Saturday 2 June 2012

Bekas Presiden Mesir Hosni Mobarak sipenjara seumur hidup

KEPUTUSAN MAHKAMAH:

Hosni Mubarak: Bersalah atas tuduhan bersubahat membunuh penunjuk perasaan dan dihukum seumur hidup; tidak salah tuduhan rasuah

Dua anak lelaki Hosni Mubarak: iaitu Alaa dan Gamal: Tidak bersalah atas tuduhan rasuah

Bekas Menteri Dalam Negeri Habib al-Adly: Bersalah atas tuduhan konspirasi membunuh penunjuk perasaan dan dihukum seumur hidup

Empat pembantu Habib: Tidak bersalah  atas tuduhan subahat, menghasut dan menyediakan bantuan dalam melakukan pembunuhan dan cuba membunuh penunjuk perasaan
Ahli perniagaan Hussein Salem: Tidak bersalah tuduhan rasuah

 Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dihukum penjara seumur hidup selepas didapati bersalah atas tuduhan berkaitan pembunuhan lebih 800 penunjuk perasaan ketika kebangkitan rakyat yang membawa kepada penggulingan beliau awal tahun lalu.
Dua anak lelaki Hosni, Gamal dan Alaa, yang berhadapan dengan tuduhan rasuah juga hadir di mahkamah. Tuduhan ke atas mereka digugurkan. Beberapa pembantu Hosni juga dibebaskan.
Bekas Menteri Dalam Negeri, Habib el-Adli, yang turut dikenakan tuduhan membunuh penunjuk perasaan, dikenakan hukuman penjara seumur hidup.
Pada Mei lalu, Habib didapati bersalah  atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram, di mana ia membawa hukuman penjara 12 bulan.
Bekas presiden berusia 84 tahun itu disabitkan kesalahan selepas melalui perbicaraan selama 10 bulan di sebuah mahkamah khas.
Hosni merupakan bekas pemimpin pertama dibicarakan sejak Kebangkitan Arab awal tahun lalu.
Beliau didapati bersalah mengarahkan pihak tentera melepaskan tembakan ke atas para penunjuk perasaan.
Seramai 840 orang maut manakala lebih 6,000 orang cedera ketika kebangkitan rakyat, demikian menurut Amnesty International.

Blog Archive

tambah panas

Followers