Wednesday 31 October 2012

pelaburan emas Geneva Malaysia terpeleot: pelaburan mencecah sehingga RM 10billion

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin memberitahu Dewan Rakyat hari ini, syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd (Genneva Malaysia),  jumlah pelaburan yang diterima ketika ini sebanyak RM4 bilion, dan boleh mencecah RM10 bilion melibatkan seramai 35,000 pelabur.
 Beliau berkata Bank Negara Malaysia (BNM) memerlukan masa untuk menyiasat perkara ini berdasarkan dua pertimbangan yang difikirkan perlu bagi menyelesaikan masalah skim tersebut.
Awang Adek"Pertama, syarikat ini berselindung dalam perniagaan emas di mana emas ini ada tarikan sentimental. Ramai berminat tidak kira latar belakang termasuk pemimpin. (Bagi mereka) Terdapat perasaan bahawa ini satu perniagaan betul.
"(Kedua) BNM terpaksa mengimbangi keadaan dan tidak boleh terus masuk pada satu masa. Contoh, kalau hari  ini masuk dan siasat, BNM pun kena marah kerana disebabkan BNM masuk, pelabur hilang pulangan.
"Jadi BNM kena imbangi, tidak boleh terlalu cepat. Keseimbangan ini penting dan mustahak. Saya  rasa kita semua akan belajar dari pengalaman ini semoga pengendalian kes lebih baik pada masa akan datang," katanya
Awang Adek sebelum ini memberitahu Parlimen, liabiliti syarikat pelaburan jongkong emas berkenaan melebihi aset syarikat dan keadaan itu menunjukkan Genneva Malaysia tidak mampu membayar pulangan kepada pelabur.

Kondo Batu Caves Kerja Samy Vellu

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembinaan dua blok kondominium 29 tingkat berhampiran Kuil Sri Subramaniar Swamy itu mendapat kelulusan MIC dan Umno pada 2007.
Beliau menempelak pemimpin MIC kerana menipu rakyat India, malah meletak kesalahan ke atas Kerajaan Selangor.
Mendedahkannya pada ceramah Merdeka Rakyat Kuala Langat malam tadi, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu individu yang bertanggungjawab meluluskan Kondominium Batu Caves itu.
“Samy Vellu buat tunjuk perasaan, padahal dia yang luluskan projek pada 2007, Lepas itu mereka cabar Menteri Besar hentikan pembinaan, ingat Tuhan dia tidak tahu? Sudahlah tipu rakyat, Tuhan pun dia nak tipu,” kata Ketua Pembangkang.
“MIC dah dapat duit hasil penjualan tanah kuil dan luluskan projek yang menyalahi peraturan alam sekitar dengan ketinggian 29 tingkat, sekarang nak lepaskan diri tuduh kita pula, nak suruh kita bayar. Kepada rakyat India, usahlah sokong lagi pemimpin penipu seperti ini,” kata Anwar.
Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar menjelaskan, kelulusan pembinaan kondominium itu dikeluarkan oleh pihak majlis pada 31 Mei 2008 manakala ahli majlis baru di bawah Pakatan mengangkat sumpah pada 5 Julai 2008.-KD


Tuesday 30 October 2012

Pelaburan Emas terpeleot


Kira-kira 200 orang pelabur skim pelaburan emas, Bestino "berkampung" di luar pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini untuk meminta Datuk Seri Najib Abdul Razak campur tangan bagi menyelesaikan masalah pengeluaran wang mereka. Tindakan itu diambil setelah masalah masih tidak dapat diselesaikan walaupun tiga perjumpaan diadakan bersama Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
"Kita tak ada pilihan. Jadi kita nak jumpa perdana menteri dan mahu minta dia campur tangan. Dia kata rakyat didahulukan. Kita akan tunggu di sini sampai dapat berjumpa perdana menteri," katanya.

Pada Februari lalu, empat pengarah Bestino dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas 322 tuduhan pengubahan wang haram RM156.2 juta dan lima tuduhan menerima deposit tanpa lesen.

