Friday 29 June 2012

Thursday 28 June 2012

penyenaraian FGVH di Bursa bakal senasib facebook


IPO FGVH akan jadi macam IPO Facebook? - 

Dr Zulkifly Ahmad 

Meskipun kerajaan sangat berbangga dengan menyebutkan bahawa saham FGVH yang akan disenaraikan atau diapong, telah lebih dilanggan (oversubscribed) sebanyak 17kali sebelum IPO atau Pensenaraiannya hari  ini, saya pernah membuat ramalan bahawa pelabur institusi (institutional investors) tidak akan mahu kekal sebagai pelabur jangka panjang khasnya kerana beberapa informasi khususnya tentang usia pokok Felda yang akan memerlukan tanaman semua hampir lebih dari 50% beserta dengan perbelanjaan kos yang besar.

Telahan saya ini semacam disahkan apabila Jurnal Wall Street (WSJ) semalam, membuat ramalan bahawa pelabur tidak mahu kekal dalam jangka waktu panjang sebab tahap pengeluaran dan unjuran pegeluaran CPOnya adalah rendah berbanding dengan pesaing-pesaingnya. Felda adalah pengeluar CPO yang ketiga di dunia.

WSJ merakamkan pendedahan FELDA, dua hari sebelum IPOnya tentang penurunan keuntungan sebanyak 50% dalam suku tahun yang pertama adalah sangat mengejutkan berbeda dengan apa yang disebutkan dalam prospektus penyenaraian FGVH. Sementara prospektus merakamkan permintaan global minyak makan dan lemak (fats) meningkat 4.2%  (produk utama minyak kelapa sawit), WSJ mempertikaikan bagaimana pertumbuhan yang baru dilaporkan oleh Felda hanya mampu menunjukkan pendapatan sebanyak 1.8% sahaja.

Felda telah memberi alasan yang cukup meleset kerana menyalahkan tentang kos bayaran yang lebih untuk CPO atau minyak sawit mentahnya berbanding pesaingnya. Alasan ini diremehkan oleh Jurnal ulung itu sebagai satu kelemahan pihak pengurusan yang sepatutnya tahu tentang kedudukan pokok sawitnya.

 Maklumat seperti ini yang datang kemudian tidak dapat menyuntik keyakinan pelabur diambang pensenaraian FGVH ini seperti juga ia tidak akan menggalakkan pelabur untuk terus kekal bersama mereka mengikut ramalan WSJ itu.

FGVH adalah pensenaraian kedua terbesar selepas Facebook yang menjana USD16. Seperti juga Facebook, FGBH kini ditakuti akan mengalami nasib yang sama.

Untuk pengetahuan umum, Facebook sehingga hari ini masih mengalami kesan IPO atau penyenaraiannya yang penuh dengan kontroversi. Facebook berdepan dengan beberapa tindakan mahkamah oleh beberapa pemegang saham Facebook dan pelabur institusi yang mendakwa bahawa Facebook tidak mendedahkan kedudukan kewangannya yang sebenar dan juga membuat pendedahan secara selektif kepada beberapa pelabur akan maklumat tertentu.

Nasdaq (Bursa Saham New York) masih bergelut dengan dakwaan atau law-suit ini. Penanggung utama (lead arranger) dalam pensenaraian Facebook iaitu Morgan Stanley (MS, Fortune 500) didakwa mendapat informasi kewangan yang tidak diberikan (disclosed) kepda semua pihak dalam prospektus. Di katakan bahawa harga $38 kekal pada berapa hari selepas IPO kerana saham-saham yang dijual dibeli saham-saham itu oleh beberapa penanggung utama seperti Goldman Sachs (GS, Fortune 500), JPMorgan (JPM, Fortune 500) and Bank of America (BAC, Fortune 500).

Saya khuatir IPO FGVH akan mengalami nasib yang sama khasnya kerana pensenaraian ini adalah lebih kontroversi lagi dari Facebook. Bayangkan apabila pemegang saham antarabangsa  tahu cerita tentang segala kontroversi perihal lantikan pengerusi, tribunal, dakwa-dakwi dan segala yang dilalui pahit maung dalam IPO FGVH ini.

Kita perlu ingat terkadang kali ada pelabur-plabur ‘asing’ yang lebih menitikberatkan juga hal-hal moral-etika (seperti tuntutan pertumbuhan mapan-hijau, mesra alam, mesra binatang dll)  dan aspek  komplian dalam peraturan menulis prospektus seperti  tuntutan ketelusan atau ‘disclosure’ seperti disaksikan dalam IPO Facebook.

