Thursday 19 July 2012

Inspektor polis mengamok diseremban

Seorang inspektor polis didakwa telah memukul dua pekerja hotel dengan buntut pistol selepas bertengkar dengan salah satu pekerja di Seremban semalam.
NONE( video disini  (Bahagian 1,Bahagian 2))
Menurut Ahli Parlimen DAP Rasah, Anthony Loke, inspektor tersebut telah pergi ke hotel berkenaan pada awal pagi semalam dan menginap di sebuah bilik sebelum membeli ais krim dari hotel tersebut.

Dipercayai inspektor tersebut terbabit dalam pertengkaran dengan salah seorang pekerja hotel (yang memakai topi dalam video) mengenai harga ais krim, yang seterusnya membawa kepada kejadian tersebut.

Loke memberitahuMalaysiakini bahawa inspektor tersebut telah memukul pekerja berkenaan dengan buntut pistol dan menariknya ke sebelah lain hotel dan dipukul lagi.
Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Seremban Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan bahawa polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu.

Tuesday 17 July 2012

belum adalagi laporan liwat setakat ini - PDRM


Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mengesahkan masih belum ada sebarang laporan liwat dari seorang mahasiswa, mendakwa dia telah diliwat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar), sepertimana yang dilaporkan oleh sebuah blog semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, setakat ini, PDRM masih belum lagi menerima sebarang laporan mengenai pertuduhan liwat yang membabitkan ketua pembangkang itu.
"Setakat ini kami (PDRM) masih belum menerima sebarang laporan.
"Terima kasih," jawabnya ringkas ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.
Semalam sebuah blog yang dikaitkan dengan Umno melaporkan bahawa terdapatnya laporan polis oleh mahasiswa yang mendakwa diliwat oleh ketua pembangkang itu.
Pada 9 Januari 2012, mahkamah telah membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Susulan penghakiman bertulis itu, Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan dengan mengetengahkan sembilan alasan pada minggu lalu.
Percubaan The Malaysian Insider untuk menghubungi Anwar masih belum berjaya oleh kerana mantan timbalan perdana menteri itu kini berada di Jakarta, Indonesia.
Sebelum ini, blog tersebut seringkali menulis pertuduhan-pertuduhan yang tidak berasas menghentam pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dengan menggunakan perkataan lucah dan kesat.
Walaupun telah banyak laporan polis dibuat terhadap penulis blog tersebut, sehingga kini masih belum ada tindakan diambil penulis blog tersebut.-TMI

Monday 16 July 2012

DUIT BARU MALAYSIA


Bank Negara Malaysia telah pun mula mengedar wang kertas siri baru pada Isnin. Ia terdapat dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100. Wang kertas itu tampil dengan sentuhan warna terang dan bermotifkan ciri-ciri mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara


Gambaran depan-belakang lebih jelas









Sumber: BNM

Friday 13 July 2012

MUSA HASSAN: Kadar Jenayah meningkat. Kerajaan sorok fakta

Ketika kerajaan cuba memberitahu rakyat bahawa kadar jenayah negara ini berkurang, rakyat dikejutkan dengan kenyataan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan (gambar) bahawa ia sedang meningkat.

Beliau mendakwa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.

“Rakyat perlu tahu perkara sebenar, tidak perlu sorok-sorok tentang masalah jenayah.

“Sewaktu saya memikul tanggungjawab sebagai KPN dahulu, saya sering sebut tentang peningkatan kadar jenayah,” kata Musa dalam wawancara bersama The Malaysian Insider semalam.

Bekas KPN itu turut mengakui kadar jenayah di Malaysia pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan.

“Jika jenayah tak teruk, tak perlulah menteri-menteri dan orang kaya guna ramai ‘bodyguard’.

“Kerana banyak jenayahlah menteri-menteri dan orang-orang besar perlukan ‘bodyguard’,” kata Musa.

Musa Hassan telah berkhidmat untuk Polis Di Raja Malaysia (PDRM) selama empat dekad dan memimpin pasukan tersebut selama empat tahun semenjak tahun 2006 sebelum digantikan oleh Tan Sri Ismail Omar pada 13 September 2010.

Walaupun berlakunya kes serangan, rompakan dan penculikan, polis, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dan kementerian dalam negeri (KDN) mengeluarkan statistik kadar jenayah negara telah menurun semenjak kerajaan memperkenal Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Unit Pencegahan Jenayah Pemandu dalam majlis bersama media semalam — langkah untuk mengurangkan kerisauan orang ramai, menyatakan statistik kadar jenayah menurun sebanyak 10.1 peratus pada lima bulan pertama tahun ini.

