Sunday 3 June 2012

RM 10juta diperhabis untuk Hari Himpunan Belia

Merujuk kepada satu bil yang dipaparkan di Facebook, akhbar Akhbar MCA, The Star  melaporkan bahawa ramai yang tidak berpuas hati melihat angka yang tertera di bil  berjumlah RM10,613,993.62 yang dituntut oleh satu syarikat pengurusan program (event management) terhadap kerja yang telah disiapkan untuk ‘pelbagai segmen pada Hari Belia Negara 2012.’

 tuntutan itu hanya 70 peratus daripada RM15,155,175.60 yang termasuk bayaran khemah kanopi, pondok, pentas, lampu dan sistem suara termasuk persembahan oleh artis tempatan dan K-pop.
 “Menurut senarai yang diberikan kepada kementerian, jumlah kos untuk membawa masuk artis tempatan termasuk pengurusan hiburan adalah RM1.8 juta, dan membawa masuk artis K-pop mencecah RM2.04 juata.
 Kos untuk menyediakan tandas dan kerja-kerja pembersihan berjumlah RM590,000 and RM1 juta. Ramai pengguna internet telah meluahkan rasa terkejut terhadap angka tersebut,” tulis laporan tersebut.
pengarah Stadium First Sdn Bhd Roslan Salikon yang dihubungi akhbar The Star telah mengesahkan bahawa syarikatnya ada membuat sebahagian tuntutan daripada Kementerian Belia dan Sukan.
 “Kami adalah subsidiari Perbadanan Stadium Malaysia, di bawah Kementeria Belia dan Sukan,” kata Roslan.

Blog Archive

tambah panas

Followers