Monday 30 January 2012

Saksi dakwa dipaksa Pengerusi NFC untuk cuba merasuah polis

Suami kepada ketua wanita Umno, Datuk Mohamed Salleh Ismail yang juga merupakan pengerusi eksekutif Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) memaksa ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail untuk merasuah polis bagi menutup skandal syarikat berkenaan.


Datuk Shamsubahrin Ismail membuat dakwaan itu pada polis laporan yang dibuat di Hospital Besar Klang Jumaat lalu.

Dalam laporan polis itu, Shamsubahrin mendakwa beliau telah dilantik oleh NFC sebagai penasihat korporat dan perunding untuk "membersihkan" masalah dalaman NFC."Salleh, melalui panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS), mendesak saya untuk memberi rasuah kepada polis untuk menutup kes itu."ujar beliau.


Naib presiden PKR N Surendran berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyimpan telefon yang mengandungi mesej berkenaan.
NONE
"Beberapa telefon telah dirampas dari Shamsubahrin dan semua telefon kemudiannya dikembalikan kecuali satu. Yang disimpan oleh SPRM adalah telefon yang mengandungi bukti  penting ini.

"Ia di tangan pihak berkuasa tetapi kita mempunyai rekod, kita mempunyai salinannya," katanya.


 Perkara itu didedahkan oleh PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Blog Archive

tambah panas

Followers