Monday 9 July 2012

Dua serang pejabat Jabatan Perdana Menteri Putrajaya -seorang mati ditembak


Kira-kira jam 2.30 petang tadi sepasang lelaki dan perempuan telah menyerang kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya Parcel B. Pasangan terbabit menceroboh bangunan JPM itu dengan membawa pedang samurai.
 Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketika dihubungi Sinar Harian  mengesahkan seorang daripada suspek yang ditembak ketika membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri petang tadi meninggal dunia.
Punca kejadian belum diketahui.
Kejadian berlaku ketika kakitangan awam sedang pulang selepas keluar makan tengah hari.Selepas tiga kali amaran, tiga das tembakan dilepaskan oleh pihak polis di mana penjenayah lelaki telah ditembak di lengan dan kaki manakala perempuan terkena tembakan di kaki.
Difahamkan, pengawal keselamatan cuba menghalang mereka,namun kedua-duanya bertindak ganas dan memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan terbabit.
Cubaan polis untuk memujuk pasangan terbabit daripada bertindak lebih ganas tidak diendahkan, sehingga memaksa pihak berkuasa melepaskan tembakan dan mengenai mereka.
Suspek lelaki cedera dibahagian tangan kanan manakala pasangannya dibahagian peha kiri.
Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

berita seterusnya menyusul...

Blog Archive

tambah panas

Followers