Sebelum ini, Unit Pencegahan Jenayah Pemandu telah mengeluarkan angka untuk menunjukkan penurunan indeks jenayah sebanyak 11.1 peratus dari 2010 sehingga tahun lalu manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus pada tempoh sama.

Pemandu turut merayu agar media membantu mereka mengubah persepsi rakyat dan mendesak agar laporan seimbang diberikan.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Pemandu berkenaan statistik jenayah yang menurun, Musa mencadangkan kerajaan agar melantik pihak ketiga yang lebih bebas seperti universiti untuk memberikan data seperti statistik jenayah kerana mereka lebih bebas.

“Sewaktu zaman saya dulu, saya minta Universiti Sains Malaysia untuk keluarkan statistik jenayah.

“Ini turut dilakukan oleh pasukan polis di Amerika yang sering menggunakan universiti agar data yang diperolehi tepat dan tidak menyorokkan apa-apa fakta,” kata Musa lagi.

Menurut bekas KPN itu lagi, kadar jenayah diseluruh dunia meningkat akibat daripada kemerosotan ekonomi dunia akibat dariapada kemelesetan ekonomi yang berlaku di Eropah.

“Globalisasi menyebabkan sukar untuk sesebuah negara untuk mencegah berlakunya jenayah.

“Globalisasi menyebabkan ramai orang luar masuk ke Malaysia, yang kita tak tahu latar belakang dia, ‘especially’ dari Nigeria tentang kehidupan dadah mereka.

“Ini adalah diantara punca berlakunya peningkatan jenayah dalam negara,” kata Musa lagi.

Untuk mencegah masalah jenayah yang berleluasa hari ini, bekas KPN mencadangkan agar polis membuat penambahbaikan dari segi mengubah teknik dalam memerangi jenayah sekarang ini kepada ‘intelligence procurement’ atau ‘perolehan risikan’.

“Kita perlu mendapatkan maklumat-maklumat risikan terdahulu.

“Jika maklumat risikan polis bagus dari segi perolehannya, mempunyai hubungan rapat dengan penguatkuasa luar negara, maka kita boleh mengetahui awal berkenaan latarbelakang seseorang dan boleh memantau jika mereka penjenayah.

“Sama seperti dalam negara kita, kita perlu pantau geng-geng jahat dan penjenayah-penjenayah ni,” kata bekas KPN itu lagi.- HD

Tuesday 10 July 2012

SHASA SAIDIN (ELITE) BERCERAI PULAK DAH


Ikatan perkahwinan selama lima tahun antara bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin dan Salyo Priyanto terlerai selepas mereka sah bercerai pada Selasa.
Salyo, 37, seorang warga Indonesia melafazkan cerai dengan talak satu terhadap Sasha, 36, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak di sini, selepas kedua-keduanya bersetuju untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara baik.
Lafaz dibuat dihadapan Hakim Shaiful Azli Jamaluddin pada pukul 2.55 petang dan mahkamah yang menyabitkan lafaz cerai itu sebagai sah memerintahkan Sasha untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula hari ini.
Sasha dan Saylo dilihat menitiskan air mata sejurus lafaz cerai dibuat.
Pasangan terbabit mengambil keputusan tersebut atas alasan tiada lagi wujud kasih sayang dan persefahaman selain berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan.
Sebelum itu, ketika ditanya Sahiful Azli mengenai alasan plaintif (Sasha) ingin memohon cerai daripada suaminya, Sasha enggan mendedahkan sebab di dalam kamar sebaliknya meminta kebenaran mahkamah untuk memberikan nota sebab-sebab penceraian kepada hakim.
Pihak plaintif dan defendan (Salyo) juga memberitahu mahkamah mereka telah berusaha menyelamatkan keadaan rumah tangga mereka dan mengambil keputusan untuk bercerai kerana ia paling sesuai buat mereka.
"Berat hati saya untuk melafazkan cerai tetapi mungkin ini adalah yang terbaik buat kami berdua dan semoga kami berdua mendapat pengajaran dan hidayah daripada keputusan ini," kata Salyo.
Dalam pada itu, mahkamah turut memerintahkan Salyo untuk membayar edah sebanyak RM300 selama tiga bulan kepada Sasha dan pihak defendan bersetuju untuk memberikan nafkah anak sebanyak RM500 sebulan.
Sasha dan Salyo yang merupakan warganegara Indonesia telah berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang anak iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, berusia tiga tahun.
Sebelum perkahwinan itu, Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London, namun mereka berpisah empat tahun kemudian.-MS

Monday 9 July 2012

rakaman video polis tembak Pengamuk di JPM putrajaya





Pada 9/07/2012 jam l/kurang 1430 hrs bertempat di JPM KOMPLEKS B PUTRAJAYA Saspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai.

mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh polis bantuan.saspek lelaki telah meletakkan pedang samurai di leher SM polis bantuan di mana polis bantuan tersebut terpaksa membenarkan mereka masuk.bila berada di dalam perkarangan kompleks B kedua-dua saspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kerta HYUNDAI ACCENT Dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM.

anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat darinpusat kawalan daerah polis putrajaya.apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai.anggota cawangan pencegahan jenayah telah kenalkan diri sebagai polis dan terus diserang oleh kedua-dua saspek dengan pedang samurai.

kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah.anggota MPV sampai dan cuba membantu untuk tahan saspek.anggota MPV juga diserang dengan jarak yang dekat oleh saspek menggunakan pedang samurai dan seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan.

kedua-dua saspek telah dibawa ke hospital PUTRAJAYA dapati saspek lelaki telah terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala saspek perempuan terkena tembakan pada paha kanan.saspek lelaki telah meninggal di hospital.siasatan awal dapati saspektelah menggelarkan dirinya sebagai 'IMAM MAHADI ' manakala saspek perempuan masih menerima rawatan di hospital PUTRAJAYA.
 


sumber: PDRM

Dua serang pejabat Jabatan Perdana Menteri Putrajaya -seorang mati ditembak


Kira-kira jam 2.30 petang tadi sepasang lelaki dan perempuan telah menyerang kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya Parcel B. Pasangan terbabit menceroboh bangunan JPM itu dengan membawa pedang samurai.
 Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketika dihubungi Sinar Harian  mengesahkan seorang daripada suspek yang ditembak ketika membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri petang tadi meninggal dunia.
Punca kejadian belum diketahui.
Kejadian berlaku ketika kakitangan awam sedang pulang selepas keluar makan tengah hari.Selepas tiga kali amaran, tiga das tembakan dilepaskan oleh pihak polis di mana penjenayah lelaki telah ditembak di lengan dan kaki manakala perempuan terkena tembakan di kaki.
Difahamkan, pengawal keselamatan cuba menghalang mereka,namun kedua-duanya bertindak ganas dan memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan terbabit.
Cubaan polis untuk memujuk pasangan terbabit daripada bertindak lebih ganas tidak diendahkan, sehingga memaksa pihak berkuasa melepaskan tembakan dan mengenai mereka.
Suspek lelaki cedera dibahagian tangan kanan manakala pasangannya dibahagian peha kiri.
Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

berita seterusnya menyusul...

Sunday 8 July 2012

Selamat Pengantin Baru - ELLA

Tahniah ! Selamat Pengantin Baru buat Ratu Rock ELLA 
Ratu rock negara, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, sah bergelar isteri kepada juruterbang syarikat Firefly, Azhar Ghazali, 30-an.

Majlis pernikahan mereka diadakan di rumah keluarga Ella di Teluk Gadung, Klang di sini kira-kira pukul 10.30 malam Sabtu.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh Jurunikah Masjid Nurul Iman, Klang, Baharuddin Abu Bakar berwalikan abang sulung pengantin perempuan, Mohd Noor Izam Aminudin.
Ella dan Azhar sebelum itu telah ditunangkan sebelum majlis akad nikah bermula.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media.
Pengantin perempuan menerima RM50,300 sebagai mas kahwin berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.
Ella dan Azhar kelihatan sedondon dengan persalinan berwarna krim rekaan Saiful Baharim.
Manakala majlis resepsi mereka akan diadakan pada 1 Disember depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Ella dan Azhar berkenalan sejak sembilan tahun lalu dan hubungan itu menjadi serius sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Friday 6 July 2012

Betul-betul HOT! Babi hutan mengamuk ditengah bandar Kuantan! darimana datangnye babi itu?

 
Babi "mengamuk" sehingga memasuki ke dalam kedai agensi pelancongan
Orang ramai kecoh dibuatnya apabila melihat kelibat "Babi Hutan" tiba-tiba mengamuk di pusat bandar ini tengahari semalam. Masing-masing terkejut kerana mana mungkin binatang terbabit boleh berkeliaran di dalam sebuah bandar yang merupakan ibu negeri pada waktu siang. Difahamkan, babi (khinzir) yang entah dari mana datangnya itu telah berkeliaran di sekitar Jalan Mahkota.

