Tuesday 29 May 2012

Syed Zainal Abidin tinggalkan Proton

Proton Holdings Bhd hari ini mengesahkan peletakan jawatan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir sebagai Pengarah Urusan Kumpulan, berkuat kuasa 4 Julai, 2012.
Susulan peletakan jawatan Syed Zainal, Pengerusi Eksekutif, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, akan meneruskan kepimpinannya dalam menerajui syarikat.
Syed Zainal telah bersama dengan Proton lebih enam tahun. Beliau memutuskan untuk meninggalkan Proton atas kehendaknya sendiri bagi meneruskan minatnya kata pengeluar kereta nasional itu dalam satu kenyataan.
Syarikat itu juga mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangan Azhar Othman, berkuat kuasa 6 Julai.- Bernama

Monday 28 May 2012

Dr Haron Din selamat jalani pembedahan jantung.


(Gambar: Kepulangan Datuk Dr Haron Din disambut ramai kalangan penyokong PAS dan anggota Darus Syifa)


Dr Haron Din, melakukan pembedahan di Stanford Hospital & Clinics, San Francisco, California, Amerika Syarikat (AS) pada 2 April lalu dan selamat tiba ke tanah air 13 Mei lalu. 
Datuk Dr. Haron, mendapat rawatan sejak 18 Mac lalu dirawat oleh Pakar Bedah Jantung, Dr Robert C Robbins.
Bagi mempercepatkan proses pemulihan dan penyembuhan, doktor menyarankan supaya beliau memakan sarang burung layang-layang. Sarang burung yang dibuat sup ketika berada AS, terus diamalkannya sehingga sekarang.
Untuk sementara waktu ini, beliau perlu membuat rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN). 

kereta Wartawan Sinar Harian dinaiki hantu

misteri lembagaImej lembaga wanita dari jarak dekat.“Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni,” jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang.

Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu.

Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya.

Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera.

Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan.

Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan.

Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai
lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang.

Sementara itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak mahu dikenali berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok.

Menurutnya, beberapa tahun lalu polis ada menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam gaung berhampiran.

“Ramai pengguna jalan itu menjadi mangsa gangguan lembaga berkenaan. Lembaga itu pernah duduk di belakang penunggang motosikal, saya juga pernah nampak lembaga itu berada di atas bumbung kereta yang datang dari arah bertentangan.

“Sememangnya jalan itu tidak dilalui oleh kenderaan pada lewat pagi terutama ketika hujan renyai atau lebat,” katanya.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim juga tidak menafikan kewujudan lembaga itu yang sering mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan Bukit Lengkok menjelang lewat pagi.

“Jalan itu tidak sesuai digunakan pada waktu Subuh terutama ketika hujan. Ini kerana terlalu banyak kejadian kemalangan berlaku di sekitar kawasan itu disebabkan keadaan jalan di situ sempit dan bengkang-bengkok.

"Saya menasihatkan pengguna supaya menggunakan lebuh raya Butterworth Kulim Express (BKE) untuk pergi ke Pekan Kulim dan jangan mengunakan jalan Bukit Lengkok sebagai jalan pintas walaupun ia lebih dekat,” katanya.

Friday 25 May 2012

Gambar Pelakon wanita popular baru balik umrah mabok sampai tersingkap seluar dalam


pelakon terkenal Nora Danish (bertopi).....

Samseng Umno Lembah Pantai yang menyerang ceramah PKR dilembah Pantai malam tadi dikenali

