Wednesday 25 June 2014

Pelakon Aiman benar-benar cintai Nur Fatiha

Hadiah Kasut Tanda Cinta Aiman Hakim Buat Nur Fathia

Diterbitkan: Rabu, 25 Jun 2014 3:02 AM
Wajah terbaharu Nur Fathia
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pelakon Nur Fathia mengakui menerima hadiah istimewa sepasang kasut jenama BCBG Maxazria daripada kekasihnya iaitu pelakon Aiman Hakim Ridza.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Latiff, 26, berkata, hadiah itu merupakan salah satu cara kekasihnya menghargai hubungan cinta mereka yang kini mencecah dua tahun.

Fathia bahagia bersama Aiman Hakim

"Kasut itu dia beri hadiah ketika kami sama-sama menjalani penggambaran di Istanbul, Turki. Ia tidak sempena apa-apa hari istimewa pun.

Itu memang cara dia untuk hargai hubungan kami, dia jarang beri hadiah sebab dia mahu saya hargai satu-satu hadiah yang dia bagi," katanya kepada mStar Online.
Nur Fathia ditemui pada Majlis Pelancaran Pizza Hut's Citarasa Ramadan di Restoran Pizza Hut di Kota Damansara, di sini, Selasa.

Selain Fathia, selebriti Fesyen iaitu Wak Doyok turut dipilih sebagai jurucakap bagi kempen berkenaan untuk bulan Ramadan kali ini.

Inilah kasut yang menjadi hadiah tanda cinta Fathia dan Aiman.

Sementara itu, mengulas tentang hubungan cinta tersebut, Fathia berkata kedua-dua mereka semakin baik dan mengenali satu sama lain.

"Apa yang saya boleh cakap hubungan kami semakin hari semakin baik dan keluarga dia juga baik dengan saya.

"Tentang peringkat seterusnya kami belum berbincang secara serius tetapi ada juga cakap-cakap tentang itu," katanya.

Dalam perkembagan kerjaya, Fathia berkata, dia baharu sahaja balik dari Istanbul bagi menjalani pengambaran beberapa buah drama.

tiada perubahan rombakan kabinet

Saturday 21 June 2014

Hulu Langat berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual

Oleh: NAEEM RAFFI 
Kira-kira 24 kawasan sekitar Wilayah Hulu Langat dijangka terputus bekalan air atau tekanan rendah ekoran penurunan paras air di kolam utama yang mendapat bekalan air dari Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih membabitkan 33,446 pintu rumah.
Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Priscilla Alfred, berkata gangguan terbabit adalah kesan daripada permintaan air yang tinggi melebihi kapasiti bekalan.
“Pengeluaran air terawat daripada LRA Sungai Semenyih tidak dapat dipertingkatkan lagi kerana ia sudah mencecah paras maksima.
gangguan air“Oleh yang demikian, gangguan bekalan air tidak berjadual ini tidak dapat dielakkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, SYABAS mengalami kesukaran dalam mendapatkan sumber bekalan air alternatif ekoran kapasiti bekalan air terawat sedi ada di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak mencukupi dengan paras rezab bekalan air kurang daripada satu peratus
“Pada masa ini, lori tangki dan tangki air statik sedang diletakkan dalam keadaan tunggu sedia bagi penghantaran bekalan air kecemasan jika diperlukan.
“Pengguna di kawasan yang tidak terjejas dengan gangguan bekalan air ini diminta menggunakan air secara berhemah dan mengelakkan pembaziran bagi membantu mempercepatkan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas,” katanya.
Miter_air_SyabasAntara kawasan terbabit adalah Kampung Bahagia, Taman Jernang Jaya, Pusat Nuklear, Seksyen 15, Kampung Teras Jernang, bangi Golf Resort, Bandar Teknologi Kajang, PKNS Beranang, Bandar Tasik Kesuma, Taman Bukit Semenyih dan Taman Harmoni.
Selain itu, beberapa kawasan lain yang terbabit adalah UKM Lingkungan 2, kawasan industri seksyen 13, Bandar Tasik Kesuma, Taman Bukit Semenyih dan beberapa seksyen di Bandar Baru Bangi.

