Friday 20 January 2012

Hot Fm: Panggilan hangit dihenti takut kena saman

Panggilan Hangit kendalian Fara Fauzana dan Faizal Ismail merupakan sebuah segmen yang diwujudkan untuk ‘memerangkap’ orang ramai apabila deejay bertugas akan membuat panggilan kepada individu tertentu dengan topik yang telah dirancang dengan tujuan untuk 'mengenanya'
.
Difahamkan seorang artis wanita veteran popular dikatakan berang selepas terperangkap dalam segmen berkenaan menyebabkan dia membuat aduan kepada pihak atasan stesen tersebut selain bercadang mengambil tindakan mahkamah.



Pada pagi Khamis, pengumuman ringkas mengenai keputusan untuk menamatkan segmen itu telah dibuat oleh Faisal Ismail, Fara Fauzana, Usop Wilcha dan AG melalui program AM krew.
Antara artis yang pernah terkena dengan Panggilan Hangit ialah Lisa Surihani, Tomok, Jaclyn Victor, Wardina Safiyyah, Fauziah Ahmad Daud, Karam Singh Walia, Intan Ladyana, Akim dan Stacy.
Stesen radio Hot FM menolak dakwaan terpaksa menghentikan segmenPanggilan Hangit selepas mendapat bantahan daripada seorang artis yang kurang senang dengan rancangan tersebut.
Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Radio Media Prima Berhad, Seelan Paul berkata, penamatan segmen itu tiada kaitan dengan dakwaan tersebut tetapi sebaliknya stesen itu ingin melakukan perubahan sempena tahun 2012.

Blog Archive

tambah panas

Followers