Samseng Umno yang melempar batu, telur dan botol hingga menyebabkan beberapa penyokong Pakatan Rakyat cedera di ceramah malam tadi di Lembah Pantai dikenal pasti .
Menurut Pengarah Operasi Jentera Pilihan Raya KEADILAN Lembah Pantai, Md Zaman Md Tasi, tindakan biadap itu dilakukan oleh Pemuda Umno kawasan berhampiran.
“Saya mengenal pasti mereka adalah Pemuda Umno. Saya merupakan penduduk Lembah Pantai dan mustahil saya tidak mengenali mereka,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN tengahari tadi.Dengan upah RM20 kepada samseng-samseng didikan Umno itu membuktikan mereka sanggup mempergunakan anak-anak muda demi politik kotor mereka,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di hadapan lebih 1,000 penyokong di perkarangan Flat Pantai Permai, Lembah Pantai malam tadi.
Provokasi yang sengaja dicetuskan Umno malam tadi bukan sahaja mengganggu penyokong tetapi turut mensasarkan Anwar kerana baru 30 minit beliau berucap, insiden baling objek mula berlaku.
Akibatnya, seorang warga emas dilempar batu menyebabkan kepalanya berdarah diusung penyokong lain dari tapak ceramah dan dibawa ke hospital dalam keadaan separa sedar.
Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nurul Balqis turut terkena lontaran batu sebesar kira-kira penumbuk tangan sewaktu Anwar berucap.
Malah, ceramah Umno yang sengaja diadakan lebih kurang 20 meter daripada tapak ceramah KEADILAN itu juga antara usaha Umno mengganggu ucapan pemimpin Pakatan Rakyat.
“Apa yang dia boleh buat, dia ada wang. Dia boleh bayar RM20 untuk pemuda jadi seperti itu. (sambil menunjuk ke arah samseng Umno).
“Dia ugut, kalau dia ingat dia nak baling batu, baling telur, dia ingat nak bagi kita lari semua?” soal Anwar disambut jawapan tidak oleh penyokong.
Tambah Anwar, sepatutnya anak muda harus sedar mereka semua hanya diperalatkan Umno.
“Ingat, dia ambik RM200 juta, dia bayar anak muda RM20 sahaja, ini keadaan sekarang.
“Kalau nak jadi pemimpin negara, jadikan anak Cina, India juga seperti anak kamu. Ini anak Najib, anak dia, anak lain anak 1Malaysia. Maka jeritlah kamu dah dapat RM20,” kata beliau disambut sorokan gemuruh penyokong.
Sepanjang ceramah itu juga, Anwar sempat menenangkan penyokong daripada terjebak provokasi oleh samseng Umno.
“Saudara jangan lupa bahawa malam ini adalah saksi, ini cara Umno dan Pemudanya, tiada akhlak, sabar-sabar…,” katanya yang tidak takut dengan ancaman samseng upahan itu yang disifatkan seperti cicak mengkarung.
Seawal 8.00 malam lagi, pelbagai usaha provokasi dirancang Umno dengan mengupah samseng-samsengnya menyekat jalan dan mengibarkan kain rentang mengutuk Pakatan Rakyat dan Anwar.
Sekumpulan samseng kira-kira 30 orang itu memakai baju merah dengan mengibarkan bendera selain sengaja menjerit dan memaki hamun orang ramai yang mahu ke ceramah anjuran Parlimen Lembah Pantai itu.
Lebih daripada itu, kumpulan penceramah anjuran Umno tanpa segan silu memaki, mencarut dan memfitnah Anwar.
Antara panel jemputannya, Ummi Hafilda Ali yang sinonim dengan sikap jeliknya apabila menyampaikan ceramah dengan mengaitkan isu liwat, seks dan sebagainya.

Wednesday 23 May 2012

Rahim King (bekas pegawai khas Mahathir) meninggal dunia

Datuk Abdul Rahim Dahalan, yang pernah menyertai ekspedisi payung terjun di Kutub Utara pada 2007, meninggal dunia di kediaman adiknya di Kampung Tengah, Kluang, Johor pada 5.45  5.45 petang tadi.
Adik Allahyarham, Ramlan Ibrahim memberitahu Bernama abangnya yang berusia 65 tahun itu menghembuskan nafas terakhir di sisi anggota keluarga akibat sakit jantung.
Allahyarham, yang turut dikenali sebagai “Rahim King”, pernah bertugas sebagai pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ramlan berkata jenazah abangnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tengah Kluang selepas solat Zohor esok.
Dr Mahathir dijangka menziarahi jenazah Abdul Rahim dan keluarga arwah kira-kira 10 pagi esok, kata Ramlan.
Beliau berkata jenazah akan ditempatkan di masjid berhampiran bagi membolehkan saudara-mara serta sahabat handai memberi penghormatan terakhir, dan urusan pengkebumian dibantu oleh Kementerian Pertahanan. – Bernama

Tuesday 22 May 2012

bekas pendakwaraya liwat 2 Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin jadi peguambela Anwar dalam kes tuduhan Bersih 3 pagi ini

Bekas peguamcara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden - yang mengetuai pasukan pendakwa dalam kes Liwat 11 terhadap Anwar - kali ini bersama peguam kanan Karpal Singh dalam pasukan peguambela ketua pembangkang itu. Mohd Yusof meletak jawatan dari Jabatan Peguam Negara pada akhir perbicaraan kes liwat tersebut.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dengan Timbalan Presiden, Azmin Ali dan bekas ahli majlis pimpinan pusat, Badrul Hisham Shaharin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan mengambil bahagian dalam protes jalanan,  di bawah Akta Perhimpunan Aman.
Anwar bersama dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Mahkamah Sesyen 5 pada jam 9.15 pagi.

