Wednesday 4 January 2012

Perkasa jual songkok hikmat


Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mahu polis menahan segera Timbalan Presiden PKR Azmin Ali kerana cuba “menghasut” rakyat untuk menyertai perhimpunan haram pada 9 Januari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata kenyataan yang dikeluarkan Azmin semalam boleh menimbulkan huru-hara dalam negara sekiranya pihak berkuasa tidak mengambil tindakan segera terhadap pemimpin pembangkang itu.
“Kalau perlu tahan (Azmin) lebih awal kerana menyusahkan rakyat dan polis perlu tunjukkan ketegasan dalam hal ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap Azmin di IPD Dang Wangi di sini.
Beliau menyifatkan tindakan Azmin, Ahli Parlimen Gombak itu seolah-olah “tidak masuk akal” dan sengaja mengajak rakyat demi memenuhi kepentingan politik pembangkang.
Syed Hassan menambah kenyataan Azmin itu boleh mengganggu keamanan dan kesejahteraan negara sekiranya tindakan awal tidak diambil.
Azmin berkata Pakatan Rakyat akan mengumpulkan seramai 100,00 orang pada Isnin depan untuk memberikan sokongan kepada Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang akan mengumumkan keputusan salah laku liwat.

Blog Archive

tambah panas

Followers