Bank Negara pula merampas aset syarikat itu di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2011 (AMLATFA) berjumlah RM24.2 juta sebagai bahan bukti.

Sebanyak RM411 juta wang dilaburkan oleh 6,764 pelabur dalam Skim Bestino.


BERNAMA melaporkan Bank Negara Malaysia akan mempercepatkan siasatan ke atas syarikat urus niaga emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd, dalam usaha menyelesaikan segera perkara itu.
"Kami mempercepatkan kesemua siasatan agar kami dalam menyelesaikannya dengan segera.Kami tahu yang ramai penyimpan dan pelabur mahu tahu kesudahannya, jadi, kami akan mempercepatkannya sebaik mungkin," kata gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz kepada pemberita di luar majlis Kongres Insurans Asia Timur ke-26 di Kuala Lumpur.
Pada 1 Oktober, pasukan polis, Bank Negara dan Suruhanjaya Syarikat-syarikat Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah membuat serbuan ke atas Genneva dan sekutunya di dalam negara kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan.
Tiga syarikat lain, Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd, turut diserbu.

Wednesday 24 October 2012

bahagian pertama BR1M(2.0) diagih pada Januari


Kerajaan menjangka akan mengagihkan bahagian pertama Bantuan Rakyat Satu Malaysia Rakyat 2.0 (BR1M 2.0) sebanyak RM500 pada Januari tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai.
Beliau berkata, borang permohonan akan disediakan kepada pemohon yang layak bulan depan.
Dengan pengalaman yang diperolehi daripada pembayaran BR1M pertama, Kerajaan percaya bahawa ia boleh memuktamadkan data penerima bantuan tunai dalam tempoh dua bulan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Cocoon Alorie Wellness Resort di sini, pada Rabu.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BRIM 2.0 semasa membentangkan Bajet 2013 di Parlimen pada 28 Sept.
Orang dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3, 000 sebulan adalah layak untuk bantuan satu kali RM500 tunai. - Bernama

Friday 19 October 2012

Ingat Robengah? (bekas pembantu Rais Yatim) Wow! sekarang sudah kaya raya...siapa sponmsor?


Rumah ini terletak di salah sebuah kampung di Banjarnegara, Indonesia sekitar 12 jam perjalanan dari Bandar Jakarta, Indonesia jika menaiki kereta.
Para wartawan dan pengamal media dijemput hadir untuk membuat liputan.

Tarikh: 19 Oktober 2012
Masa: 2.30 petang (Selepas solat Jumaat)
Tempat: Pejabat Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Komplek Sultan Abdul Samad, Jalan Raja, Kuala Lumpur.

Tuesday 16 October 2012

TanSri Musa Hassan Batalkan saman terhadap Anwar

Tan Sri Musa Hassan menarik balik saman fitnah terhadap Ketua Umum KEADILAN itu pagi tadi.Penarikan balik saman oleh bekas Ketua Polis Negara itu adalah berkaitan laporan polis oleh Anwar berhubung pemalsuan bukti dalam perbicaraan kes Fitnah 1.
Ia direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Asmabi Mohamad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang penuh sesak dipenuhi penyokong Anwar.
Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican yang mewakili Musa, memaklumkan kepada Asmabi mengenai penarikan balik saman tersebut.

Friday 12 October 2012

Appartment Anggerik Indah seksyen 16 S.Alam berhantu


Apartment Anggerik Indah seksyen 16, Shah Alam berhantu.