Hakim mengarahkan ikatjamin RM500 dan menetapkan 2 Julai depan untuk sebutan semula kes tersebut.
Sementara itu, Azmin yang diwakili oleh peguam Sivarasa Rasiah dan Gurcharan Singh, dan Badrul Hisham, yang diwakili oleh peguam Latheefa Koya, juga telah dikenakan ikatjamin RM500 jamin setiap
satu. 
 PKR menyifatkan tindakan kerajaan mendakwa tiga pemimpin parti itu termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara pagi ini sebagai satu tindakan terdesak yang bermotifkan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)."Peguam Negara sekali lagi bertindak atas perintah  Barisan Nasional. Selepas gagal dalam usaha menghalang Anwar Ibrahim dalam kes tuduhan liwat, mereka cuba sekali lagi," kata anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, R. Sivarasa dalam satu kenyataan.

Menteri Rais Yatim kebingungan

Kebingungan atau kebangangan! itulah yang berlaku pada menteri penerangan yang tak terang hati ini...Rais Yatim....
Sipembakar jambatan ini mahu menyedapkan hati sendiri...malangnya ia menampilkan kebodohan melampau pada dirinya. Alangkah malang seluruh masyarakat dunia tidak salah perhitungan atau paling kurang kurang tepat  perhitungan..namun menteri tua ini terus silap dalam menghitung. Menteri Umno ini sengal bukan kepalang bilamana kenyataannya betul-betul tak sanggup untuk dibaca.
Sinar Harian dalam laporannya: 
Perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara bulan lepas disertai oleh 22,270 orang dan bukan ratusan ribu seperti yang didakwa pembangkang, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini.Beliau berkata, rumusan tentang jumlah mereka yang menyertai perhimpunan pada 28 April itu dibuat oleh Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dengan menggunakan sistem blok fotografi.
Sebagai Menteri Penerangan Rais menonjolkan dasar kerajaan Umno yang sering mencari helah menipu rakyat.

Monday 21 May 2012

Rumah Che'gu Bad diserbu 32 polis serah waran

Badrul Hisham Shaharin memberitahu melalui twitternya  sebanyak tujuh kenderaan polis dengan lebih kurang 32 anggota menyerbu ke rumahnya dekat sini kira-kira 30 minit lalu.
Menurut kiriman twitter beliau, anggota terbabit kemudian menyerahkan waran meminta beliau hadir ke Mahkamah Jalan Duta esok pada jam 9.00 pagi.
“7 buah kenderaan polis tiba dengan lebih kurang 32 anggota ke rumah, serah ‘waran’ esok akan dihadapkan ke Mahkamah Jalan Duta 9 pagi,” katanya 

Anwar Ibrahim dan Azmin Ali diseret kemahkamah esok

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali akan menjadi orang pertama yang akan dikenakan tuduhan di bawah 'seksyen 4 2 c  Akta Perhimpunan aman' dimana mereka  telah melanggar perintah mahkamah sekatan orang ramai dari berhimpun di Dataran Merdeka pada 28hb April. 
Anwar dan Azmin telah dituduh mengetuai melanggar benteng di dataran merdeka  selepas klip video menunjukkan kedua-duanya bertukar-tukar isyarat tanganhanya beberapa saat sebelum halangan yang telah diketepikan olehTimbalan Ketua PKR Rasah  R Thangam.
Mereka akan di hadapkan kemahkamah esok.

Pagar rumah PM Najib Putrajaya dirempuh polis mabuk?

Pagar kediaman rasmi Perdana Menteri di Presint 10, Putrajaya dirempuh oelh sebuah kenderaan proton satria yang dianaiki oleh lima orang anggota polis pada jam 5 pagi semalam. 
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, awal tidak menolak kemungkinan mereka mengantuk atau memandu di bawah pengaruh alkohol, bagaimanapun kita akan meneliti rakaman kamera litar tertutup di kawasan kediaman itu terlebih dahulu bagi menyiasat punca sebenar kejadian.
Menurutnya, dua mangsa, masing-masing mengalami patah hidung dan patah kaki, tiga lagi cedera ringan.kini menerima rawatan di Hospital Putrajaya.“Polis akan mengambil keterangan daripada mereka dalam masa terdekat,” katanya. SH