Wednesday 18 June 2014

Adi Putra disiasat semula kes kacau bini orang...pegawai penyiasat polis dikenakan tindakan tatatertib


Pelakon Adi Putra enggan memberikan sebarang komen berhubung kes skandalnya dengan dengan wanita berstatus isteri orang pada September tahun lalu yang mungkin dibuka semula selepas pegawai polis yang mengendalikan kes tersebut dikenakan tindakan tatatertib.

"Tiada komen. Terima kasih," ujarnya ringkas menerusi aplikasi Whatsappkepada mStar Online pada Rabu.
Pegawai siasatan berkenaan dikenakan tindakan tersebut selepas satu siasatan dijalankan susulan aduan daripada bekas suami wanita itu, Amiruddin Osman yang tidak berpuas hati dengan keputusan kes itu pada Disember tahun lalu yang diklasifikasikan sebagai tiada tindakan (NFA).
Pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.

Adi dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi WhatsApp sejak 29 Julai tahun lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu suami wanita itu.

Bagaimanapun Amiruddin dan isterinya telah bercerai selepas insiden itu. Mereka mempunyai seorang anak.

Monday 16 June 2014

UMNO Selangor dilaknat menjelang Ramadhan

Friday, 13 June 2014

Politik BANGANG TAHAP GABAN UMNO Selangor Terserlah... Malang Nasib Ahli UMNO Selangor!

Tidak dapat dinafikan, UMNO Selangor sedang meniti hari-hari terakhir dalam kerjaya politik negara. Masa hadapan UMNO Selangor sudah terlalu kelam, seperti kelamnya malam di dalam gua yang tidak berpenghujung. UMNO Selangor sudah tidak ada masa hadapan. Bahkan mana-mana ahli UMNO di Selangor, sudah boleh berkira-kira untuk membersarakan diri daripada bergiat membela UMNO atas nama Agama, Bangsa dan Negara kerana barisan kepimpinan UMNO Selangor, termasuklah yang menjadi ADUNnya pula terdiri daripada golongan YANG TIDAK TAHU MEMBACA, TIDAK TAHU MENULIS dan TIDAK TAHU MENGIRA.

Pendek kata, bukan setakat BUTA HURUF, tetapi tersangatlah BUTA PERUT!

Seorang ADUN UMNO Selangor - tak payah sebut namanya. Buat geli jari sahaja - telah cuba mengusulkan pertanyaan, agar hudud dibincangkan dan dibahaskan di DUN Selangor bagi memerangkap PAS dan DAP. Jangkaan awal ialah, Hannah Yeoh akan mengikut arahan kepimpinan partinya, DAP, untuk menolak usul tersebut.

Alih-alih Hannah Yeoh meluluskan usul tersebut dan Hudud akan dibahaskan di DUN Selangor. Bersegeralah Ketua ADUN UMNO Selangor yang bermuka tolol menarik balik usulnya dan memberi seribu satu macam alasan.

Walau apa pun alasan yang diberikan, persepsi yang wujud sekarang ialah, UMNO Selangor dan UMNO Malaysia umumnya, memang telah menjadikan Hudud sebagai bahan permainan mereka. Tiada kesungguhan dan pada masa yang sama, hanya melihat hudud sebagai senjata untuk mengalahkan PAS dan Pakatan Rakyat, bahkan sebenarnya tidak berminat langsung untuk menjelaskan kepada umum, tanggapan sebenar UMNO tentang hukum syariat tersebut.

Orang UMNO di Selangor sudah sewajarnya menutup atau mematikan cita-cita mereka untuk melihat UMNO kembali berkuasa dan menerajui takhta pentadbiran di Selangor. Selagi UMNO Selangor mempunyai pemimpin-pemimpin dan ADUN-ADUN sedia ada, selagi itulah, UMNO Selangor dilihat sebagai badut yang serba bodoh dan membodohkan.

