Wednesday 11 January 2012

Diskaun kompaun trafik sempena hari wilayah

DBKL Beri Diskaun Kompaun Trafik Sempena Hari Wilayah
 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memberikan diskaun untuk bayaran kompaun kesalahan trafik sepanjang bulan Februari ini sempena Hari Wilayah Persekutuan yang disambut pada 1 Februari.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata dengan pemberian diskaun selama sebulan itu, bayaran kompaun dikurangkan kepada RM30 bagi setiap kesalahan.
Kompaun trafik yang terlibat ialah kompaun yang dikeluarkan sebelum 1 Mac 2011 kebanyakannya melibatkan kesalahan trafik, katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Jom Kibar Bendera sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2012 di sini, Selasa.
Setiap kesalahan trafik biasanya dikenakan kompaun sebanyak RM100 seperti kesalahan lalu lintas, halangan berada di kawasan garisan kuning, halangan berada di siar kaki dan meletakkan kenderaan di kawasan bukan parkir yang asal.
Menurutnya lagi bagi warga kota Kuala Lumpur, Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan memberikan diskaun lima peratus untuk bayaran cukai tanah secara online serta pengurangan 50 peratus tunggakan denda 2012.- BERNAMA

Blog Archive

tambah panas

Followers