Friday 18 May 2012

NONELans Koperal Mohd Khairul Asri Mohd Sobri, 30, dan Konstabel Shahrul Niza Abd Jalil, 24, 2 orang anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini,  kerana tuduhan melakukan kesalahan kekasaran terhadap jurugambar Guang Ming Daily, Wong Onn King, 33.sewaktu himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.Mohd Khairul Asri, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tanjung Malim, Perak manakala Shahrul Niza, dari IPD Dang Wangi.
Mereka didakwa bawah Seksyen 350 Kanun Keseksaan  yang membawa hukuman maksimum penjara tiga bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.kerana menggunakan keganasan jenayah terhadap Wong. Menurut dakwaan Khairul dan Shahrul Niza, bersama dua orang lain yang masih belum dikenal pasti, menyerang Wong di simpang Jalan Tun Perak dan Jalan Raja di antara jam 5.20 dan 5.30 petang pada 28 April.

Majistret Zulkipli Abdullah membenarkan mereka diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.Mahkamah juga menetapkan 18 Jun depan untuk sebutan kes. Kedua-dua anggota polis dilihat membayar jaminan tersebut.

Hero Hindustan Shah Rukh Khan buat kecoh dan tunjuk samseng


KECOH… bintang filem Bollywood, Shah Rukh Khan (kanan) mencetuskan kekecohan dengan para pengawal keselamatan di Stadium Kriket, Wankhede Mumbai, India, Rabu lalu. Pelakon itu juga diharamkan daripada menjejakkan kaki ke stadium berkenaan seumur hidup kerana melanggar peraturan apabila membawa sekumpulan remaja termasuk anak perempuannya Suhana turun ke padang selepas berlangsungnya satu perlawanan kriket. Gambar AFP

Thursday 17 May 2012

Menteri Wilayah Persekutuan Raja Nong Chik ada skandal RM30juta


Pada 24hb Ogos 2010, sebuah syarikat dengan nama Istijuara Sdn Bhd telah diberikan kontrak kerajaan yang berjumlah RM30, 800,000 oleh Kementerian Belia dan Sukan.


Istijuara Sdn Bhd dimiliki oleh Raja Nong Chik Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Bandar.  
Syarikat itu, yang ditubuhkan hampir 20 tahun lalu apabila Raja Farhana anak Nong chik penama syarikat masih di darjah satu, mempunyai kerugian dibawa ke hadapan berjumlah kira-kira suku juta RM dan liabiliti semasa kira-kira RM400, 000  terhadap aset semasa..

Pendedahan lebih lengkap dengan lebih banyak dokumen sila lihat di ( SINI )

Tuesday 15 May 2012

Tunku Abdul Aziz keluar DAP


Tunku Abdul Aziz keluar DAP"Saya fikir sudah sampai masa bagi saya mengambil pendirian tegas mengenai kedudukan saya dalam parti.
"Saya akan berhenti daripada menjadi ahli DAP  ," kata Naib Pengerusi Senator Tunku Abdul Aziz hari ini ketika ditemu bual NTV7 malam tadi.
Keputusan itu diumumkan ekoran pandangan beliau tentang Bersih 3.0. dan perbezaan pendirian dengan pemimpin-pemimpin kanan parti tersebut sejak kebelakangan ini.
 Naib Pengerusi Senator Tunku Abdul Aziz hari ini mengumumkan keluar dari DAP dan akan memaklumkan parti  mengenai keputusan letak jawatan .

Monday 14 May 2012

Janda Ajai, Nurul Wahab kahwini lelaki Perancis


Penyanyi Nurul Wahab, 35, mula mengedarkan kad undangan perkahwinannya bermula Isnin untuk majlis yang akan berlangsung pada 6 Jun depan di Duchess Place, Jalan Ampang, KL
Majlis tersebut akan diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat termasuklah pihak media dengan jumlah tetamu yang terhad.
Nurul dan bakal suaminya, Eric Daniel Depp, 47, seorang warganegara Perancis akan melalui upacara akad nikah kira-kira pukul 11 pagi dan bersanding selepas majlis tersebut diikuti dengan jamuan makan tengah hari.

CEO Yahoo letak jawatan guna ijazah palsu




CV palsu, CEO Yahoo letak jawatanKetua Eksekutif Yahoo, Scott Thompson meletakkan jawatan semalam ekoran dakwaan bahawa beliau menggunakan ijazah sains komputer palsu dalam vitae kurikulum (CV).
Thompson berhadapan dengan tekanan sejak aktivis Daniel Loeb dari Third Point mendakwa beliau menggunakan ijazah palsu dalam CVnya.
Yahoo sebelum ini mengakui pihaknya sedar yang Thompson tidak ada ijazah dalam jurusan sains komputer.