Apakah semua karenah yang dilalui Facebook akan juga dilalui FGVH termasuk harga saham dan keyakinan pelabur-pemegang saham dan dakwa-dakwi mahkamah nanti? Mungkin tidak seteruk Facebook.

Perhatikan gelagat mengambil keuntungan pada harga yang dijangka tinggi pada hari IPO tetapi lebih penting adalah siapa yang akan bertahan menjadi pemegang saham dalam jangka waktu jauh.-HD

Wednesday 27 June 2012

Jailani Sidek dan Raja Azmi bercerai


Penerbit filem terkenal, Raja Azmi Raja Sulaiman bakal menfailkan penceraian dengan suaminya iaitu Jailani Sidek di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini.
Laporan Harian Metro menyebut, keputusan yang dibuat itu demi menjaga maruah suaminya sebagai seorang lelaki dan keputusan itu diambil atas persetujuan bersama, malah mereka akan diwakili peguam sama, Roslizam Rahim.
“Selepas difikirkan masak-masak, hanya perceraian jalan terakhir untuk membersihkan nama suami saya daripada terus dicemuh.
“Saya tak sanggup lagi mendengar tohmahan masyarakat yang menuduh dan menghina suami sebagai dayus. Fitnah juga tidak putus-putus melanda rumah tangga kami hingga hubungan kami suami isteri tidak lagi seperti dulu.
“Jadi, pada masa ini perceraian adalah penyelesaian terbaik untuk kami,” katanya.
Raja Azmi, 48, berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia dan Jalani kerap menjadi mangsa fitnah pihak tertentu dan kesannya benar-benar menjejaskan reputasi bukan saja mereka berdua, malah keluarga.

Tuesday 26 June 2012

Haram PRU pada musim haji


KAMI, selaku pendakwah dan asatizah telah dan kerap ditanya berkenaan isu mengadakan pilihanraya sewaktu musim haji. Justeru itu, sebagai respon kepada pertanyaan tersebut, pihak Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID) dalam mesyuarat yang lalu berpendapat seperti berikut:

Di dalam system demokrasi, pilihanraya dan proses pengundian adalah ibarat suatu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah memastikan semaksima mungkin penyertaan rakyat dalam pilihanraya, justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanahair.

Rakyat Malaysia selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu dijamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai.

Kami juga bersepakat bahawa Pilihanraya dan proses pengundian TIDAK BOLEH atau HARAM dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar Negara.

Sekiranya pilihanraya tetap dilakukan di musim haji, itu merupakan suatu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini adalah kerana proses pengundi adalah suatu proses KESAKSIAN. Firman Allah :

(وأشهدوا ذوى عدل منكم ..(الطلاق: 2
Mafhum : “Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu”( At-Talaq: 2)

Juga Firman Allah :
وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُوا
Ertinya : Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil ( Al-Baqarah : 282)

Dalil-dalil di atas menunjukkan, apabila kita berada di dalam suatu situasi atau keadaan sistem yang memerlukan mereka yang bermaklumat memberi kesaksian demi memberikan keputusan demi keadilan, mereka adalah dikira sebagai saksi yang diharamkan untuk menolak dari memberikan keterangan dan kesaksian.

Dalam konteks pilihanraya, rakyat sebenarnya bertindak sebagai SAKSI sama ada untuk menyokong atau menolak mana-mana calon yang bertanding. Justeru, SEKIRANYA pihak berkuasa memutuskan pilihanraya akan dijalankan pada musim haji, ia adalah suatu tindakan yang akan menghalang rakyat dari keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.

Jika seorang saksi TIDAK DIBENARKAN untuk menolak tanggungjawab memberi kesaksian, maka tentunya DIHARAMKAN juga bagi pihak ketiga untuk menghalang saksi dari memberikan kesaksian seperti sengaja mengadakan sesi perbicaraan ketika saksi berada di luar negara.