Bahkan UMNO Selangor sendiri sebenarnya masih lagi beranggapan yang mereka kuat. Perhatikan sahajalah barisan kepimpinan UMNO Selangor. Hampir kesemua mereka terdiri daripada golongan yang syok sendiri dan sentiasa perasan, yang mereka masih dikehendaki dan akan menang di Selangor dalam sebarang pertandingan atau pilihanraya.

Diketuai oleh Noh Omar, bekas Menteri Pertanian yang turut menternak Ketua Bahagian Sungai Besar sekarang ini, Jamal Ikan Bakar Sekinchan, UMNO Selangor sudah wajar dibacakan talkin dan dikafankan kerana pada PRU14 nanti, besar kemungkinan kerusi yang masih dikuasai oleh UMNO Selangor, hanyalah kerusi-kerusi di balairaya dan di dewan bangunan-bangunan UMNO!

Sebenarnya tidak menghairankan langsung apabila UMNO dalam keadaan yang begitu lemah. Berkata Syaidina Ali r.a, jikalau hendak melihat kekuatan sesebuah masyarakat, lihatlah pemuda-pemudanya.

Bagaimana dengan PEMUDA UMNO yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin?

Semua orang boleh agak apa yang akan berlaku sekiranya barisan kepimpinan Pemuda UMNO sekarang mengisi ruang kosong barisan kepimpinan utama UMNO. Dengan berfikiran seperti Azwan Bro, Naib Ketua Pemuda UMNO yang lahapnya mengalahkan serigala lapar, dengan berketuakan Khairy Jamaluddin yang tidak tahu di mana kedudukannya sebenar dan dengan berketuakan manusia media seperti Ibdilillah yang sibuk dengan percutian ke Australia menggunakan duit UMNO bersama-sama kawan 'LIFESTYLE'nya, UMNO hanya menternak dan membela pedukang-pedukang yang tidak boleh buat kerja tetapi mata mereka sentiasa ada RINGGIT SIGN!

Justeru, tidak hairanlah mengapa Ketua ADUN UMNO Selangor tiba-tiba sahaja menjadi pondan....

Sunday 15 June 2014

Pegawai JAKIM takut makan coklat Cadbury.

cadbury_LAnggota IKAS dalam demonstrasi makan coklat Cadbury. - Foto TRP/Mohd Azrol Ali

15 Jun:Mana perginya pegawai Jakim yang beria-ia benar kata sanggup makan cekelat yang dikatakan halal keluaran jenama cadbury.
Presiden Ikatan Aktivis Siber Malaysia (IKAS), Md. Faisal Ahmad yang mempertahankan JAKIM ekoran isu coklat Cadbury yang didakwa sebelum ini mengandungi DNA babi.Demi meyakinkan pengguna coklat jenama Cadbury, kumpulan itu yang terdiri daripada blogger dan pemilik akaun media sosial mengadakan sesi demonstrasi makan coklat tersebut secara beramai-ramai di Wisma Nusantara, Jalan Puncak off Jalan P. Ramlee, tengah hari Ahad.
Turut hadir Penolong Pegawai Kanan Bahagian Hub Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Muhammed Naim Mohd Aziz selaku moderator bagi pihak JAKIM yang memberi penerangan dalam forum bertajuk: “Sijil Halal Malaysia dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif.”
Namun begitu, pegawai berkenaan enggan memberi komen dan menolak untuk bersama dengan kumpulan IASM dalam sesi demonstrasi makan coklat sebelum meninggalkan majlis melalui pintu belakang.

Tuesday 10 June 2014

HANGAT: AWIE PUKOL BINI?

 Penyanyi rock Awie (Wings) yang dikatakan telah memukul isterinya, Rozana Misbun dalam satu kejadian di sebuah bank hanya akan memberi penjelasan berhubung tuduhan itu sekiranya ada bukti dia berbuat demikian.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, berkata, dia menyifatkan dakwaan  tersebut sebagai fitnah terhadapnya.

"Saya tak mahu komen tentang perkara ini. Kalau betul saya penyanyi rock yang dikatakan telah pukul isteri, buktikan dahulu.

"Apabila ada bukti, baru saya akan jelaskan. Ini masalah rumah tangga saya dan saya tidak mahu cerita tentang perkara ini.

