Wednesday 31 October 2012

Kondo Batu Caves Kerja Samy Vellu

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembinaan dua blok kondominium 29 tingkat berhampiran Kuil Sri Subramaniar Swamy itu mendapat kelulusan MIC dan Umno pada 2007.
Beliau menempelak pemimpin MIC kerana menipu rakyat India, malah meletak kesalahan ke atas Kerajaan Selangor.
Mendedahkannya pada ceramah Merdeka Rakyat Kuala Langat malam tadi, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu individu yang bertanggungjawab meluluskan Kondominium Batu Caves itu.
“Samy Vellu buat tunjuk perasaan, padahal dia yang luluskan projek pada 2007, Lepas itu mereka cabar Menteri Besar hentikan pembinaan, ingat Tuhan dia tidak tahu? Sudahlah tipu rakyat, Tuhan pun dia nak tipu,” kata Ketua Pembangkang.
“MIC dah dapat duit hasil penjualan tanah kuil dan luluskan projek yang menyalahi peraturan alam sekitar dengan ketinggian 29 tingkat, sekarang nak lepaskan diri tuduh kita pula, nak suruh kita bayar. Kepada rakyat India, usahlah sokong lagi pemimpin penipu seperti ini,” kata Anwar.
Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar menjelaskan, kelulusan pembinaan kondominium itu dikeluarkan oleh pihak majlis pada 31 Mei 2008 manakala ahli majlis baru di bawah Pakatan mengangkat sumpah pada 5 Julai 2008.-KD


Blog Archive

tambah panas

Followers