Justeru, setiap individu yang mempunyai hak dan berkelayakan memberikan kesaksian samada di mahkamah, termasuk kesaksian dalam bentuk mengundi sewaktu pilihanraya, tidak dibolehkan untuk sengaja menyembunyikan kesaksian atau dinafikan hak dan ruang memberi kesaksian termasuk oleh pihak berkuasa sekalipun. Firman Allah Ta'ala :

وَلَا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
"Maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Al-Baqarah :283)

Akhirnya, kami menyeru pihak berkuasa agar teguh menjalankan amanah yang terbaik buat rakyat bagi mereka menjalankan tugas dan amanah selaku pengundi yang perlu memberi penyaksian parti dan calon yang dipercayainya. Kami yakin, pihak berkuasa tentunya bijak dalam memutuskan keputusan dalam hal ini.

Sekian dari kami,
1. Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
2. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
3. Dr. Zahazan Mohamed
4. Dr. Maszlee Malek
5. Dr. Abd Basit Abd Rahman
6. Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar
7. Dr. Khairuddin Aman Razali
8. Dr. Sukki Othman
9. Ustaz Roslan Mohammad
10. Ustaz Zamri Zainuldin
11. Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir
12. Ustaz Imam Muda Asyraf Ridzuan
13. Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim
14. Ustaz Aizam Mas’ud
15. Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
16. Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil
17. Ustaz Syed Mohamad Nurhisham Tuan Padang
18. Ustaz Ramadan Fitri Elias
19. Ustaaz Abdullah Bukhari Abd Rahim
20. Xifu Naseer Abd Rahman


source: http://milosuam.blogspot.com/2012/06/berdosa-pilihanraya-dilaksanakan.html#ixzz1yxsjh2PT

Bukit Bintang Plaza Akan Dirobohkan Tahun Depan Untuk Projek MRT


 Pusat membeli-belah Bukit Bintang Plaza, yang merupakan simbol kepada pusat perniagaan Bumiputera di kawasan segitiga emas dijangka akan dirobohkan pada awal tahun depan.
“MRT Corp telah memberi kami masa sehingga akhir tahun untuk mengosongkan bangunan.
“Notis pengusiran akan dikeluarkan kepada penyewa untuk keluar,” kata Pengarah Urusan UDA Holdings, Ahmad Abu Bakar kepada pemberita selepas satu sesi dialog bersama para penyewa pada Selasa.
Beliau berkata, UDA akan menunggu keputusan daripada Kementerian Kewangan berhubung permohonan oleh Tradewinds (M) Bhd untuk menyertai dalam pembinaan semula bangunan Bukit Bintang Plaza.
Ahmad berkata, UDA telah menerima permohonan rasmi daripada Tradewinds dan beberapa syarikat lain yang berminat untuk menyertai projek itu. - BERNAMA

Tuesday 19 June 2012

Menteri Khaled Nordin sangggup tinggal di Lynas Gebeng.

"Mengapa tidak?" kata Khaled kepada pemberita di lobi Parlimen 
ketika ditanya sama ada beliau sedia berpindah tinggal di sebelah loji RM700 juta memproses nadir bumi itu di Gebeng, Kuantan.
Sejurus selepas membentangkan laporan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai loji Lynas, pengerusinya yang juga Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau sanggup tinggal bersebelahan loji tersebut.