Friday 11 May 2012

mesyuarat EGM majlis peguam lulus usul kutuk keganasan polis

Seramai 1,270 anggota Majlis Peguam Malaysia hadir ke EGM petang tadi dengan 939 menyokong dan hanya 16 orang menolak usul tergempar mengutuk dakwaan keganasan polis sewaktu himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.
Majlis Peguam menuntut Menteri Dalam Negeri Datuk seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memohon maaf kepada rakyat Malaysia di atas insiden itu.
Majlis Peguam Malaysia turut menuntut agar anggota polis yang melakukan keganasan dikenalpasti dan didakwa.
Resolusi yang diusulkan Presidennya, Lim Chee Wee  hari ini hasil daripada laporan pemerhatian 78 pemerhati dari Majlis Peguam sewaktu himpunan BERSIH anjuran gabungan 84 NGO itu.
.

Yang nak buat demo bantah tol batu 3 Pakatan Rakyat, tiba-tiba hari ni Umno pulak dah buat.....


KIRA-kira 200 ahli Umno bahagian Shah Alam mengadakan bantahan berhampiran tol Sungai Rasau bagi menggesa Kerajaan dan pihak berkaitan supaya memansuhkan tol berkenaan di Shah Alam, Jumaat. Mereka turut menggesa supaya tol di Batu Tiga, Shah Alam dimansuhkan


Timbalan Ketua Umno Shah Alam dan Penyelaras BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga, Zulkurnain Md Ruslan berkata “Saya berharap Kerajaan, bersempena dengan sambutan ulang tahun Umno ke-66 akan mempertimbangkan cadangan untuk memansuhkan kedua-dua tol,” katanya kepada pemberita.

Thursday 10 May 2012

Rahim Noor nafi kata Nik Aziz 'bapa kafir'

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor melalui satu kenyataan yang disiarkan oleh blog Malaysia Today menafikan beliau mendakwa Menteri Besar Kelantan itu sebagai 'bapak kafir'.

Menurut Rahim, apa yang beliau katakan hanya sikap para pemimpin PAS termasuk Nik Aziz dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang menggunakan hujah agama untuk melawan Umno.Menurut Rahim dalam penjelasan bertulisnya , beliau ditemubual melalui telefon oleh wartawan NST.

Rahim juga menjelaskan, beliau tidak pernah mengatakan Nik Aziz adalah 'political animal' kerana istilah yang beliau gunakan adalah 'political creature'.


digari dan dipukul polis- laqi pengakuan mangsa kekejaman polis

 
Perhimpunan Bersih 3.0 sudah bersurai, Mohd Anuar Sulong berjalan kaki menuju ke tempat parkir kereta lalu didatangi kira-kira sepuluh anggota polis terus membelasah beliau,  hampir 5.00 petang waktu itu200 meter sebelum sampai ke tempat kereta, beliau ditanya polis mahu ke mana, lalu Anwar memberitahu beliau mahu balik ke Terengganu.
"Bila polis dengar saya nak balik Ganu, polis tu menjerit 'Terengganu oi', lalu sekumpulan polis datang ke arah saya terajang belakang dan belasah saya, saya tersungkur," katanya sebagaimana dipetik dari video Jabatan IT Negeri Terengganu. "Polis bertalu-talu tumbuk muka saya. Saya tunduk. Mereka sepak perut pula, waktu itu juga saya rasa sesuatu yang keras mungkin cota dihentak di leher saya. Saya tidak sedar dalam beberapa minit," luahnya.
Menceritakan pengalaman ngerinya dibelasah polis ketika perhimpunan Bersih 3.0 kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berkunjungan ke rumahnya di kampung Padang Kabar, Marang, Terengganu, semalam (gambar atas) bagaimanapun beliau bersyukur kerana Allah masih melindunginya.

Dalam menceritakan detik-detik sejarah hitam buat mangsa polis, Anuar melahirkan kekecewaan apabila pihak polis bertindak memukul orang ramai apabila perhimpunan itu sudah bersurai.
Ekoran insiden dipukul polis tempoh hari beliau mengalami luka dalaman di bahagian tibia (tulang kering) menyebabkan ia berdenyut apabila berdiri agak lama.
 "Saya kena membuat rawatan selanjutnya, kena toreh buang nanah di tulang kering, bimbang nanah merebak ke tulang. Alhamdulillah tulang saya tidak retak," ujarnya.

