


Kenderaan itu juga terus bergerak selepas melanggarnya dan beliau sekali lagi melayang dan melanggar tembok di hadapan pusat membeli belah itu apabila kenderaan itu berhenti secara tiba-tiba.
Su berkata beliau mengalami kecederaan di bahagian dahi, pergelangan tangan dan peha kesan daripada hentakan pada tembok itu.
Katanya, beliau membuat dua laporan polis atas kejadian berkenaan.
sila klik disini: http://www.youtube.com/watch?v=-deLKfpUyuc&feature=youtu.be

Dalam wawancara dengan Malaysiakini pada Isnin, Mohd Syafiq mendakwa, dia dan seorang rakan Munir Maktar ditarik ketika beratur untuk memasuki platform stesen kereta api LRT pada jam 7 petang.
Dakwanya, oleh kerana polis tidak berani memasuki kawasan LRT, mereka bertindak menghalang dan menarik peserta BERSIH dan merampas kamera jika mengambil gambar.