Monday 18 June 2012

Bekalan Air Selangor semakin meruncing


Selepas jerebu, berjuta-juta isi rumah di Selangor mungkin menghadapi masalah kekurangan air yang lebih serius.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) telah mengesan tahap penyimpanan air terawat yang lebih rendah yang berlaku secara drastik di loji penyimpanan air di negeri ini akibat cuaca panas berterusan.
Loji simpanan air merupakan empangan utama di mana air yang telah dirawat disalurkan kepada pengguna.
Takungan air didapati rendah di Semenyih dan Langat dan peningkatan permintaan air pada musim kering masa kini boleh menyebabkan bekalan air dipotong di Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Sepang.
Syabas juga telah dimaklumkan bahawa pengeluaran air yang dirawat di kesemua 33 loji rawatan di negeri ini pada Sabtu lalu adalah yang tertinggi dengan kadar 4,4059 juta liter sehari, walaupun mengikut pelan sebanyak 4,371 juta liter sehari.
Antara kawasan yang dijangka akan menghadapi gangguan bekalan air dan tekanan air rendah di Kuala Lumpur ialah Taman Maluri, Taman Angsana Hilir, Kampung Pandan, Taman Segar dan Taman Taynton View.
Di Hulu Langat, lokasi jangkaan termasuklah Sungai Besi Indah, Bukit Belimbing, Juara Jaya, Saujana Impian, Beranang, Bukit Semenyih, Sungai Tekali, Selesa Jaya, Taman Utama, Alamsari, Balakong, PKNS Beranang dan Kampung Baru Semenyih.
Masalah kekurangan juga dijangka berlaku di Jalan Klang Lama, Sri Petaling, Desa Petaling dan kebanyakan bahagian dalam Seksyen 52 di daerah Petaling bersama-sama dengan IOI Serdang di daerah Sepang.
Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syabas Abdul Halem Mat Som berkata sebanyak 42 lori tangki air sudah bersiap sedia untuk membekalkan air ke kawasan yang terjejas.
"Kami juga akan memantau keadaan dan memberitahu orang ramai mengenai status terkini bekalan," katanya.
Abdul Halem berkata disebabkan cuaca kering dan panas dijangka berlarutan sehingga September, pengguna perlu menggunakan air secara bijak dan memastikan bahawa tiada pembaziran.
"Kami juga berharap pengguna tidak berbuat apa-apa yang boleh mencemarkan sungai-sungai supaya air bersih dapat dibekalkan secara berterusan," katanya.
Mereka yang mempunyai pertanyaan atau aduan boleh menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan (PUSPEL) di 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222.
Pada masa ini, rakyat Malaysia menggunakan purata 226 liter air setiap hari, jauh melebihi negara jiran di rantau ini.
Singapura menggunakan 154 liter (dan pelan yang lebih rendah kepada 147 liter menjelang 2020) manakala warga Thai menggunakan 90 liter air.-MS

Denda Kencing RM4500 ditandas wanita


 Percutian seorang pelancong Singapura menjadi sia-sia apabila dia dikenakan denda berjumlah RM4,5000 kerana masuk dan membuang air kecil di tandas wanita.
Ong Lek Lim, 51, mengaku bersalah kerana mencabul kehormatan seorang perundingan pengembaraan dengan membuang air kecil di kubikel tandas yang sedang digunakan wanita di tandas itu.
Lelaki itu turut mengaku terhadap tuduhan menceroboh masuk ke tandas di tingkat 11 di bangunan Amoda di Jalan Bukit Bintang pada pukul 3 petang pada 13 Jun.
Ong, yang tidak diwakili oleh sesiapa, memohon supaya pertuduhan itu dibacakan dalam bahasa Mandarin.
Difahamkan, mangsa itu menyedari dirinya diintip oleh Ong, dan menghalau lelaki itu keluar dari tandas tersebut.
Dengan bantuan seorang majikan, telah menahannya dan dibawa kepada pegawai keselamatan bangunan itu.
Ong membuat rayuan dan berkata, dia memohon maaf terhadap tindakannya dan berjanji untuk tidak akan melakukan perkara itu lagi.
Majistret, Siti Shakirah Mohtaruddin mengenakan denda RM4,500 untuk kedua-dua pertuduhan.-MS

Friday 15 June 2012

TPM Muhyiddin ada emak 4 orang, 46 adik beradik




"Ayah saya mempunyai empat orang isteri dan saya mempunyai 46 orang adik beradik, lelaki dan perempuan," kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di ceramahnya di Cheras tengah hari semalam.


"Saya adalah 'produk' kebanggaan poligami, mengaku 'berbangga' datang daripada keluarga yang mengamalkan poligami.-MK

Thursday 14 June 2012

orang penting kerajaan Malaysia ditahan penguasa Indonesia kes raduah profil tinggi

KPK Endus Keberadaan Neneng Sri WahyuniTimbalan Ketua KPK, Bambang Widjojanto berkata  Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia di Jakaarta semalam menahan dua lelaki warga Malaysia di dua lokasi berasingan.
Dua lelaki warga Malaysia disyaki memainkan peranan dalam membantu suspek kes rasuah Neneng Sri Wahyuni melarikan diri daripada buruan suruhanjaya itu sejak tahun lepas. Manakala Neneng ditangkap di rumahnya di Pejaten, Jakarta Selatan sebaik tiba dengan sebuah teksi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta.
Katanya salah seorang daripada dua lelaki Malaysia itu merupakan orang penting dalam kerajaan di Malaysia. Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan sama ada lelaki itu memegang jawatan penting dalam kerajaan negeri atau pusat.
    
