Tuesday 30 October 2012

Pelaburan Emas terpeleot


Kira-kira 200 orang pelabur skim pelaburan emas, Bestino "berkampung" di luar pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini untuk meminta Datuk Seri Najib Abdul Razak campur tangan bagi menyelesaikan masalah pengeluaran wang mereka. Tindakan itu diambil setelah masalah masih tidak dapat diselesaikan walaupun tiga perjumpaan diadakan bersama Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
"Kita tak ada pilihan. Jadi kita nak jumpa perdana menteri dan mahu minta dia campur tangan. Dia kata rakyat didahulukan. Kita akan tunggu di sini sampai dapat berjumpa perdana menteri," katanya.

Pada Februari lalu, empat pengarah Bestino dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas 322 tuduhan pengubahan wang haram RM156.2 juta dan lima tuduhan menerima deposit tanpa lesen.

Bank Negara pula merampas aset syarikat itu di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2011 (AMLATFA) berjumlah RM24.2 juta sebagai bahan bukti.

Sebanyak RM411 juta wang dilaburkan oleh 6,764 pelabur dalam Skim Bestino.


BERNAMA melaporkan Bank Negara Malaysia akan mempercepatkan siasatan ke atas syarikat urus niaga emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd, dalam usaha menyelesaikan segera perkara itu.
"Kami mempercepatkan kesemua siasatan agar kami dalam menyelesaikannya dengan segera.Kami tahu yang ramai penyimpan dan pelabur mahu tahu kesudahannya, jadi, kami akan mempercepatkannya sebaik mungkin," kata gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz kepada pemberita di luar majlis Kongres Insurans Asia Timur ke-26 di Kuala Lumpur.
Pada 1 Oktober, pasukan polis, Bank Negara dan Suruhanjaya Syarikat-syarikat Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah membuat serbuan ke atas Genneva dan sekutunya di dalam negara kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan.
Tiga syarikat lain, Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd, turut diserbu.

Blog Archive

tambah panas

Followers