Apartment Anggerik Indah di Seksyen 16 Shah Alam dipercayai dikuasai oleh seekor hantu.
Hantu ini sangat berkuasa hingga mempengaruhi dan menyumbat mulut pengerusi dan JKK persatuan penduduk. Hantu tersebut mempunyai  besar kepala dan botak menguruskan hal ehwal keselamatan dan pengurusan bangunan.
Hantu ini mampu membutakan  penghuni apartment tersebut. Malahan boleh mengaburi mata MBSA.
Hantu ini juga pemilik yang mengendalikan pusat cucian kereta haram dilot parkir apartment tersebut. Dipercayai mengusai sekurang-kurangnya 4 lot parkir disitu.
Ramai penduduk tidak berpuashati atas sikap sombong dan bongkak hantu pelesit tersebut dan bagaimana boleh dia mengadakan pusat cucian haram itu dalam kawasan apartment terbabit sedangkan masaalah parking amat meruncing bagi penghuni apartment . MBSA pula seperti pandang sebelah mata.... ada kautim ka?
Hantu pelesit ini juga dikhabarkan gemar mengepow penduduk dengan mengunci kenderaan dan bayaran rm 50 sebagai penyelesaian. beberapa kejadian mengunci kenderaan penghuni dilaporkan berlaku dan menyebabkan beberapa pergeseran dan salah faham. Hantu pelesit ini juga baru hanya setahun bekerja disitu dan mempunyai kuasa ajaib yang maksimum seolah-olah apartment tersebut bapak diapunya  iaitu Jin Ifrit.sehingga dia dikatakan mempunyai kuasa untuk menghalau penghuni/pemilik  disitu.
Beberapa penduduk dan pemilik premis  di apartment tersebut melahirkan rasa meluat dan menyampah yang amat sangat cuma malas nak cakap.
Hantu ini mudah dikenali berkepala botak kurus tinggi...bercakap berlagak seolah Ketua polis Hindustan.
Hantu ini juga diyakini mempunyai puak-puak jin

Thursday 11 October 2012

Apartment Anggerik Indah seksyen 16,Shah Alam, pengawal keselamatan cabut lari bagai kena rasuk polong


Sesuatu yang menarik perhatian pada jam 8.malam 10/10/2012 kerana kebodohan pengawal keselamatan dan sikap bongkak ketua blok menyebabkan huru-hara dan kecoh di pangsapuri tersebut.
Seorang penduduk yang juga pemilik rumah dipangsapuri tersebut telah mengamuk dan naik angin apabila mendapati keretanya dikunci (clamping) oleh pengawal keselamatan.
Penghuni terbabit yang juga pemilik rumah di pangsapuri itu telah menghuni rumah tersebut sejak dari awal siap dibina iaitu lebih 10 tahun begitu marah apabila keretanya dikunci secara membabi-buta oleh pengawal tersebut. Apabila diminta membuka kunci pengawal tersebut berdegil tidak mahu membuka malahan mengeluarkan kata-kata kesat dan berlagak sombong sedangkan syarikat kawalan tersebut dilantik oleh penduduk apartment tersebut.
Tinjauan mendapati kereta penduduk terbabit diparking ditempat parking yang betul iaitu dalam kotak parking dan tiada membuat sebarang halangan. Malahan tempat letak kereta dipatment itu juga didapati penuh.Tiada seorangpun pengawal keselamatn dipondok pengawal atau sekitarnya. Difahamkan telah cabut lari....tiada juga sebarang kerosakan seperti yang dilapordakwa.
Apa yang menghairankan bagaimana boleh ada 'car-wash" di kawasan letak kereta apartment tersebut? dan bagaimana pengusaha 'car-wash' tersebut boleh mendapat lot parking sebagai tempat perusahaannya itu?
Campurtangan ketua blok apartment terbabit lebih mengecamukkan keadaan apabila beliau menyebelahi pengawal keselamatan terbabit.Nampaknya seperti ketua blok ini 'ada apa-apa' dengan syarikat kawalan keselamatan tersebut dan pengusaha 'car-wash'.
Satu laporan polis telah dibuat di seksyen 9 s.alam oleh ketua blok terbabit apabila penghuni terbabit naik berang dan tercetus pergaduhan.
Malangnya dalam laporan polis itu ketua blok terbabit membuat pelbagai tuduhan dan kerugian melampau kerana sakit hati. Penghuni terbabit telah ditahan polis dilokap di IPD S.Alam untuk ditahan reman dan siasatan lanjut.
Beberapa penduduk melahirkan kekesalan atas sikap ketua blok dan 'bendul giler" dan sengal pengawal keselamatan terbabit.Difahamkan juga pengawal keselamatan bertugas seringkali tertidur ketika bertugas dan tidak membuka 'boom gate'. malahan tidak mengenali penghuni apartment.
Nampaknya ada sesuatu yang tak kena dengan ketua blok pangsapuri tersebut. Beliau nampak begitu angkuh dan sombong..ada apa-apa ke?