"Buat masa sekarang saya anggap perkara ini adalah fitnah," katanya.

Penyanyi ini ditemui pada majlis pelancaran Awie sebagai duta produk kesihatan LongJack di Bora Ombak di sini pada petang Selasa.

Pada Sabtu lalu, sebuah akhbar tempatan melaporkan seorang penyanyi rock popular dan terkenal telah memukul isterinya di khalayak ramai di sebuah bank di Ampang di sini.

awie
Awie

Tindakan penyanyi itu mengejutkan kakitangan dan pelanggan bank berkenaan sehingga menimbulkan kekecohan.

Isteri penyanyi rock itu dikatakan telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di ibu negara kerana kesakitan akibat ditampar dan dipukul suaminya. 

Difahamkan kekecohan itu berlaku apabila penyanyi rock yang dimaksudkan meminta isterinya membuat pengeluaran wang di bank berkenaan.

Sementara itu, tambah Awie, laporan tersebut tidak ditujukan kepada dia dan mungkin ia ditujukan kepada penyanyi rock Malaysia yang lain.

"Laporan itu tak cakap pun penyanyi itu adalah saya jadi tak perlulah nak besarkan isu ini.

"Apa yang saya mahu katakan di sini, sebagai manusia kita tidak lepas melakukan kesilapan," ujarnya.

Wednesday 4 June 2014

peraturan baru jpj cermin gelap

Peraturan baru cermin gelap tinted kereta oleh JPJ mulai Jun 2014. Kadar telusan cahaya bagi cermin sisi penumpang dan belakang kenderaan diturunkan kepada 25 peratus daripada 50 peratus berkuat kuasa mulai bulan Jun 2014. 


Bagi cermin depan dan sisi pemandu ia bagaimanapun masing-masing kekal 70 peratus dan 50 peratus. Perkara atau pindaan itu telah disahkan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi. Berikut adalah panduan kadar ketelusan cahaya (VLT) yang baharu ditetapkan oleh JPJ.
 


Peraturan Lama Kadar Ketelusan Cahaya Cermin Gelap

Terdahulu, peraturan lama JPJ menetapkan cermin cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70%, manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%.

lama


Rombakan kabinet bakal berlaku

Sumber Putrajaya berkata, Perdana Menteri yang kembali semula selepas kejayaan lawatan beliau ke China, sedang meneliti butiran lebih terperinci mengenai perubahan itu yang pastinya akan melibatkan Presiden MCA dan Gerakan.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan yang akan diberikan kerusi dalam Kabinet.
Dengan sambutan yang begitu baik diterima beliau sewaktu di China, dan potensi yang luas bagi perdagangan antara Malaysia dan China juga ada keperluan untuk mewujudkan perwakilan Cina dalam Kabinet. 
Najib juga dijangka akan mengisikan tiga jawatan timbalan menteri 'yang masih kosong' sejak pilihan raya umum lalu.
Jawatan berkenaan adalah Kementerian Kewangan, Kementerian Pelancongan dan Jabatan Perdana Menteri.
Menurut sumber Putrajaya yang sama mencadangkan bahawa seramai tiga menteri yang sedang berkhidmat ketika ini, dua daripada mereka adalah senior, mungkin terjejas di dalam rombakan itu.
Menteri-menteri tersebut dari Umno tetapi sebarang rombakan yang melibatkan mereka tidak akan menjejaskan kuota Umno dalam Kabinet.
"Ia amat sukar untuk meramalkan PM. Beliau begitu membisu tetapi beliau mungkin ada untuk bertindak balas terhadap rasa tidak puas hati di kalangan ahli Umno mengenai beberapa menteri ini," kata sumber itu.
Najib tidak mungkin akan mengembangkan lagi jumlah kerusi Kabinet untuk menampung permintaan bagi jawatan-jawatan itu. Kabinet sekarang ini sudah mencukupi dengan 32 menteri dan 26 timbalan menteri.
Sementara itu, media akan memantau rapi apabila Najib akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapat perkenan Baginda sebelum beliau meneruskan dengan rombakan Kabinet.
Sumber Putrajaya percaya bahawa rombakan itu akan dibuat pada bulan ini untuk memberi masa kepada menteri-menteri baharu masa untuk mempelajari dan memahami tugasnya, yang biasanya selama enam bulan sebagai tempoh dijadikan penanda aras.
"Pada masa mereka memahami perkara dan perjalanan kementerian, ia sudah akan menjelang akhir tahun ini.
"Adalah lebih baik pelantikan dibuat tidak lama lagi supaya Kabinet boleh diwakili kaum Cina dan semua orang boleh bergerak ke hadapan," kata seorang pemerhati.
Beberapa menteri berkata, di sebalik spekulasi satu rombakan akan berlaku, Perdana Menteri tidak bercakap mengenainya semasa mesyuarat mingguan diadakan.
"Kami juga ingin tahu sama ada kita akan berada di dalam kementerian kami atau sekiranya kami akan diberikan portfolio baharu atau digugurkan," kata seorang menteri yang tidak mahu dikenali.-mstar

