Wednesday 25 January 2012

Rusuhan Jln Kebun: 6 budak-budak sekolah ditahan polis, budak gemok ketua samseng belum lagi

Seorang pelajar tingkatan empat, seorang pelajar tingkatan lima dan  dua orang pelajar yang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Manakala yang lainnya menganggur ditahan polis Shah Alam untuk membantu siasatan berhubung kejadian gangguan terhadap majlis ceramah pergerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Shah Alam, Sabtu lalu.


Tiga daripada mereka ditahan pada 24 Januari lalu, manakala tiga lagi ditahan awal pagi ini. Mereka berusia antara 16 hingga 19 tahun.


Menurut  Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob,  mereka ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 148, Kanun Keseksaan. Seksyen berkenaan berkaitan kesalahan rusuhan.

Kesemua mereka - semuanya penduduk tempatan di situ - telah dibebaskan dengan ikat jamin polis pagi ini.

"Kita tidak reman mereka, tetapi kita mengambil keterangan mereka," katanya.
Polis juga, katanya, sedang mengesan beberapa orang lagi individu untuk membantu siasatan kes tersebut.

"Masih lagi (dalam siasatan). Belum sudah lagi (siasatan). Kita mencari individu yang dikenalpasti, mengenai rakaman termasuk video yang disunting dalam Youtube Malaysiakini.

Sementara itu NONEPesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Mohd Sha'ani Abdullah naik angin hari ini berhubung apa yang disifatkan sebagai "kebodohan" dan ketidakmatangan pegawai kanan polis dan kenyataan mereka mengenai gangguan di ceramah anti-BN, di Klang baru-baru ini.

Sebagai pegawai kanan, katanya, standard mereka adalah jauh lebih tinggi dan mereka mesti tahu fakta dan tahu tanggungjawab mereka.

Bercakap kepada pemberita di ibupejabat Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia Malaysia (Suhakam) di ibunegara hari ini, Mohd Sha'ani berkata beliau tidak boleh menerima kenyataan mereka.

Beliau membidas polis kerana didakwanya seolah-olah membuat alasan menyebelahi pihak orang yang bertindak ganas, untuk mereka berbuat sesuka hati, sehingga menjejaskan hak asasi manusia mereka yang menjadi mangsa serangan.

Kenyataan Polis bahawa tidak berlaku sebarang kerosakan di tempat ceramah dan gerai-gerai sekitarnya dan tidak ada yang cedera.

Bagaimanapun keadaan sebenar berlaku kecedaraan fizikal seorang pemuda India yang dibelassah teruk menggunakan topi keledar dan kayu dan dikejarkan keHospital Pakar Sentosa, Klang. Manakala beberapa kerusi dewan dan peralatan di rosakkan. Gerai penjaja juga dilaporkan dimusnahkan oleh penyerang tersebut.

Blog Archive

tambah panas

Followers