Wednesday 10 October 2012

Amaran warga Klang! Bencana luarbiasa 15-18 Okt ini.


Penduduk di kawasan Klang diminta bersedia berikutan fenomena ‘Astronomical Tide’ (Tahap pasang surut dan watak yang akan terhasil daripada kesan graviti, contohnya Bumi, Matahari dan Bulan, tanpa sebarang pengaruh atmosfera) dijangka akan berlaku bermula 15 hingga 18 Oktober ini dan dilaporkan akan membawa kadar hujan yang agak mendadak terutama di kawasan terbabit.
Pemangku Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Klang (MPK),Ehsan Mukri berkata, pihaknya menerima maklumat awal daripada Jabatan Laut Malaysia dan meminta orang ramai untuk berwaspada menjelang fenomena yang dijangka berlaku minggu depan itu.
Menurutnya, fenomena itu juga menyebabkan kejadian ribut dan berkemungkinan air sungai akan mencecah 5.6 meter serta menyebabkan banjir kilat di kawasan ini kelak.
“Penduduk diingatkan untuk berjaga-jaga dan membuat persiapan awal dan pada masa yang sama memberi kerjasama kepada MPK dalam menghadapi banjir kali ini.
“Antara yang perlu dilakukan ialah kebersihan perlu dijaga termasuk penyelenggaraan longkang yang sistematik di halaman masing-masing agar tidak tersumbat dengan sampah sarap akibat faktor sekeliling,” katanya dalam kenyataan media.
Ehsan berkata, MPK akan membuat pemantauan dan persiapan rapi bagi menghadapi fenomena Astronomical Tide dan setiap jabatan terlibat bersedia melalui kepakaran masing-masing untuk kemungkinan yang bakal berlaku kelak.
Menurutnya, orang ramai diminta untuk segera menghubungi talian bebas tol 1 800 88 23626 atau 33716044 / 4404 untuk sebarang kes kecemasan berkaitan fenomena itu nanti.

Monday 8 October 2012

Gempar! heboh dan hot...terkini di M'sia! jejaka kacak bertukar jadi dracula


TOLONG SEBARKAN UNTUK KEPENTINGAN SEMUA !!!





TOLONG SEBARKAN UNTUK KEPENTINGAN SEMUA !!

Dengan rasa rendah diri, pakcik mintak tolong sangat2 kat semua rakan fb yg budiman.. 

Adik ipar pakcik dibawa lari ker arah utara oleh bakal tunangnya.. 

Mereka naik kereta saga BLM seperti dlm gambar..


Sehingga kini kami gagal menghubungi handphone mereka..pakcik dh buat laporan polis dan ini adalah alternatif lain untuk mengesan mereka.. 


Dan bakal tunangnya ini adalah ahli sendiket PENIPUAN PEKERJAAN DI PLUS yg telah menipu duit ramai pihak.. Jika rakan2 ada idea untuk mengesan mereka,pkcik amat alu2kan pandangan dan bantuan kalian.. Tolonglah pakcik... 


Hp pakcik: 017-275 4645 [ Farid Sham ]



LAGI PENDEDAHAN JENAYAH PENIPUAN LICIK OLEH MOHD NAJIB BIN ABU BAKAR 761122-04-5159 SEJAK DULU LAGI RAMAI WANITA TERPEDAYA !! 

MOHD NAJIB BIN ABU BAKAR 

NO IC: 761122-04-5159 

ALAMAT IC SEJAK LAHIR, 

No 1 Lorong Makmur 

Kampung Melayu Majidee
Johor Bahru. 



