Monday, 16 January 2012

seperti titanic : tenggelam kapal mewah di Itali

Tragedi kapal karam ragut tiga nyawaROM - Sekurang-kurangnya tiga terbunuh, 70 cedera dan 40 lagi masih hilang selepas sebuah kapal persiar Itali Costa Concordia bermuatan lebih 4,000 orang terbalik di perairan pantai barat Itali, semalam.

Kapten kapal persiaran mewah seberat 114,500 tan metrik itu, Francesco Schettino kini dalam tahanan polis atas kesalahan menyebabkan kematian, menyebabkan kejadian dan meninggalkan kapal tersebut selepas kejadian.

Menurut polis, Schettino bertindak meninggalkan kapal tersebut sebelum penumpang-penumpang dan anak kapal dibawa keluar.

Sewaktu operasi mencari dan menyelamat, anggota bomba menemukan dua pasangan warga Korea Selatan yang menjerit meminta bantuan di bahagian kabin kapal.

Bagaimanapun, dua warga Perancis yang juga penumpang kapal mewah tersebut tidak dapat diselamatkan dan seorang anak kapal warga Peru turut terbunuh.

Difahamkan, lokasi Costa Concordia terbalik merupakan arah laluan yang sering digunakan kapal mewah itu untuk belayar.

Presiden Costa Cruises memberitahu, amat pelik untuk sebuah kapal yang 290 meter panjang terkandas dan terbalik di dalam pelayaran perairan tenang yang hampir dengan persisir pantai.

Pegawai tempatan turut me-nyuarakan kebimbangan, jika berlaku tumpahan minyak kerana dipercayai kapal mewah tersebut baru sahaja berlayar ditambah pula dengan tangkinya yang penuh dengan bahan api.

Blog Archive

tambah panas

Followers