Monday 2 June 2014

suami Erma Fatima kahwin lagi...suami Abby Abadi pulak lari...

Memetik laporan beberapa portal hiburan, suaminya yang juga pengarah, Badaruddin Azmi atau Bade dikatakan telah bernikah buat kali kedua dengan seorang wanita sekitar dua bulan lalu di negara jiran.
Majlis resepsinya pula telah diadakan di sebuah hotel di Cherating, Pahang pada 27 Mei lalu.
Erma dilihat cukup terbuka dengan perkahwinan Bade dengan menyatakan bahawa dia sememangnya sudah memberi restu dan keizinan buat suaminya itu, menerusi sebuah akhbar mingguan tempatan.
Ujarnya lagi, Bade berhak mendapat kebahagian dan dia berhak serta mampu untuk berkahwin lagi.
Menyifatkan suaminya itu seorang lelaki dan ayah yang baik dan bertanggungjawab, Erma turut meminta agar tiada pihak di luar sana yang mempersoalkan kisah perkahwinannya itu.
Ha, kalau dah begitu kata Erma, jangan pula peminat yang terlebih-lebih emosi ya…
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
Pergolakan rumah tangga Abby Abadi dan suaminya, Noor Farhan Che Bakar bukan lagi rahsia apabila pasangan ini telah membawa kes mereka ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, baru-baru ini.
Hakim Syarie telah menangguhkan kes pasangan ini sehingga 11 Jun depan sebelum memerintahkan Abby memfailkan satu lagi permohonan bagi mengesahkan terlebih dahulu status lafaz yang dibuat Farhan pada Januari lalu.
Ini kerana Abby mendakwa Farhan pernah mengeluarkan kata-kata kepada rakannya bahawa mereka sudah bercerai pada Januari lalu.
Sementara itu, dalam pada masa yang sama, anak lelaki sulung Abby, Mohamad Danish Hakim merayu bapa tirinya, Farhan yang dipanggil Abi agar kembali bersama ibunya semula.
Menerusi video yang dikongsikan dalam laman Instagram Abby, hari ini, Danish menyatakan kerinduaan terhadap Farhan selain meminta bapa tirinya supaya tidak mengikut rakan-rakannya berpelesaran dengan melakukan aktiviti karaoke dan mengunjungi cyber cafe pada setiap malam.
“Abang rindu Abi, Abi jangan ikut geng-geng Abi yang pergi karaoke, cyber cafe malam-malam tu.  Itu semua duniawi.  Ala, Abi kahwinlah dengan Mama balik.  Apalah dosa Mama tu Abi?”, antara ungkapan yang diucap oleh Danish menerusi video tersebut.
Hmm, mungkinkah dalam erti kata lain video ini ingin mengatakan yang Farhan gemar berpelesaran sehingga menyebabkan rumah tangga Abby dan Farhan goyah walaupun usia perkahwinan mereka baharu sahaja mencecah 10 bulan? – MYNEWSHUB.MY

tambah panas

Followers