ALAMAT KERJA TERAKHIR DI UPDATE SEJAK 2003: 

157 Jalan Perwira 

Taman Perwira
Permatang Tinggi 


14100 Bukit Mertajam,Penang 


# VAN DIBELAKANG SUSPEK TIADA KAITAN DENGAN KES INI


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz28gu0C49v

Badan penyiaran British (BBC) lapor belanja misteri Ketua Menteri Melaka


Badan penyiaran British, BBC melaporkan, kenduri raksaksa perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Rustam disertai 130,000 orang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Wartawan BBC, Jennifer Pak, rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini terpaksa membayar lebih untuk makanan dan petrol selepas kerajaan banyak memotong subsidi.

"Dakwaan rasuah lebih sensitif sekarang,". Para pemimpin pembangkang bertanya, bagaimana dia boleh menampung segala perbelanajaan untuk kenduri ini melalui gajinya sebagai ketua menteri.

"Kehebatan majlis perkahwinan ini adalah satu lagi tanda kerajaan yang ada sudah hilang sentuhan dengan rakyat," kata wartawan lapor wartawan BBC itu.

Wednesday 3 October 2012

doktor yang terlampaui

Majlis Perubatan Malaysia (MMC) mengantung keanggotaan pengeluar formula menurunkan berat badan Datuk Dr Che Rozmey Che Din selama dua tahun selepas mendapati beliau melanggar Kod Etika Profesional di bawah Akta Perubatan 1971.

Presiden MMC Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, yang juga Ketua Pengarah nKesihatan berkata, inkuiri pada 16 Januari lepas mendapati Dr Rozmey bersalah atas pertuduhan terlibat dalam penjualan bahan didakwa mampu menurunkan berat badan, membungkus serta menyimpan bahan berkenaan, yang melanggar Seksyen 3.4 kod itu.

Dr Rozmey juga didapati bersalah mengiklan diri sendiri, sama ada secara langsung atau tidak langsung, bagi tujuan mempromosi kelebihan sendiri serta membabitkan diri dengan perusahaan komersial yang melanggar Bahagian 4.1 dan 3.4 Kod Etika Profesional.

Dr Rozmey tidak menggunakan haknya untuk merayu ke Mahkamah Tinggi seperti yang diperuntuk oleh Akta Perubatan 1971, dan hukuman itu berkuat kuasa dari 14 Mac 2012 hingga 14 Mac 2014, kata Dr Hasan dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, pengamal perubatan lain yang didapati bersalah mengabaikan tanggungjawab profesional ialah Dr Balayegaran MS (digantung setahun), Dr Chow Chong Chek (diberi amaran), Dr Ng Ah See (diberi amaran), Dr Roland Masing (digantung enam bulan), Dr N.M. Ananda Murthy (diberi amaran), Dr Chew Yoong Fong (diberi amaran) dan Dr Rajendra a/l Nadason (digantung dua tahun). - Bernama

Tuesday 2 October 2012

Cinta tak berbalas: DJ Best 104 hampir maut dalam cubaan culik bunuh dan bakar

 DJ nyaris jadi mangsa culik, bunuh, bakarJulie Diana menunjukkan kecederaan yang dialaminya.

 Julie Diana Omar Shariff, 34,Seorang penyampai (DJ) di stesen radio Best 104 di sini nyaris menjadi mangsa culik, bunuh dan bakar selepas dilarikan lebih sepuluh lelaki tidak dikenali dalam kejadian jam 1 pagi, Sabtu lalu.
Menceritakan detik-detik cemas dilaluinya, Julie memandu seperti biasa di Lebuhraya Persisir Pantai dan terkejut apabila tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna merah terus menuju ke depan menghalang Proton Neo yang saya naiki.

“Seorang lelaki keluar daripada kereta tersebut, sebelum kereta saya dihimpit pula di sebelah tepi oleh sebuah Kereta Wira yang juga datang secara tiba-tiba,” katanya membuka cerita.