Monday 2 June 2014

suami Erma Fatima kahwin lagi...suami Abby Abadi pulak lari...

Memetik laporan beberapa portal hiburan, suaminya yang juga pengarah, Badaruddin Azmi atau Bade dikatakan telah bernikah buat kali kedua dengan seorang wanita sekitar dua bulan lalu di negara jiran.
Majlis resepsinya pula telah diadakan di sebuah hotel di Cherating, Pahang pada 27 Mei lalu.
Erma dilihat cukup terbuka dengan perkahwinan Bade dengan menyatakan bahawa dia sememangnya sudah memberi restu dan keizinan buat suaminya itu, menerusi sebuah akhbar mingguan tempatan.
Ujarnya lagi, Bade berhak mendapat kebahagian dan dia berhak serta mampu untuk berkahwin lagi.
Menyifatkan suaminya itu seorang lelaki dan ayah yang baik dan bertanggungjawab, Erma turut meminta agar tiada pihak di luar sana yang mempersoalkan kisah perkahwinannya itu.
Ha, kalau dah begitu kata Erma, jangan pula peminat yang terlebih-lebih emosi ya…
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
Pergolakan rumah tangga Abby Abadi dan suaminya, Noor Farhan Che Bakar bukan lagi rahsia apabila pasangan ini telah membawa kes mereka ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, baru-baru ini.
Hakim Syarie telah menangguhkan kes pasangan ini sehingga 11 Jun depan sebelum memerintahkan Abby memfailkan satu lagi permohonan bagi mengesahkan terlebih dahulu status lafaz yang dibuat Farhan pada Januari lalu.
Ini kerana Abby mendakwa Farhan pernah mengeluarkan kata-kata kepada rakannya bahawa mereka sudah bercerai pada Januari lalu.
Sementara itu, dalam pada masa yang sama, anak lelaki sulung Abby, Mohamad Danish Hakim merayu bapa tirinya, Farhan yang dipanggil Abi agar kembali bersama ibunya semula.
Menerusi video yang dikongsikan dalam laman Instagram Abby, hari ini, Danish menyatakan kerinduaan terhadap Farhan selain meminta bapa tirinya supaya tidak mengikut rakan-rakannya berpelesaran dengan melakukan aktiviti karaoke dan mengunjungi cyber cafe pada setiap malam.
“Abang rindu Abi, Abi jangan ikut geng-geng Abi yang pergi karaoke, cyber cafe malam-malam tu.  Itu semua duniawi.  Ala, Abi kahwinlah dengan Mama balik.  Apalah dosa Mama tu Abi?”, antara ungkapan yang diucap oleh Danish menerusi video tersebut.
Hmm, mungkinkah dalam erti kata lain video ini ingin mengatakan yang Farhan gemar berpelesaran sehingga menyebabkan rumah tangga Abby dan Farhan goyah walaupun usia perkahwinan mereka baharu sahaja mencecah 10 bulan? – MYNEWSHUB.MY