Adalah difahamkan seorang lelaki Malaysia itu ditahan selepas menemui suami Neneng, Muhammad Nazaruddin, dipenjara di Jakarta manakala seorang lagi ditahan di sebuah hotel di bandaraya itu.

Bambang berkata KPK sebelum itu telah mendapat maklumat bahawa Neneng akan berlepas dari Kuala Lumpur malam tadi dan bermalam di Batam, Indonesia, sebelum

meneruskan perjalanan pulang ke Jakarta dengan menaiki pesawat semalam.
    
Pada Ogos tahun lepas, Muhammad Nazaruddin, iaitu bekas bendahari Parti Demokrat ditahan di Colombia dan dibawa ke sini atas dakwaan rasuah.

Pasangan suami isteri itu disyaki terbabit dalam skandal rasuah melibatkan jutaan ringgit dalam projek Pengadaan Pembangkit Listrik Surya (PLTS) di Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi antara 2008 hingga Ogos 2011.

Berdasarkan siasatan polis Indonesia, Nazaruddin dipercayai melarikan diri ke Singapura, Vietnam, Kemboja dan Colombia.
    
Isterinya Neneng yang turut didakwa terbabit dalam skandal rasuah berprofil tinggi itu dipercayai meninggalkan anak-anaknya di Kuala Lumpur dan sering menemani suaminya berpindah dari sebuah negara ke negara lain.

- Bernama

Wednesday 13 June 2012

Ibrahim Ali pembohong kata Nazri Aziz

(Gambar Haji Rahman mantan Pengarah Kanan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) [tiga dari kiri]  menerima sijil keahlian seumur hidup beliau dari Wahid dengan diperhatikan kakitangan Pejabat Agung PAS)


Ibrahim Ali sebagai "penipu" "Dia seorang penipu,  menipu PAS kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz menggelar Ahli Parlimen bebas, Ibrahim Ali.
Kenyataan Nazri  sewaktu sesi soal jawab Parlimen menimbulkan kekecohan di antara ahli parlimen PAS menyebabkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berdiri untuk membidas Nazri.

Khalid menegaskan jika Nazri menggelar Ibrahim "penipu" yang membohongi rakyat, maka mereka sepatutnya tidak perlu mempercayai apa-apa sahaja yang diucapkan Ibrahim.

Tuesday 12 June 2012

cuma nak rehat..bukan bunuh diri kata bapa Lee Chong Wei

Ah Chai berharap orang ramai tidak salah faham dengan tindakan yang dilakukannya.“Ketika itu, saya dalam perjalanan dari pantai Queensbay dan mahu pulang ke rumah. Ketika melalui Jambatan Pulau Pinang saya berasa tidak selesa lalu menghentikan kenderaan di tepi jalan untuk mengambil angin dan tenangkan fikiran.

“Namun orang lain telah salah sangka dan menganggap saya ingin bunuh diri...ini tidak betul," katanya.
Bapa pemain badminton nombor satu dunia, Lee Ah Chai, 59, menafikan laporan media yang mengaitkannya cuba membunuh diri di atas Jambatan Pulau Pinang di sini, awal pagi kelmarin.

Beliau yang dihubungi Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita dan Komuniti, Ong Kok Fooi kelmarin mengakui ada memberhentikan kenderaan di atas jambatan, namun bukan berniat untuk membunuh diri.-SH

Hantu muncul di Jlan IPOH-Kuala Kangsar

Wajah lembaga menggantikan imej pada rakaman wajah Belly.
Wajah lembaga menggantikan imej pada rakaman wajah Belly.
ipoh
Gambar asal adiknya berdiri di Jalan Kuala Kangsar untuk mengabadikan 
perkataan IPOH sebelum pulang ke Sabah

 Seorang pemandu lori tidak sangka gambar yang dirakam untuk kenangan menjadi sebaliknya apabila muncul lembaga berambut panjang menggantikan wajah adiknya.

Menceritakan kejadian pada malam Jumaat minggu lalu, La’aba Lata, 38, berkata, gambar tersebut dirakam atas permintaan adiknya, Belly Lata,22, untuk mengabadikan perkataan ‘IPOH’ sebelum pulang ke Sabah.

Menurutnya, gambar tersebut dirakam pada jam 9.30 malam di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Kawasan Pelancongan dan Rekreasi Gunung Lang.

“Ketika merakamkan gambar, saya tidak nampak apa-apa namun, ketika Belly memeriksa kamera digital dalam kenderaan, dia terus menjerit sambil kata tidak mahu lihat lagi.

