PKR hari ini membuat satu lagi pendedahan mengenai dakwaan penyalahgunaan dana NFC.
empat ahli keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membelanjakan RM593,500 pada tahun 2009 dengan kad kredit yang wangnya dari dana NFC.
Menurut pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, empat ahli keluarga yang memegang jawatan pengurusan dalam NFC telah menggunakan kad kredit yang bayarannya dituntut dari NFC bagi perbelanjaan antara RM122,402 dan RM182,525 setiap seorang.
Petang esok pada jam 2 petang, aktivis PKR yang diketuai Fariz Musa akan membuat satu lagi laporan di Balai Polis Dang Wangi mengenai perbelanjaan kad kredit oleh keluarga Ketua Wanita Umno itu yang didakwa melampaui batas.

Mengenai kenyataan Izmir, semalam, bahawa NFC masih menjalankan "perniagaan seperti biasa" walaupun Sabtu lalu kerajaan mengumumkan bahawa aset syarikat berkenaan telah dibekukan sementara menunggu sisatan, Rafizi mempersoalkan sama ada Najib hanya membuat kenyataan kosong tanpa memberikan arahan khusus, atau NFC mengingkari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Katanya, tindakan “membekukan aset NFC” sepatutnya bermakna:
Katanya, tindakan “membekukan aset NFC” sepatutnya bermakna:
- Sebarang perbelanjaan selain dari membayar gaji pekerja-pekerja yang bertugas dalam operasi penternakan lembu (seperti yang dimandatkan di dalam perjanjian pembiayaan oleh kerajaan) perlu dibekukan;
- Pengurusan sedia ada yang terdiri dari kaum keluarga Shahrizat tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan bersabit operasi, kewangan, sumber manusia dan keputusan-keputusan penting lain;
- Sebarang pemindahan wang keluar dari NFC, termasuk pembayaran gaji dan perbelanjaan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat perlu dihentikan serta-merta; dan
- Sebarang keputusan mengenai aset atau struktur syarikat dan pelaburan tidak dibenarkan dibuat bagi mengelakkan pemindahan aset.
Menurut Rafizi, secara lazimnya dalam amalan korporat yang berdasarkan tata kelola yang baik, apabila seseorang disiasat akibat tuduhan pecah amanah, beliau tidak dibenarkan masuk ke pejabat dan digantung serta-merta bagi mengelakkan cubaan menghapuskan bukti.