Friday 8 June 2012

Pulau Langkawi dilanda ribut taufan

Angin kencang dan hujan lebat melanda Pulau Langkawi malam kelmarin, mengakibatkan kebanyakan rumah penduduk rosak apabila hampir keseluruhan bumbung rumah diterbangkan angin.

Hampir keseluruhan kawasan penempatan penduduk sekitar Langkawi iaitu Kuah, Ayer Hangat, Temoyong, Ulu Melaka, Kampung Kisap, Kampung Wang Tok Rendong dan lain-lain kawasan termasuk Pulau Tuba terkena tempiasnya.

Jalan-jalan utama juga tidak dapat dilalui apabila kejadian itu mengakibatkan banyak pokok tumbang.

Pengguna jalan raya yang mahu ke Ayer Hangat terpaksa menunggu hampir dua jam, apabila sebatang pokok menghalang laluan dan menyebabkan pengguna panik serta berlaku kesesakan jalan raya di kawasan Kampung Kisap.


Sekitar Pantai Chenang pula, Sinar Harian mendapat maklumat bahawa hampir keseluruhan khemah-khemah perniagaan rosak dipukul ribut, apatah lagi ia berada berdekatan pantai dan impak yang diterima cukup kuat.

Tinjauan di Pantai Chenang sekitar jam 1 petang semalam menunjukkan bahawa angin cukup kencang dan keadaan ombak besar serta amat berbahaya sekiranya melakukan aktiviti laut.-SH

Blog Archive

tambah panas

Followers