PBB : tiada kelulusan dan piawaian untuk Polis guna gas pemedih mata


 Dr Lin Mui Kiang, penyelarasan pakar PBB bagi Malaysia, seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menafikan bahawa badan antarabangsa tersebut terlibat dalam ‘meluluskan’ senjata seperti gas pemedih mata sebagai reaksi kepada dakwaan kerajaan Malaysia bahawa gas pemedih mata yang digunakan dalam Bersih 3.0 adalah diluluskan PBB.


“PBB tidak menetapkan piawai antarabangsa terhadap sebarang jenis bahan iritasi, atau meluluskan ‘CS Gas’ sebagai bahan pengawal rusuhan,” kata Dr Lin Mui Kiang
Beliau merujuk kepada satu laporan oleh akhbar milik MCA, The Star yang memetik Ketua Penolong Pengarah Jabatan Logistik (Persenjataan), ACP Syed Mustafa Raja Syed Nordin sebagai mempertahankan penggunaan gas pemedih mata, bom gas pemedih mata, kanister gas pemedih mata dan semburan lada di perhimpunan Bersih 3.0.

"Kesemuanya diimport dari Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Switzerland serta mematuhi piawaian antarabangsa yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Alat ini mengandungi 'gas CS' yang diluluskan oleh PBB sebagai ejen kawalan rusuhan. Kebanyakan negara mengesahkan penggunaan gas ini tidak membawa maut," beliau dipetik sebagai berkata.
 
Mengutuk kekurangan profesionalisme oleh media perdana Malaysia dan pegawai awam, Lin turut melahirkan rasa kesal bahawa PBB tidak dirujuk terlebih dahulu sebelum The Star membuat laporan tersebut, yang disifatkan beliau jauh tersasar daripada ketepatan maklumat.

Beliau mengingatkan walaupun dalam situasi di mana kekerasan dan senjata perlu digunakan, pihak berkuasa mestilah bertindak secara terkawal, minimakan kerosakan dan kecederaan, hormat dan lindungi nyawa.
Kerajaan Barisan Nasional terdahulunya telah menolak tawaran seorang pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Frank William La Rue,  untuk menyiasat Bersih secara objektif. 

polis wanted DESAK ANGGOTA POLIS TERLIBAT JENAYAH KETIKA MENGENDALIKAN #BERSIH 3.0 TAMPIL DAN SERAH DIRI




MEMORANDUM
KEPADA       :           POLIS DIRAJA MALAYSIA
DARIPADA  :            SOLIDARITI ANAK MUDA SAMM (SAMM)
DAN 28 PERGERAKAN ANAK MUDA SERTA MAHASISWA
TARIKH         :           7 MEI 2012

TAJUK           :           DESAK ANGGOTA POLIS TERLIBAT JENAYAH KETIKA MENGENDALIKAN #BERSIH 3.0 TAMPIL DAN SERAH DIRI
Pada 28 April 2012 yang lepas telah berlansung himpunan rakyat Malaysia terbesar dalam sejarah negara. Lebih 250 ribu orang secara sukarela telah datang ke Kuala Lumpur untuk menuntut hak warga untuk punya proses pilihanraya bersih, bebas dan adil. Himpunan ini berlansung dalam suasana penuh festival aman dan meriah dalam mood bantahan yang jelas. Sehinggalah peristiwa insiden tembakan air kimia dan gas pemedih mata di jalan raya berhampiran Dataran Merdeka berlaku.

Kalau ada pun kesalahan ialah kerana halangan (barricade) polis telah ditolak itupun turut melibatkan beberapa individu yang meragukan dan disyaki TURUT LIBATKAN anggota polis berpakaian biasa. Perintah mahkamah iaitu melibatkan kawasan padang (hijau) Dataran Merdeka tetap jauh dan tidak dimasuki. Adakah dengan hanya menolak halangan dan kemudian berundur menghalalkan tindakan ganas polis melakukan tindakan ‘membabi buta’ mengganas di hampir seluruh bandaraya Kuala Lumpur selepas itu?

Polis segera dengan kerjasama media serta pimpinan regim penguasa terus memburukan penganjur dan orang awam terlibat dengan perbagai tuduhan. Polis juga telah menyenaraikan puluhan malah dijangka ratusan akan disenaraikan orang awam sebagai orang yang dikehendaki. Kita tidak menghalang proses keadilan untuk berlaku jika benar terdapat unsur jenayah.