Menurut Julie Diana, segala-galanya berlaku begitu pantas sehingga dia tergamam dan tidak mampu berbuat apa-apa.

“Salah seorang daripada lelaki tersebut membuka pintu kereta lalu mengacukan pisau Rambo ke leher saya. Dia menarik saya keluar dan memaksa menaiki keretanya.

“Sebaik sahaja saya masuk, muka saya segera diserkup dengan kain dan tangan pula diikat,” katanya kepada wartawan sewaktu ditemui di rumah keluarganya, di sini.

Diculik kerana cinta tak berbalas

Julie Diana berkata, apabila bertanya mengapa dia diperlakukan sebegitu rupa, salah seorang daripada penjenayah itu memberitahu mereka datang dari jauh selepas diarahkan seseorang untuk menculik kemudian membunuh dan membakarnya kerana cinta tidak berbalas.

“Kepala saya ligat memikirkan siapa yang dimaksudkan kerana saya memang tak ada langsung masalah percintaan, sekadar ramai peminat. Itupun kerana tugas saya sebagai penyampai radio,” katanya yang menganggarkan ada dua atau tiga lelaki turut sama berada dalam kenderaan berkenaan.

Tambah Julie Diana, menerusi walkie-talkie yang digunakan penjenayah tersebut, dia terdengar rancangan mereka untuk membawanya ke sebuah gudang di Batu Pahat untuk dibunuh.

“Berderau darah saya mendengarnya. Apatah lagi untuk membuktikan tindakan mereka serius, ibu jari dan leher saya dihiris dengan pisau Rambo sehingga luka sebagai tanda amaran,” katanya.

Menurutnya, selepas beberapa ketika, mereka berhenti di satu tempat.

“Kebetulan kain yang menutupi muka saya tersingkap sedikit, dan dari situ saya dapat lihat kami berada di kawasan tanah perkuburan Cina. Ada ramai lelaki di situ dengan bunyi kenderaan yang banyak. Saya rasa mungkin lebih daripada sepuluh lelaki. Salah seorang daripada mereka kemudiannya meminta saya menyerahkan wang, barang kemas dan kad ATM bersama nombor pin,” katanya yang terus menyerahkan apa yang diminta tanpa banyak soal.

Julie Diana berkata, menyedari kawasan itu dilalui banyak kenderaan, mereka kemudian berbincang dan mengubah rancangan.

“Saya kemudian disuruh menaiki kereta saya sendiri bersama empat lelaki lain dan dibawa ke sebuah kawasan ladang berhampiran Bukit Batu, Kulaijaya. Dalam hati ketika itu, hanya ALLAH yang tahu betapa takutnya saya kerana merasakan waktu kematian hampir tiba,” ceritanya dengan tenang.

Bagaimanapun Julie Diana bernasib baik apabila sampai di lokasi dimaksudkan, keempat-empat penjenayah itu memberitahu yang mereka tidak sampai hati pula untuk membunuhnya.

“Mereka buka ikatan tangan saya, tetapi masih membiarkan muka tertutup. Mereka beritahu saya, ‘Kak, bila kami tinggalkan akak kat sini, akak tolong larikan diri, ya’,

“Mereka beri saya duit sebanyak RM51 untuk isi petrol minyak, lesen memandu dan sebotol air mineral dan terus larikan diri dengan menaiki sebuah kereta lain yang mengekori dari belakang,” katanya.

Menurutnya, sebaik sahaja penjenayah itu berlalu, tanpa berfikir panjang dia membuka kain yang menutup wajahnya dan terus memandu laju sehingga bertemu seorang pengawal keselamatan di sebuah kilang di Bukit Batu, Kulaijaya untuk meminta pertolongan.

Julie Diana berkata, dia menceritakan apa yang telah terjadi kepada pengawal keselamatan itu dan memintanya menghubungi nombor telefon pejabat.

“Saya dah tak ingat apa-apa, yang muncul di fikiran hanya nombor pejabat. Saya minta pengawal keselamatan itu hubungi rakan sekerja supaya mereka dapat maklumkan kepada keluarga,” katanya.

