Friday 4 May 2012

PM Najib akui Polis berlaku kasar

"Saya tidak nafikan ada sedikit sebanyak kekasaran oleh polis, tetapi perkara ini boleh dielakkan jika mereka hormati undang-undang yang diluluskan Parlimen," kata Perdana Menteri Najib  Razak. dipetik laporan bernama.


Perdana Menteri yang dalam lawatan kerja sehari ke negeri ini, ketika berucap merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan di Padang Pusat Sivik di Gua Musang Kelantan.


Perhimpunan badan bukan kerajaan berhampiran Dataran Merdeka di Kuala Lumpur, Sabtu lepas, adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat
menerusi sistem demokrasi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata dalam cubaan kumpulan terbabit menawan Dataran Merdeka, mereka telah bertindak ganas antaranya mencederakan anggota polis dan wartawan serta merosakkan kenderaan polis dan harta awam.




    

Blog Archive

tambah panas

Followers