“Mulanya saya berasa pelik.

Setelah melihat dengan mata sendiri, kami lihat lembaga perempuan berambut panjang seolah-olah mahu terkam adik.

“Dalam gambar itu, wajah adik tidak kelihatan langsung,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

La’aba berkata, mereka juga turut diganggu sepanjang malam selepas tiba di rumah di Taman Chepor Impian.

“Saya pernah dengar kawasan tersebut tidak sesuai untuk anak-anak kecil kerana sering diganggu sehingga menangis tapi tak sangka, saya pula yang terkena.

“Namun, malam tersebut, rumah kami pula diganggu dengan bunyi orang berjalan di atas bumbung selain bunyi orang buka pintu. Nasib baik, kami diganggu malam itu sahaja,” katanya.

Katanya, semua rakan yang melihat gambar tersebut berasa terkejut dengan imej wajah lembaga tersebut yang jelas kelihatan apabila dibesarkan-SH

Bakal Suami Noryana Najwa bt Najib ( PM) terlibat dengan penipuan antarabangsa RM62juta

 Memetik laporan The New York Post hari ini,Bakal menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – Daniyar Nazarbayev, warganegara Kazakhstan didakwa terlibat dalam penipuan. Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, dia menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu.Sumber akhbar itu berkata, dia sebenarnya bersekolah di Switzerland dan tidak menamatkan pelajaran.
Nooryana Najwa Najib and Daniyar Nazarbayev
Rekod Columbia masih menunjukkan Daniyar masih dalam senarai bekas pelajar dan bergraduasi pada 2010. 

The New York Post melaporkan jurucakap Columbia sudah dihubungi tetapi enggan mengulasnya.-MK



Berita asal di sini.

Tak perlu visa ke Rusia tak lama lagi


Rakyat Malaysia bersedia untuk menikmati lawatan tanpa visa ke Rusia, sekali gus meningkatkan peluang mereka untuk bercuti di Eropah.
Rundingan bersama Moscow bagi pengecualian visa, yang bermula sejak kira-kira lima tahun lalu kini melalui peringkat akhir.
Pelancong Rusia boleh bersedia melawat Malaysia tanpa visa dan menetap sehingga 30 hari.
Duta Rusia ke Malaysia, Lyudmila G. Vorobyeya berkata, kerajaannya sedang berusaha untuk memuktamadkan perjanjian dua hala dengan Malaysia.
“Perbincangan telah membuahkan hasil dan kita akan mengadakan satu perjanjian tidak lama lagi. Ia akan menjadi satu pencapaian yang penting untuk kita,” kata duta itu dalam satu temubual sempena sambutan Hari Rusia ke-20 pada Isnin.
Kira-kira 16,000 rakyat Malaysia berkunjung ke Rusia manakala 40,000 rakyat Rusia ke Malaysia pada tahun lalu.
Rakyat Malaysia perlu memohon visa dengan mengemukakan pakej pelancongan atau surat jemputan ke Kedutaan Rusia, dengan tempoh proses sehingga seminggu.
Pada masa ini, rakyat Malaysia boleh memasuki kesemua 27 negara Kesatuan Eropah (EU) tanpa visa (sehingga 90 hari) untuk tujuan bukan kerja serta empat negara bukan EU yang menganggotai sistem Schengen (Norway, Switzerland, Iceland dan Liechten-stein).
Vorobyeya berkata, Malaysia perlu meneroka pasaran pelancongan Rusia yang besar, sambil menambah terdapat kira-kira sejuta rakyat Rusia berkunjung ke Thailand dan 200,000 warganegara itu ke Vietnam dan Indonesia pada tahun lepas.
“Saya percaya Malaysia mempunyai lebih banyak tempat semulajadi yang menarik untuk ditawarkan kepada pelancong Rusia. Sabah, Sarawak dan Langkawi merupakan destinasi yang sering menjadi perhatian,” kata beliau, sambil menambah bahawa lawatan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen ke Rusia pada tahun lalu menjadi perintis bagi mengadakan kerjasama dalam pelancongan.
Duta itu turut berkata, satu mekanisme suruhanjaya bersama akan ditubuhkan pada tahun ini bagi menyediakan platform untuk merapatkan lagi hubungan dua hala.
Dari segi pendidikan, Vorobyeya menggesa pelajar Malaysia untuk meninjau kursus-kursus selain program ijazah perubatan seperti gas dan minyak serta kejuruteraan pesawat.
“Rusia mengekalkan standard yang tinggi dalam pendidikan dan terdapat faktor yang berbaloi boleh dipertimbangkan,” katanya.- MS*