Uncleseekers positif dadah pulak

Apa pula kali ini!.. Hah!..memang betul-betul masuk lubok! Keberaniannya memang menjerut leher...Uncleseekers aka Syed Abdullah S.Hussein Al-Attas positif dadah jenis morfin lapor Bernama .
Didakwa fitnah Sultan Johor, Uncle Seekers direman 4 hari Polis Johor mengesahkan hasil ujian air kecing terhadap pengendali blog Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas, yang ditahan reman sejak semalam, positif dadah.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Asisten Komisioner, Mohd Akhir Ishak berkata, Syed Abdullah yang direman bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya didakwa memfitnah Sultan Johor itu positif mengambil dadah jenis morfin.
"Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," kata kenyataan jabatan itu.
Ujian air kencing dijalankan pada jam 1.25 tengah hari tadi. Beliau kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.
Laporan dibuat dan kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya dibawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Khalid Ibrahim lindungi Faekah Hussin..langgar arahan MMKN


Exco buat keputusan larang surat sokongan sejak tahun 2010.

  • Yahya Sahri (PKR) keluarkan surat sokongan tahun 2008 digantung tugas.
  • Dua orang Ahli Majlis Klang (1 DAP-1 PKR)  keluarkan surat sokongan tahun 2010 , Khalid Ibrahim pecat kerana melanggar arahan mesyuarat Exco.
  • Faekah keluarkan surat sokongan untuk anak saudaranya tahun 2011, Khalid Ibrahim pertahankan....Mengikut laporan malaysiakini.com apabila ditanya pemberita mengapa kerajaan negeri mengambil sikap yang berbeza dalam isu melibatkan Faekah, Khalid hanya menjawab  “sebab itu saya tidak mahu mengulas perkara ini”.
    “Ya (isu yang berbeza)… Sama ada iya atau tidak, surat itu adalah surat sokongan, ia juga  merupakan isu yang lain. Ia akan dibincangkan.”
    Jelas Khalid Ibrahim tidak boleh memberikan jawapan yang meyakinkan mengenai perbezaan kes Faekah dan dua Ahli Majlis berkenaan.

Thursday 5 July 2012

Bloggers Uncle Seekers (Syed Abdullah S. Hussein Al Attas) di tangkap Polis.

Penulis Blog beranimati Uncleseekers atau nama sebenarnya Syed Abdullah bin Syed Hussein Al-Attas telah ditangkap polis malam tadi. Beliau terkenal mengetuai kumpulan penangkap hantu pertama di Malaysia.
uncleseekers
Dipercayai penangkapan tersebut bersabit dengan beberapa siri tulisan beliau mengenai kesultanan Johor diblognya.
Beberapa sumber mengatakan beliau ditahan pada jam 10 malam tadi dan dibawa ke Balai polis Senawang, Negeri Sembilan. Uncle Seekers juga dikatakan akan dibawa ke Balai Polis Nusajaya, Johor Baharu, Johor untuk siasatan lanjut.
Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim ketika dihubungi sinarharian berkata, beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam tempoh terdekat.
beberapa blog ada menyiarkan berita penangkapan tersebut:http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=15329

Wednesday 4 July 2012

petrol RON 97 turun 20 sen mulai esok

Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuat kuasa pada Khamis.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata keputusan menurunkan harga tersebut berikutan purata harga minyak di pasaran bagi Jun 2012 telah menurun.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 bagi Julai 2012 bermula Khamis.
Harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apungan terkawal di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran, katanya.
Kerajaan sebelum ini menurunkan harga jualan runcit petrol RON97 sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.80 pada 6 Jun lepas. - BERNAMA

Siaran langsung RTM bersama Perdana Menteri Malaysia Rosmah Mansur






sumber disini

Tuesday 3 July 2012

tak wajib sijil halal-Jamil Khir


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pengusaha premis makanan tidak diwajib memohon sijil halal, namun digalak berbuat demikian secara sukarela.

Langkah itu katanya sebagai tanda prihatin terhadap pengguna Islam di negara ini.
"Kerajaan tidak paksa semua kedai (pohon dan pamer sijil dan logo halal) kerana pasaran kita terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
"Jika kita wajibkan, kita terpaksa fikir tentang makcik berniaga nasi lemak di Kedah, nasi dagang di Kelantan, dan keropok lekor di Terengganu yang duduk di kampung dan tak pernah keluar tetapi terpaksa pula memohon sijil halal, maka tutup kedailah mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program 'Bual  Bicara Dar Assaadah' di Pusat Perlindungan Dar Assaadah, di sini hari ini.
Pada masa yang sama, Jamil Khir turut mengingatkan pengusaha bahawa hanya sijil dan logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan jabatan agama Islam negeri atau majlis agama Islam negeri sahaja boleh dipamer.
Mereka yang mempamer sijil dan logo halal daripada agensi selain itu boleh dikena tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011, katanya.

Mengenai dakwaan permohonan sijil dan logo halal mengambil masa yang lama untuk dilulus, Jamil Khir berkata perkara itu tidak benar kerana semua permohonan yang memenuhi syarat akan dilulus dalam masa 30 hari. - Bernama

Blog Archive

tambah panas

Followers