majlis kahwin dua agama Islam - Hindu diserbu JAIS

Petaling Jaya - weddings are conducted in accordance with the customs and culture of Hinduism Snag When a team of Officials and Officers raided from the Selangor Islamic Religious Department (Jais) for allegedly involving a Muslim bride, here, this morning.
Review of Metro Times reporter to the ceremony location at Jalan SS 1/25 at 10:30 in the morning to find about 50 guests limits already arrived at the event BEFORE four JAIS enforcement Officers arrived to investigate.
However, the location of the hand When the family of both bride and groom and the guests who cooperated JAIS while strict controls about 10 policemen outside the ceremony.
According to sources, the marriage between a Hindu man and a Muslim trusted partner is expected to be participated by at 10:30 am and it was Canceled Authorities received complaints that's after the marriage was breaking the law.
Women's religious status in doubt"The Authorities that's accept information from the public that's it (marriage) will be participated by today and the investigation found that's the information is accurate and Raids were carried out," the source said. - New Straits Times (MNH)


KUALA LUMPUR - The Selangor Islamic Religious Department (Jais) arrested a Muslim woman, after allegedly married to non-Muslims by Hindu religious custom, yesterday. Collected information and public complaints, a team of Jais enforcement raided the wedding ceremony is a week at the Road SS 1/25, about 10 am. situation in controlled locations When the families of both bride and groom and the guests who cooperate with Jais Officers, as well as strict control of the police outside the ceremony. Females aged 32 years The wedding dress is brought to Jais headquarters in Shah Alam to be evidence for investigation. According to sources, she claimed, her Hindu Converts to Islam without informing the mother. "She does not know her father and three Siblings registered him as a Muslim. She only found out after the close relatives to see Their birth certificates Recorded by Muslim," he said. According to sources, the woman also claimed that's his father is believed to have left Their families and their childhood brought up in the Hindu religion.
"The woman claimed to have the National Registration Department to change MyKad religious status in 2007, however this is not allowed Because there is no signature of the father. The woman is believed to make the application a second time in April, "he said. Meanwhile, a Witness who refused to disclosed the identity, said her family believed to be a Practicing Muslim. "her family live in the apartment Taman Seri Aman, here, while the family man not from the area," he said. understood, Jais investigation is ongoing to find out the authenticity of the religious status of the bride.
The case was investigated by Enactment (Control of Propagation Amongst Muslims) Act 1988, under section 4 Offense persuade, Influence, or inciting a Muslim to change faith.-sh

Sunday 1 June 2014

WANITA LAHIRKAN CICAK TOKEK

Cicak tokek yang dilahirkan Nelci menggemparkan penduduk.

Seorang wanita dari Kampung Oemolo di Nusa Tenggara Timur, Indonesia mengemparkan penduduk perkampungan itu apabila melahirkan cicak tokek atau gecko pada Jumaat.
Nelci Nubatonis dilapor melahirkan haiwan itu pada awal pagi di rumahnya di daerah ini.
Cicak tokek itu adalah 'anak ketiga' pasangan Nelci dan Wempi Loasana itu.
Sumber memberitahu, proses bersalin Nelci dibantu seorang bidan dari Pusat Kesihatan Oenuntono, Josephine Lydia Hellen Wadu.
Katanya, Nelci terpaksa bersalin di rumah sendiri kerana lokasi kediamannya yang jauh dari pusat kesihatan.
“Untuk ke klinik, Nelci perlu melalui perjalanan selama empat jam,” katanya yang memberitahu kandungan Nelci baru berusia lapan bulan.
Katanya, kira-kira pukul 5.30 pagi, Nelci mengalami kesakitan dan dibantu untuk bersalin.
“Kami terkejut kerana tiba-tiba yang keluar bukannya bayi tetapi cicak tokek,” katanya.
Sementara itu, Josephine yang tidak pernah berdepan pengalaman seperti itu berkata, dia terkejut melihat haiwan itu keluar dari rahim Nelci.
Beliau kemudian membawa cicak tokek itu ke pusat kesihatan tempatan untuk diperiksa.
“Kami tidak bertanya kepada Nelci mengapa keadaan sebegitu berlaku, namun dari apa yang dikatakan penduduk setempat mungkin wanita itu pernah bertapa beberapa lama,” katanya-.MS

tambah panas

Followers