Thursday 11 October 2012

Apartment Anggerik Indah seksyen 16,Shah Alam, pengawal keselamatan cabut lari bagai kena rasuk polong


Sesuatu yang menarik perhatian pada jam 8.malam 10/10/2012 kerana kebodohan pengawal keselamatan dan sikap bongkak ketua blok menyebabkan huru-hara dan kecoh di pangsapuri tersebut.
Seorang penduduk yang juga pemilik rumah dipangsapuri tersebut telah mengamuk dan naik angin apabila mendapati keretanya dikunci (clamping) oleh pengawal keselamatan.
Penghuni terbabit yang juga pemilik rumah di pangsapuri itu telah menghuni rumah tersebut sejak dari awal siap dibina iaitu lebih 10 tahun begitu marah apabila keretanya dikunci secara membabi-buta oleh pengawal tersebut. Apabila diminta membuka kunci pengawal tersebut berdegil tidak mahu membuka malahan mengeluarkan kata-kata kesat dan berlagak sombong sedangkan syarikat kawalan tersebut dilantik oleh penduduk apartment tersebut.
Tinjauan mendapati kereta penduduk terbabit diparking ditempat parking yang betul iaitu dalam kotak parking dan tiada membuat sebarang halangan. Malahan tempat letak kereta dipatment itu juga didapati penuh.Tiada seorangpun pengawal keselamatn dipondok pengawal atau sekitarnya. Difahamkan telah cabut lari....tiada juga sebarang kerosakan seperti yang dilapordakwa.
Apa yang menghairankan bagaimana boleh ada 'car-wash" di kawasan letak kereta apartment tersebut? dan bagaimana pengusaha 'car-wash' tersebut boleh mendapat lot parking sebagai tempat perusahaannya itu?
Campurtangan ketua blok apartment terbabit lebih mengecamukkan keadaan apabila beliau menyebelahi pengawal keselamatan terbabit.Nampaknya seperti ketua blok ini 'ada apa-apa' dengan syarikat kawalan keselamatan tersebut dan pengusaha 'car-wash'.
Satu laporan polis telah dibuat di seksyen 9 s.alam oleh ketua blok terbabit apabila penghuni terbabit naik berang dan tercetus pergaduhan.
Malangnya dalam laporan polis itu ketua blok terbabit membuat pelbagai tuduhan dan kerugian melampau kerana sakit hati. Penghuni terbabit telah ditahan polis dilokap di IPD S.Alam untuk ditahan reman dan siasatan lanjut.
Beberapa penduduk melahirkan kekesalan atas sikap ketua blok dan 'bendul giler" dan sengal pengawal keselamatan terbabit.Difahamkan juga pengawal keselamatan bertugas seringkali tertidur ketika bertugas dan tidak membuka 'boom gate'. malahan tidak mengenali penghuni apartment.
Nampaknya ada sesuatu yang tak kena dengan ketua blok pangsapuri tersebut. Beliau nampak begitu angkuh dan sombong..ada apa-apa ke?


Blog Archive

tambah panas

Followers