Pengalaman mencemaskan selama empat jam itu benar-benar memberi banyak pengajaran kepada Julie Diana.

“Saya sangat bersyukur kepada ALLAH SWT kerana tidak diapa-apakan,” katanya.

Menurutnya, dia menganggarkan kerugian yang dialami mencecah RM20,000.

Julie Diana kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Bemban, Kulaijaya dan Balai Polis Taman Impian Emas pada hari yang sama.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dr Hashim Haron berkata, pihaknya berjaya menahan dua lelaki berusia dalam lingkungan 40-an dipercayai suspek jam 4 petang semalam.

“Kami kini sedang memburu tiga hingga lima lagi suspek yang dipercayai terlibat dengan kes ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.-SH

Monday 1 October 2012

Borang BR1M 2.0 dierdar bulan ini


Borang bantuan rakyat 1 Malaysia 2.0 akan mula diedar pada bulan ini menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai. Mereka yang layak akan mula mendapat bantuan pada awal Januari.Kerajaan akan membuat[pengumuman dalam waktu terdekat menurut menteri berkenaan.

ramai tak sedar lemabang yahudi dibawa sembahyang dan kemana jua


Sama ada anda merokok atau tidak, tentu anda biasa melihat simbol-simbol yang sangat popular pada kotak rokok iaitu lambang singa. Walaupun jenama rokok itu tak sama dan dikeluarkan oleh syarikat yang berbeza, ia tetap mengandungi lambang singa.
Singa adalah spesis binatang ciptaan Allah dan ia memiliki ciri-ciri kehebatan dan keagungan tersendiri dalam dunia haiwan sehingga layak digelar raja segala binatang.
Tetapi kenapa ia begitu penting dalam industri tembakau sehingga gambar haiwan ini ada pada hampir semua kotak rokok. Apa istimewa sangat singa-singa ini?
Mengikut tradisi agama Kristian, singa Judah mewakili Jesus. Jesus berasal dari bangsa Yahudi dan dia disebut sebagai Singa Judah dalam kitab Injil. Oleh sebab itu, banyak pertubuhan agama Kristian termasuk kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan menggunakan simbol singa pada cop mohor mereka.
Singa Judah
Dalam tradisi Yahudi pula, nama Hebrew dan gelaran biasanya digabungkan menjadi berpasangan. Sebab itu kita biasa lihat simbol sepasang singa pada kotak rokok hari ini, bukan seekor.
Dalam bidang ekonomi dan politik dunia hari ini, Singa Judah mempunyai pengaruh yang besar dan kuat. Syarikat-syarikat besar dan juga jabatan-jabatan kerajaan menggunakan simbol sepasang Singa Judah sebagai tanda perniagaan dan simbol rasmi (Coat of Arms) mereka. Simbol kerajaan Malaysia juga menggunakan simbol sepasang haiwan tetapi singa itu ditukar menjadi sepasang harimau.
Judah adalah nama suatu kaum dalam bahasa Hebrew disebut Yehuda. Tidak perlu saya nyatakan ia disebut sebagai apa dalam istilah Bahasa Kebangsaan.

Masih tak pasti?
Yehuda = Yahudi
Lion of Judah = Singa Yahudi
Bagi perokok tegar, anda sentiasa membawa simbol Yahudi ini di dalam poketsepanjang masa. Ke mana saja anda pergi, Singa Judah ini sentiasa mengikuti anda walaupun anda sedang mengerjakan solat.
Wang anda juga telah banyak dilaburkan untuk memberi keuntungan kepada industri rokok milik bangsa Yahudi. Jika orang miskin mempunyai hak-hak tertentu pada sebahagian harta orang kaya, syarikat rokok telah berjaya mendapatkan sebahagian hak mereka ke atas pendapatan anda tidak kira anda kaya atau miskin.
zhaf-akumenulis.blogspot.com

Blog Archive

tambah panas

Followers