Wednesday 6 June 2012

PTPTN bekukan peminjam UNISEL


Exco pendidikan Selangor, Dr Halimah Ali dalam satu kenyataan berkata PTPTN seharusnya bersikap profesional dan tidak menjadikan siswa  sebagai "mangsa politik pihak tertentu."
Katanya, PTPTN tiada sebab untuk mendiskriminasi pelajar dari IPT tertentu yang memohon pembiayaan.
Permohonan siswa baru Universiti Selangor untuk mendapatkan pijaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah dibekukan, menurut perbadanan tersebut.
Seorang pegawai PTPTN ketika dihubungi melalui talian pertanyaan badan tersebut mengesahkan bahawa perkara itu dimaklumkan secara dalaman melalui emel.
Katanya lagi, tiada pekeliling secara hitam putih dikeluarkan berkenaan langkah tersebut.lapor malaysiakini.com
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sewaktu dihubungi berkata beliau tidak dapat memberikan sebarang ulasan mengenai perkembangan tersebut.
'Saya sukar hendak komen hal ini. Minta maaf," katanya.

Blog Archive

tambah panas

Followers