Namun, bagaimana dengan anggota polis yang turut terlibat dengan kegiatan keganasan dan jenayah yang berlaku ?
SAMM dan 28 organisasi massa muda dan mahasiswa dengan ini mendesak :
1.      PDRM  tampil memberikan penjelas mengenai
a.       kewujudan ramai anggota polis menyamar sebagai demonstran, sila nyatakan berapa jumlah dan dedahkan siapa mereka ? Jika tidak maka kita tidak boleh menolak cakap – cakap dikalangan awam dimana polis menghantar anggota dikalangan demonstator sebagai agen provokasi.
b.      bagaimana gambar – gambar di kawasan kawalan ketat polis digunakan oleh blogger – blogger pro regim penguasa, adakah polis membenarkan dan melindungi blogger pro regim penguasa pada hari tersebut dan dalam pada masa yang sama mengasari dan mencuri kad memori wartawan yang bertugas ? atau polis berkongsi bahan yang mereka perolehi dengan blogger pro umno ?
2.      PDRM harus melakukan siasatan
a.       Khabar angin kononya ada anggota polis yang mati telah menjadikan polis bertindak diluar batasan. Ini dimulakan oleh cybertrooper pro regim. Yang bertanggungjawab memulakan khabar angin dengan tujuan untuk memperdaya semua anggota bertugas pada hari tersebut harus dihukum jika tidak jelas ia satu yang dirancang untuk memperdayakan semua anggota pada hari tersebut.
3.      Semua kegiatan ganas dan jenayah yang dilakukan oleh anggota harus disiasat dan diambil tindakan. Adalah satu lawak jenaka apabila atasan PDRM bersungguh menyiarkan foto senarai orang awam untuk serah diri tetapi seolah tidak punya rekod anggota sendiri yang mengganas pada hari tersebut. Antara kesalahan yang dilakukan secara jelas dan ada beribu rakaman video dan gambar dan seumpamanya ialah :
a.       Secara sengaja merosakkan harta benda awam termasuk menembak gas pemedih mata ke kedai dan kenderaan. Ada ramai saksi menyaksikan bagaimana polis merosakkan gerai – gerai peniaga yang ditutup contohnya di sekitar Masjid India.
b.      Memukul secara beramai – ramai dan bertalu – talu orang awam yang ditahan walaupun tidak melawan termasuk menggunakan senjata tumpul.
c.       Mencuri barangan orang awam seperti wang tunai, kamera, memori kad, telefon bimbit dan lain – lain
d.      Memaki hamun dengan penuh sifat anti perkauman dan permusuhan agama secara sengaja terhadap orang awam yang ditahan.
e.       Menahan orang ramai ketika sedang makan, di dalam hotel, perkarangan rumah ibadat dan dalam perjalanan pulang.
f.       Polis menghalau orang ramai yang sedang makan jelas merugikan peniaga kerana ramai terpaksa beredar tanpa sempat membayar makanan.
g.      Menghalakan senjata kepada orang awam termasuk orang biasa yang tidak terlibat, orang tua, wanita dan kanak – kanak.
h.      Ada kes sekeluarga ibu, bapa dan anak – anak ditahan di hotel hanya kerana menimpan pakaian kuning.
i.        Ada juga laporan beberapa kes orang awam yang membonceng motosikal dan memandu motokar ditahan beramai – ramai ditengah jalan ditarik keluar kenderaan, kenderaan dirosakkan dan mereka dipukul hanya kerana mereka berpakaian kuning walaupun dalam perjalanan untuk balik.
j.        Tindakan juga harus diambil kepada anggota yang gagal mengawal kenderaan atau secara sengaja memandu dengan melanggar orang awam
4.      Polis dan orang awam adalah mangsa pada hari tersebut.
a.       Semua operasi pada hari 28 April 2012 diakui oleh beberapa pimpinan regim termasuk Menteri Dalam Negeri dipantau sepenuhnya, maka semua yang berlaku adalah dalam kawalan penguasa.
b.      Orang awam yang hadir lebih 250,000 orang, (ada sumber menyebut) kekuatan anggota polis pada hari tersebut ialah kira – kira 10,000 orang. Bayangkan akibatnya jika sememangnya dirancang untuk merusuh ? tetapi yakinlah ia hanya untuk menyatakan bantahan secara aman dan tidak lebih dari itu.
c.       Polis bukan musuh orang awam sebegitu juga orang awam sepatutnya bukan musuh polis. Dalam kes 28 April, Polis dan orang awam adalah mangsa regim penguasa yang takut dengan bayang – bayang sendiri. Jika sejak dari awal kalau Dataran Merdeka dibenarkan diguna, maka keadaan akan aman berkumpul dan bersurai dan anggota polis juga tidak terseksa bertugas begitu teruk. Lihat sahaja demonstrasi Anti Lynas di Kuantan semua mampu dikawal dan aman.
d.      Anggota polis bertugas juga perlu sedar sememang dirancang mereka dimangsakan. Apa keperluan untuk anggota polis bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan dengan melalui ribuan orang awam yang sedang marah kerana baru sahaja ditembak dengan gas pemedih mata, ada pergerakan tanpa keperluan dan kawasan tersebut jelas boleh dielakkan ? Disyaki arahan untuk anggota polis bergerak itu sengaja dibuat untuk menjadikan anggota polis tersebut sebagai umpan. Ini satu penghinaan oleh atasan kerana menjadikan anggota polis mangsa pada hari tersebut.

