Wednesday 6 June 2012

Ombak besar melanda Pantai Utara Semenanjung Malaysia

Planet Zuhrah (anak panah) melintasi matahari, dikenali sebagai Transit Planet Zuhrah dilihat di New Delhi, 6 Jun 2012. Transit ini akan hanya berlaku akan datang iaitu tahun 2117. – Foto Reuters
Planet Zuhrah (anak panah) melintasi matahari, dikenali sebagai Transit Planet Zuhrah dilihat di New Delhi, 6 Jun 2012. Transit ini akan hanya berlaku akan datang iaitu tahun 2117. – Foto Reuters


Penduduk sekitar Kuala Kedah dan beberapa kampung berdekatan gempar dengan fenomena air pasang dianggap luar biasa berikutan paras air laut yang melimpah lebih banyak sehingga masuk ke kawasan jarang dinaiki air lapor Sinarharian.
Air laut pasang itu turut melanda sekitar Kuala Kuar serta kawasan Pekan Kuala Kedah.
Sementarea di Pulau Pinang pula ombak kuat sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter didapati melanda pantai sekitar Pulau Pinang mulai 2 petang tadi.
Ombak kuat melanda pantai sekitar Pulau Pinang  Beberapa buah kereta ditepi tebing persisiran pantai Padang Kota Lama dibasahi 
dengan air laut apabila ombak setinggi 5 meter melanda di kawasan itu. -Foto Bernama.
   
Di Kampung Tsunami Tanjung Bungah, tidak kurang daripada 11 buah rumah dimasuki air laut kesan pukulan ombak itu.
Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meterologi, Muhammad Helmi Abdullah menyifatkan kejadian itu adalah fenomena biasa kesan pertukaran angin dari monsun timur laut kepada monsun barat daya bermula 4 Mei lepas.
Tinjauan Bernama di sekitar Padang Kota Lama dan Persiaran Gurney yang berhampiran laut, mendapati air laut melimpah sehingga ke jalan raya di samping membasahi ruang pejalan kaki. Di Batu Ferringhi dan Teluk Bahang pula keadaannya didapati agak lenggang apabila orang ramai menjauhi kawasan pantai sementara nelayan dikatakan tidak turun ke laut sejak semalam. 
Katanya keadaan ombak turut dipengaruhi angin kuat yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam yang diramal berterusan sehingga Jumaat ini.
   

Blog Archive

tambah panas

Followers