Tuesday 3 July 2012

tak wajib sijil halal-Jamil Khir


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pengusaha premis makanan tidak diwajib memohon sijil halal, namun digalak berbuat demikian secara sukarela.

Langkah itu katanya sebagai tanda prihatin terhadap pengguna Islam di negara ini.
"Kerajaan tidak paksa semua kedai (pohon dan pamer sijil dan logo halal) kerana pasaran kita terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
"Jika kita wajibkan, kita terpaksa fikir tentang makcik berniaga nasi lemak di Kedah, nasi dagang di Kelantan, dan keropok lekor di Terengganu yang duduk di kampung dan tak pernah keluar tetapi terpaksa pula memohon sijil halal, maka tutup kedailah mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program 'Bual  Bicara Dar Assaadah' di Pusat Perlindungan Dar Assaadah, di sini hari ini.
Pada masa yang sama, Jamil Khir turut mengingatkan pengusaha bahawa hanya sijil dan logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan jabatan agama Islam negeri atau majlis agama Islam negeri sahaja boleh dipamer.
Mereka yang mempamer sijil dan logo halal daripada agensi selain itu boleh dikena tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011, katanya.

Mengenai dakwaan permohonan sijil dan logo halal mengambil masa yang lama untuk dilulus, Jamil Khir berkata perkara itu tidak benar kerana semua permohonan yang memenuhi syarat akan dilulus dalam masa 30 hari. - Bernama

Blog Archive

tambah panas

Followers