Tuesday 17 July 2012

belum adalagi laporan liwat setakat ini - PDRM


Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mengesahkan masih belum ada sebarang laporan liwat dari seorang mahasiswa, mendakwa dia telah diliwat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar), sepertimana yang dilaporkan oleh sebuah blog semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, setakat ini, PDRM masih belum lagi menerima sebarang laporan mengenai pertuduhan liwat yang membabitkan ketua pembangkang itu.
"Setakat ini kami (PDRM) masih belum menerima sebarang laporan.
"Terima kasih," jawabnya ringkas ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.
Semalam sebuah blog yang dikaitkan dengan Umno melaporkan bahawa terdapatnya laporan polis oleh mahasiswa yang mendakwa diliwat oleh ketua pembangkang itu.
Pada 9 Januari 2012, mahkamah telah membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Susulan penghakiman bertulis itu, Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan dengan mengetengahkan sembilan alasan pada minggu lalu.
Percubaan The Malaysian Insider untuk menghubungi Anwar masih belum berjaya oleh kerana mantan timbalan perdana menteri itu kini berada di Jakarta, Indonesia.
Sebelum ini, blog tersebut seringkali menulis pertuduhan-pertuduhan yang tidak berasas menghentam pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dengan menggunakan perkataan lucah dan kesat.
Walaupun telah banyak laporan polis dibuat terhadap penulis blog tersebut, sehingga kini masih belum ada tindakan diambil penulis blog tersebut.-TMI

Blog Archive

tambah panas

Followers