Monday 11 June 2012

Gas Pemedih mata banyak digunakan di perhimpunan aman bersih 3.0

Kementerian Dalam Negeri berkata, sebanyak 909 kelongsong gas dilancarkan dan 58 lagi jenis balinggan tangan digunakan terhadap peserta perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lebih tiga kali ganda daripada yang digunakan dalam perhimpunan sama tahun lalu.
Menteri Hishamudin menganggarkan  sebanyak RM1.8 jtua untuk perbelanjaan itu ketika menjawab soalan  Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) dalan soal jawab di Parlimen hari ini.

Bapa Lee Chong Wei cuba bunuh diri


Polis hari ini menggagalkan dua cubaan membunuh diri bapa kepada seorang ahli sukan negara termasuk di atas Jambatan Pulau Pinang.

Lelaki berusia 59 tahun itu yang menetap di Butterworth pada mulanya dikatakan cuba membunuh diri berhampiran pusat beli-belah Queensbay, Bayan

Lepas awal pagi ini namun digagalkan pihak polis yang bertindak memujuknya.
 
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Azman Abd Lah berkata pihak polis menerima maklumat lelaki itu sedang menangis di tepi laut berhampiran pusat membeli belah Queensbay kira-kira pukul 4 pagi ini.

"Pasukan peronda dihantar ke tempat kejadian dan bertindak memujuk beliau agar pulang ke rumahnya.
 
"Anggota kita mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memujuknya sebelum dia mahu pulang dengan baik," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pasukan peronda polis itu juga bertindak mengiringi bapa ahli sukan itu yang memandu kereta bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

"Sebaik tiba di kilometer dua Jambatan Pulau Pinang kira-kira pukul 7.45 pagi, dia memberhentikan kereta di tepi jambatan dan keluar serta cuba terjun ke laut. Bagaimanapun hasil tindakan pantas polis, kita berjaya menyelamatkannya," katanya.
 
Azman berkata lelaki itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.
 
"Berdasarkan keterangan awal, beliau mendakwa menghadapi masalah keluarga kerana anggota keluarganya tidak mempedulikannya," katanya. - Bernama

Friday 8 June 2012

Pulau Langkawi dilanda ribut taufan

Angin kencang dan hujan lebat melanda Pulau Langkawi malam kelmarin, mengakibatkan kebanyakan rumah penduduk rosak apabila hampir keseluruhan bumbung rumah diterbangkan angin.

Hampir keseluruhan kawasan penempatan penduduk sekitar Langkawi iaitu Kuah, Ayer Hangat, Temoyong, Ulu Melaka, Kampung Kisap, Kampung Wang Tok Rendong dan lain-lain kawasan termasuk Pulau Tuba terkena tempiasnya.

Jalan-jalan utama juga tidak dapat dilalui apabila kejadian itu mengakibatkan banyak pokok tumbang.

Pengguna jalan raya yang mahu ke Ayer Hangat terpaksa menunggu hampir dua jam, apabila sebatang pokok menghalang laluan dan menyebabkan pengguna panik serta berlaku kesesakan jalan raya di kawasan Kampung Kisap.


Sekitar Pantai Chenang pula, Sinar Harian mendapat maklumat bahawa hampir keseluruhan khemah-khemah perniagaan rosak dipukul ribut, apatah lagi ia berada berdekatan pantai dan impak yang diterima cukup kuat.

Tinjauan di Pantai Chenang sekitar jam 1 petang semalam menunjukkan bahawa angin cukup kencang dan keadaan ombak besar serta amat berbahaya sekiranya melakukan aktiviti laut.-SH

PTPTN tarik balik pembekuan keatas UNISEL

Naib Canselor Unisel,  Prof Dr Anuar Ahmad mengesahkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membatalkan pembekuan kemudahan pinjaman kepada penuntut-penuntut Universiti Selangor (Unisel). "Ini hasil perbincangan bersama pihak PTPTN yang dipengerusikan Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan di pejabat PTPTN jam 11 pagi tadi katanya.

Blog Archive

tambah panas

Followers