
Mereka didakwa bawah Seksyen 350 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.kerana menggunakan keganasan jenayah terhadap Wong. Menurut dakwaan Khairul dan Shahrul Niza, bersama dua orang lain yang masih belum dikenal pasti, menyerang Wong di simpang Jalan Tun Perak dan Jalan Raja di antara jam 5.20 dan 5.30 petang pada 28 April.
Majistret Zulkipli Abdullah membenarkan mereka diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.Mahkamah juga menetapkan 18 Jun depan untuk sebutan kes. Kedua-dua anggota polis dilihat membayar jaminan tersebut.