Kesan terhadap kejadian 28 April amat dalam. Imej PDRM dan orang awam begitu terjejas. Ini semua angkara regim penguasa. Suasana ini tidak bagus untuk negara. Semua harus sedar bahawa apa yang berlaku ialah ramai anggota polis diperdaya untuk bertindak sedemikian rupa, termasuk di’ brainwash’ dengan perbagai fakta songsang pro regim penguasa. Keadaan harus diperbaiki segera jika tidak hari 28 April itu yang harus dikenang dari aspek positif sebagai #Hari Merdeka Rakyat  tetapi jika tidak diperbaiki imejnya maka ia akan dikenang sebagai #Hari Rusuhan Polis.

Dengan ini SAMM dan 27 ormas muda serta mahasiswa Malaysia juga terpaksa untuk mula menyenaraikan gambar – gambar anggota polis yang telah diperdaya oleh regim penguasa untuk bertindak diluar batasan undang – undang untuk tampil menyerah diri. Jika tidak ada penjelasan dan tindakan serius dari pihak atasan PDRM atau regim penguasa sendiri, kami tidak teragak – agak untuk membuat edaran awam dengan menyenaraikan anggota yang terbabit dalam risalah dan poster.

Akhir sekali ditegaskan polis / anggota keselamatan bukan musuh kita yakinlah polis juga mangsa diperdaya regim penguasa untuk bertindak sedemikian rupa. Mengajak seluruh anak muda untuk bersama untuk sama membaiki imej hubungan orang awam dan agensi keselamatan utama negara ini.

Isu keganasan anggota polis yang diperdaya dan dipergunakan oleh regim penguasa ini juga tidak seharusnya melarikan fokus rakyat Malaysia bangkit untuk menuntut pilihanraya bersih, bebas dan adil. Tuntutan rakyat jelas bersihkan daftar pemilih sebelum pilihanraya umum berlansung. Proses pembersihan SPR harus dimulakan dengan pemecatan atau perletakan jawatan Pengerusi SPR dan Timbalanya yang jelas ahli Umno. Mana ada dalam dunia pengendali pilihanraya ahli parti politik. Jika ini tidak diendahkan maka bersedialah untuk mopbilisasi rakyat lebih besar lagi.

che’GuBard (Badrul Hisham Shaharin)
Solidariti Anak Muda Malaysia
email : chegubard@gmail.comwebsite : www.anakmudamalaysia.comblog :http://chegubard.blogspot.com
Organisasi Masyarakat (Ormas) Muda dan mahasiswa yang turut mendokong memorandum ini
2. Malaysia Youth and Students Movement (DEMA)
3. Kumpulan Anak Muda Independen (KAMI)
4. LimaPulohB Kolektif (50B)
5. Diskopi Kolektif
6. Angkatan Rakyat Muda
9. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
10. Pemuda Sosialis
11. Kelab Mangsa PTPTN
12. Free Public Forum (FPF)
13. Civil Society Committee LLG
14. Sunflower Electoral Education (SEED)
15. Distrobuku Kolektif
16. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
17. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)
18. Legasi Mahasiswa Progresif (LMP)
19. Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)
20. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya
21. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia
22.Pro-Mahasiswa Nasional
23. Kelab Rakan Islah Malaysia
24. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
25. Sisters in Movement
26. Sinergi Gerakan Mahasiswi
27.Majlis Pimpinan Mahasiswa Nasional
28. Institut Bangsar Utama (IBU)
29. Student Power Group




Solidariti Anak Muda Malaysia
email : solidaraitianakmuda@gmail
website : www.anakmudamalaysia.com

Blog Archive

tambah panas

Followers