tiba-tiba juga tayar bahagian belakang kanan saya seperti terkunci dan tersekat. Ini memaksa saya sedaya upaya mengawal kereta tersebut ke bahu jalan,” katanya dalam laporan tersebut.
“Selepas memberhentikan kereta di bahu lebuhraya, saya mendapati kesan seretan kereta dan serpihan brake disc di atas jalan,”  katanya ketika membuat laporan di Balai Polis Merchant Square, Petaling Jaya.
Abdullah Sani menjadi pemandu peribadi Anwar selama 28 tahun dan memandu kereta Mercedes Benz model S 350 milik Anwar.
Brek yang mengalami kerosakan dipercayai berpunca angkara khianat
Laporan itu turut melampirkan keterangan mekanik yang membaiki kereta berkenaan, Azman Hassan yang memaklumkan terdapat kerosakan yang teruk pada sistem brek sebelah belakang kanan kenderaan tersebut.
“Setelah mendapat penjelasan apa yang berlaku, saya membuat pemeriksaan dengan teliti dan mendapati bahawa punca kerosakan adalah disebabkan salah satu daripada pin bolt yang mengikat brake caliper sudah tiada atau tertanggal.
“Fungsi pin bolt adalah mengikat brake caliper pada tempatnya.
‘Dari pengalaman saya menjadi mekanik selama lebih 10 tahun dan pengkhususan dalam pembaikan Mercedes Benz selama 7 tahun, adalah mustahil pin bolt yang mengikat brake caliper itu boleh tercabut dengan sendirinya,” jelas Azman dalam kenyataan itu.

Blog Archive

tambah panas

Followers